Tuesday, 12 April 2016

PRU 14

Bercakap pasal PRU 14, semua makluk sekarang tertumpu kepada PRUN 11 di Sarawak. Khamis ni SPR akan mengumunkan tarikh penamaan calun dan tarikh hari mengundi. TS Adenan Satem mengetuai senarai pencalunan BN dan dijangkakan BN tiada masaalah mengekalkan pemerentahan di bumi kenyalang.
Pencapaian BN dirumuskan menterjemahkan penerimaan rakyat Sarawak bagi mengekalkan kepimpinan PM. Saya menjerumuskan keputusan pilihan raya negeri Sarawak tidak menjustifikasikan penerimaan rakyat jelata di Malaysia terhadap kesinambungan PM Najib.
Kewibawaan adalah terpenting di dalam kepimpinan. Yang terserlah TS Adenan bukan PM Najib.
Tujuh negara melakukan penyiasatan berhubung soal 1 MDB. Lima puluh tiga akbar menyiarkan berita perihal 1 MDB. Pensabitan telah bermula dengan CEO Aabar. Yang lain menyusul. Di Singapura akaun bank dibekukan. Hari hari ada cerita cerita 1 MDB baik di dalam negara mahu pun di luar negara. Pasti tidak berakhir. Tiada penyelesaian.
PM Najib tidak ada pilihan kecuali mengundurkan diri. Tiada nokhtah. Beliau akan disabitkan kesalahan jenayah pemindahan wang, rasuah Dan menyalahgunakan kuasa. Itu antara yang diperkatakan orang. Turut serta diheret ke mahkamah adalah isteri, anak dan kuncu-kuncunya. Semua ini akan berlaku jika PM Najib gagal mengekalkan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohammad mengetuai kepala serangan pihak pakatan harapan melawan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Panglima Perang PM Najib. Hebat!
Mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim (another war) 'de facto leader' Pakatan Harapan yang asal kini terpenjara telah menarik balik sokongan kepada perjuangan Deklarasi  Rakyat. Tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini secara online tidak memberangsangkan. Sambutan begitu mengecewakan. Rakyat jelas menolak kepimpinan PM Najib, UMNO/BN tetapi memilih untuk menolak kepimpinan PM Najib melalui PRU 14.

Monday, 11 April 2016

HAKIKAT

Hakikat adalah satu perkara yang jelas dan nyata. 22 tahun pemerentahan Tun Dr Mahathir Mohamad..
Apa kesengsaraan rakyat?
1. Runtuhnya Highland Tower
2. Peristiwa Memali
3. Runtuhnya jeti feri Pulau Pinang
4. Peristiwa Al Maunah
5. Perjanjian Damai Parti Komunis Malaya.
Selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad?
1. Tsunami 26hb Disember 2004.
2. Serangan Lahad Datu
3. Serangan serangan mantan PM ke atas PM
UMNO/PAS - Kematian
1. Allahyarham Ustaz Fadhil Noor
2. Allahyarham TG Datuk Nik Aziz
3. Kematian UMNO/PAS
Sokongan Rakyat
1. UMNO/BN 20%
2. PAS 20%
3. PKR 25%
4. PAN 5%
5. DAP 30%
PRUN 11- Sarawak
BN akan menang 55-65 kerusi DUN

Thursday, 7 April 2016

PM PM PM

PM teruskan ataupun PM terus undur?
Pada hakikatnya telah jelas dan nyata PM tidak akan mengendur. Apa lagi mengundurkan diri. Pantang Melayu di cabar! Inikan pula anak Bugis!
Persetankan mereka yang mendesak. Sungguhpun satu dunia mendesak, yang berkuasa adalah MP Dan MKT UMNO. MKT BN tiada hak langsung. Dan yang paling mutlak berkuasa adalah Allah swt.
Yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum adalah kaumnya sendiri, yakni rakyat Malaysia seramai 13.5 juta pengundi. Yang tidak berdaftar, tidak layak mengundi. Tengok tengok dan lihat lihat sahajalah. Pilihan masing- masing.
Untuk mengubah ataupun berubah 2018. Bolehkah diawalkan?
PRUN Sarawak menjadi ukuran penerimaan PM? Sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan. Dijangkakan BN menang mudah. 50 kerusi dalam tangan. 15 kerusi lagi pertandingan sengit.

Apa Seterusnya? Telah senyap deklarasi. KuLi pun sudah bersuara. Rafizi pun sudah di reman. PAC pun sudah bentangkan lapuran di parlimen. Sarawak bubar dewan 11/4. SPR tetapkan tarikh pencalunan dan menunggu hari undi. Paling banyak pembangkang menang 30 kerusi DUN. I say BN win 65.