DAP akhirnya kecundang juga apabila memerintah pulau mutiara. KM Lim Guan Eng benar benar menjadi Tokong Besar. Kepala pun dah besar. Cakap pun besar. Kereta dah besar. Rumah pun besar. Punyalah tamak haloba balun, lupa diri sehingga menjerat diri. Samalah perangai anak Toyo. Bodoh tak bertempat akhirnya dipenjarakan. Begitulah perangai mereka yang diberi kepercayaan menjadi pemerintah. Terkini bapanya Lim Kit Siang akan bertanding PRUN di Pulau Pinang bagi melayakkan diri dipilih menjadi Ketua Menteri yang baru menggantikan anaknya sendiri. Ini adalah disebabkan anak lelaki kesayangannya mungkin akan didapati bersalah di dalam Kes Rahsuah yang sedang dibicarakan dan dipenjarakan bagi kali kedua di dalam riwayat hidupnya. Serampang dua mata. Beliau juga akan bertanding kerusi parlimen di PRU 14 dan dijangkakan menang mudah di kawasan eksklusif Hak Milik Tetap DAP. Pakatan Harapan percaya 1000% akan menang besar PRU 14 with or without PAS. Justeru itu Lim Kit Siang akan menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke 11. Kaum Tionghua yakin nasib akan menyebelahi mereka kerana yat yat adalah nombor nombor bertuah.
Sunday, 5 February 2017
Friday, 3 February 2017
GERAAMMM 4
Geramnya hati tidak terperi. Kata mengata, ungkit mengungkit, ugut mengugut, umpat mengumpat bertakhta di sanubari. Keji mengkeji tanpa sempadan tanpa hitungan mengelirukan dan teramat mengaibkan. Pengemis merentasi benua bermaharajalela.
Kita telah hidup hari hari semalam dan kita perlu hidup untuk hari hari esok. Pemimpin pergi pemimpin datang. Namun yang baru tidak kelihatan.
Raja bersendirian tidak berteman bersangka, buruk pandangan. Memanda kecelaruan kepanasan. Jemaah bercakaran menghentam langit dan bumi. Rakyat tertekan bertahan karenah badut badut jalanan. Pemburu upahan mencari mangsa mangsa untuk dikorban buat sembahan sang dewata bukan Tuhan. Inilah realiti intipati GERAAMMM.
Wawasan menjadi TN 50. Hutang negara mencecah 1 Trillion USD. Aduhai Anak Anak Cucu Malaysia...
Pekerja asing gaji minima RM1500.00 sebulan. RM200/300.00 dibayar kepada ejen. Anak watan RM1000.00. Di Sabah Sarawak RM900.00? Gaji menteri campur elaun RM55,000. Timbalan RM50,000.00
Warga korporat GLC RM100,000.00 sebulan. Hebat memang hebat. Namun pendapatan sedemikian tidak pernah cukup. Kena songlap sana sikit. Kena silap mata sini sikit. Barulah banyak. Namun masih juga tidak mencukupi. Ingatlah! Jika aku miliki 7 gunung emas nescaya aku cari 7 lagi gunung berisi emas juga!
Seperti diunjurkan GERAAMMM Gerakan Anak Anak Malaysia tidak perlu marah marah. Apa yang diperlukan hanyalah melihat kepada kebenaran bukan khayalan. Ada mata pandang. Ada telinga dengar. Ada akal fikir. Ada mulut cakap. Ada kemahuan pasti ada jalan. Bersama kita bersatu menentang petualang dan gerombolan agar Anak Anak Malaysia tidak terus hanyut dipersenda menjadi bahan lawak jenaka antarabangsa. Tuhan Selamatkan Malaysia negara tercinta.
Perjuangan kita menegak kebenaran menentang kekufuran. Sistem sediada. Tingkatkan penguatkuasaan. Ketatkan penyeliaan. Adil saksama. Berat sama dipikul. Ringan sama dijinjing. Maki makian bukan mainan. Berkokok bukan ayam jantan ekor berlumuran tahi. Waspada ancaman luar dan dalam. Bimbang khuatir berpada. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Asalkan perjuangan kita jujur dan ikhlas, rakyat marhean pasti memberi sokongan dalam gelap mahupun terang. Memohon restu ilahi. GERAAMMM mengatur langkah mengikut gerak dan tari gendang dipalukan. Perjuangan bermula.
