Monday, 14 September 2015
16hb September 2015 - Petang dan malam ini Kuala Lumpur akan menjadi saksi betapa kuatnya sentimen Melayu. Himpunan Melayu Bersatu akan menjadi pengukur aras semangat dan kekuatan Melayu. Walaupun tidak menyeluruh ianya cukup untuk memberi satu petunjuk kesepakatan dan kesatuan Melayu. Dalam erti kata lain ianya lebih menjerumus kepada sokongan terhadap DSN. Himpunan Melayu Bersatu telah mendapat pengesahan KPN dan disokong oleh UMNO. Jadi sama-samalah kita tunggu dan lihat pencapaiannya esok.
Friday, 11 September 2015
Chapter 2 - DSN vs TDM Bagaimana untuk mendamaikan DSN dan TDM? Jawapannya keikhlasan dan kejujuran. Diantara DSN dan TDM siapa yang lebih ikhlas dan jujur? TDM sudah melepasi zamannya. DSN baru melangkah. Kerosakkan sudah berlaku. Masakan boleh berlalu. Kalau separuh Melayu sudah tidak percaya DSN maknanya separuh lagi percaya TDM. Jika dikira rakyat Malaysia adakah separuh sahaja juga yang tidak percaya DSN? Jawapannya pasti lebih daripada separuh yang percaya TDM. Simple mathematic. Simple calculation is how to win a loosing battle when you had lost ground. You can win provided you have a good strategy. You can lie to the whole world but don't ever lie to yourself. Perbezaan pendapat menjadi idealogi. Dan ianya berkembang menjadi satu matlamat. Satu tujuan. Objektif TDM jelas. DSN pencen. Objektif DSN kekal PM. Masaalahnya ramai orang lagi yamg mempunyai objektif yang sama. Baik yang dinyatakan secara jelas mahupun yang tersembunyi. Tetapi PM bukan milik peribadi. PM milik rakyat jelata. Di Malaysia PM dipilih oleh parti, rakyat dan KBDYMM Seri Paduka Agong.
Thursday, 10 September 2015
APA SUDAH BERLAKU. Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas. demi masa..... begitulah akhirnya Melayu. Kini ada GBH pula. Silap haribulan UMNO pun akan beranak lagi. PAS lahir daripada UMNO. PKR lahir daripada UMNO. GBH lahir daripada PAS. Oleh sebab UMNO dah ada cucu maka cukup-cukuplah tu. Melayu ni tak ramai mana pun. Kalau asyik-asyik bertelagah, hancur punah bangsa Melayu ni. Jadi bersepakatlah. Agenda utama kalau jadi Perhimpunan Sejuta Melayu ni wajib berpaksikan kesepakatan bukan persengketaan. Bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)