Friday, 22 September 2017

PRU 14 _ 11/11-8/8

Salam Hijrah 1439.
BAJET KOSMEdisantuni ER GULA GULA PRU 14.                         Seawal-awalnya parlimen dibubarkan 11hb November, 2017 bagi membolehkan pilihanraya diadakan selewat-lewatnya pada 8hb Ogos 2018.   Beranikah rakyat berubah minda dan pendirian memberi kemenangan kepada calun calun Pakatan Harapan atau akan kekalkan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia?
Persoalanya siapa bakal PM sekiranya PH menang? Dato Seri Azmin Ali atau Tan Sri Muhyiddin  Yassin? Seandainya Tun Dr Mahathir  Mohamad bertanding dan  menang serta setuju dilantik menjadi PM 7, apakah rakyat akan mengundi calun calun PH?
Almarhum Sultan Kedah dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong untuk kali kedua. Bolehkah CheDet dipilih menjadi PM untuk kali kedua? Kedua-duanya daripada Kedah. PM 1 Dan PM 4 juga daripada Kedah. Presiden Mugabe masih memerentah Zimbabwe walaupun telah berusia 93 tahun! Barisan Nasional konfiden menang. Pakatan Harapan juga konfiden menang. Rakyat selaku pengundi bingung. 60 tahun UMNO memerentah. Calun calun PM PH adalah bekas ahli ahli UMNO juga. Rakyat dan UMNO berpisah tiada. Adakah PH mempunyai calun calun lain? Pendirian PAS bersendiri memberi kelebihan kepada BN.
Rakyat perlu faham perbezaan maksud  kerajaan dan kerajaan yang memerentah sebelum mengundi. Kerajaan adalah jentera pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan yang memerentah diberi kuasa untuk menentukan perjalanan halatuju sesebuah negara. Oleh itu kerajaan yang memerentah hendaklah Bersih, Cekap dan Amanah. Untuk itu pemimpin pemimpin kerajaan yang diberi kuasa pemerentahan mestilah tidak korup, jujur, berintegriti tinggi, berhemat, berwibawa, berwawasan dan terpenting takut kepada kemurkaan Allah swt.               Rukun Negara dipatuhi. Janji ditepati. Mesra mudah didekati dan rakyat sentiasa disantuni adalah intipati diri. Pemimpin wajib disenangi dan dikasihi

Saturday, 16 September 2017

OUTSYEDTHEBOX

http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/2017/09/seribu-sembilan-ratus-enam-puluh-tiga.html?m=1