GERAAMMM 3
Lantaran geram melontar amarah, menyirap darah menggelegak dalam api merah menyala membangkitkan sukma. Diperkotak katikkan keintelektual, jati diri seorang insan sehingga bisa berubah menjadi serigala. Hilang harga diri. Tidak berarah, kebuntuan meresap kalbu. Hidup tidak keruan bagai melukut di tepi gantang.
Kebingungan melanda yang mana putih yang mana hitam. Siapa betul siapa salah. Bercelaru bercanda di fikiran. Pilu, sedih tidak kepalang melihat kedurjanaan mereka yang berkuasa merobek sumpah dan janji. Melacur diri tidak bertempat. Siang malam beradu domba mendabik dada. Merekalah insan terpilih. Manusia hebat berjiwa rakyat kental tidak berganjak. Tidaklah roboh kota Melaka andainya bukan si kitul empunya angkara. Hilang bangsa. Hilang agama. Hilang negara.
Kelewatan ini rakyat jelata disajikan mainan minda kerana pilihanraya bakal menjelma. Sarjana ilmuan menghidangkan santapan diraja. Ulama menjadi pendita. Dedak bertaburan menjadi habuan. Kenyang sejenak lapar berlarutan usah dipedulikan. Bumi berantakan hilang pusaka menjadi pustaka berpuaka.
Mana dia reformasi. Mana ada transformasi. Tiada integriti. Tidak bermaruah. Kemiskinan sifar menjadi igauan. Lihatlah sendiri Masjid Negara di malam hari. Bersepah gelandangan mengabdikan diri. Tidak kira bangsa. Tidak kira agama. Dimanakah otoriti bangsa yang gemilang, cemerlang lagi terbilang?
Institusi agama gagal berfungsi. Penuh onak dan duri. Inilah pusat pentadbiran. Ulama Ulul Amri beriringan berpurapuraan senada bagaikan opera bersandiwara. Rosak Agama Rosak Bangsa Rosak Negara.
Thursday, 2 February 2017
GERAAMMM 2
Kenapa manusia menjadi geram? Adakah seseorang manusia itu geram kerana tak tentu sebab? Hal kecik remeh temeh tidak mungkin memendam rasa sehingga menjadi geram. Sewajarnya geram mendiamkan diri bukan bererti kalah. Umpama api di dalam sekam. Lambat padamnya. Namun bahangnya dek membara, berasap pinar dek sembilu bisa membelah bumi.
Walau sekecil mana pun hal kecik remeh remeh jika tak habis habis, berulang ulang, tahap geram pasti bertambah dan bertukar menjadi marah. Bahayanya marah ini jika tidak diluahkan ia menjadi dendam.
Rakyat jelata apabila merasa tertindas akan mula melatah. Kemudian memberontak dan seterusnya hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan berlaku.
Rakyat jelata menjadi geram kerana kesempitan hidup dan menjadi marah kerana hidup pun susah. Mati pun susah. Pemimpin tidak peka. Keperitan rakyat menjadi jenaka. Kos hidup meningkat di bandar disuruhnya balik kampung tanam jagung. Harga gula naik disuruhnya kurangkan gula. Harga minyak naik, jangan beli minyak. Barang mahal jangan beli. Boikot mereka!
Rakyat jelata yang geram mula mengata, membantah dan menyumpah seranah itu dan ini. Penjelasan demi penjelasan dicanang sana sini. Retak menunggu belah mengundang sejuta musibah.
Tidak bijak menangani masaalah. Kurang berhemat dan kurang ajar dicakna. BRIM diagih ditagih. Kail sejengkal laut diduga. Pekung didada dibuka. Luka dicurah garam. Mengakal menjadi helah berantai.
Hilang kemana pertiwi pujangga. Geram tak bersudah. Marah kepalang singgahsana menunggu siang menjelma.
Wednesday, 1 February 2017
GERAAMMM
GERAAMMM Pasti ramai anak anak Malaysia geram sangat sangat arini. Dah lah minyak naik. GST lagi. Ibu bapa pening kepala. Kos Sara Hidup meningkat. Pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan sara hidup. Cakaplah macamanapun, budget budgetlah sedikit. Hakikatnya duit tak cukup. Kepada siapa nak mengadu jika bukan kerajaan.
Puncanya salah tadbir, salah urus, salah guna kuasa dan seribu lagi macam macam salah. Andainya tidak ada penyelewengan dana dana kerajaan pasti rakyat jelata tidak melata dan tidak mengata. Bumi bertuah ini cukup segala sumbernya untuk rakyat jelata hidup aman, makmur dan sejahtera jika bersih, cekap dan amanah pengurusannya.
Setelah diperincikan pengamatannya jelas sekali 'the bloody culprit is none other than the government itself. The government is the people entrusted for the people wellness. Instead the people in the bloody government enrich themselves overwhelmingly. Fearless some the government robbed, raped and plundered whatsoever'.
GERAAMMM Gerakan Anak Anak Malaysia Maaaarahhh Maaarahhh dianjurkan bagi mengembeling tenaga, mencari satu kesepakatan bagi menumpaskan kerajaan BN di peringkat nasional. Yang sebenar benarnya rakyat jelata yang menderita. Hak untuk memilih kerajaan Hak Mutlak rakyat. Untuk satu dekad ini rakyat perlu memilih seorang seperti Khalifah Umar Al Khatab bagi mengetuai kerajaan. Memadailah seseorang calun itu ada 50% ciri ciri pemerintahan khalifah agung kerana pasti sukar pencariannya. Andainya tiada yang berketepatan, bersyukurlah dengan 10%. Habis kokak pun 5%. Sekiranya 1% sahaja parahlah kita sekelian rakyat Malaysia oiiiii.
Maka ketahuilah kita sekelian rakyat jelata bahawasanya pencarian kita tidak ada didalam barisan kepimpinan sediada mana mana jua parti parti politik. Maka wajib bagi kita mencari mereka yang bukan ahli politik dan mereka yang tidak berpolitik untuk menjadi kerajaan. Mereka yang terpilih bukan Yang Berhormat tetapi YANG BERKHIDMAT!
Desawarsa ini rakyat jelata dimomokkan dengan pelbagai kerakusan mereka yang telah diberi amanah mengurus tadbir kerajaan. Berbilion bilion Ringgit Malaysia hangus lesap angkara durjana pengkhianat pengkhianat negara. Apa apa pun rakyat jelata masih terleka dibuai buai mimpi mimpi semalam. Tidak kah rakyat jelata mengambil pengajaran susah payah zaman lampau serta tidak mahu beringat ingat bahawasanya langit tidak selalu cerah? Sehinggakan satu pagi kita bangun tidur, tiada azan berkumandang, tiada ayam berkokok. Seharusnyalah rakyat jelata yang bersalah kerana memilih kerajaan yang korup memerintah.
Tanah jawi ini Tanah Keramat. Disini 7 lapisan langit bertemu 7 lapisan bumi. Bulan bertemu bintang. 9 tahta beraja mengalir sungai sungai berdarul. Ini tanah berdaulat tanah di Timur, tanah kebangkitan. Tidakkah kamu mengetahui?
Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mahu berubah. Memanglah Tuhan memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Namun, Tuhan memerintahkan kita menghindari pemimpin yang zalim. Pemimpin yang zalim, kerajaan yang zalim memeras keringat rakyat jelata untuk kesenangan hidup mereka dan kuncu kuncu mereka. Dan ketahuilah sekelian kuncu kuncu mereka itu adalah mereka yang menjadi ahli ahli pertubuhan pertubuhan politik seranta. Kepartian perlu duit untuk bersiasah. Justeru itu belasahlah selagi boleh belasah untuk kekal berkuasa. Rakyat jelata juga yang merana dan sengsara.
Kesimpulannya, Janganlah Kesipu sipuan menyertai GERAAMMM. Ketika memangkah nanti pangkahlah dengan GERAAMMM. PRUN Sabah boleh berlaku seawal awalnya 1hb Mac dan PRU 14 pada 1hb September 2017.
Friday, 6 January 2017
The first Lady POTUS in the making
Sunday, 1 January 2017
WILL POTUS 45 JAIL HILLARY CLINTON? HE SAID SO. DIDN'T HE?
President elect Donald Trump said he would jail president reject Hillary Clinton. Will he ever do it? Much had been said. Does he really mean it? The world will never end with his faulted mouth. At the very least the POTRI Jokowi sunk the Malaysian fisherman ships caught illegally fishing in the republic territories. While POF, His Excellency President Duterte triggered happily he admitted he actually never had thrown anyone out of his high flying helicopter.
Thailand had a new king. So does our beloved country. Single and very character mastic. While Singapore had Mr Lee Kuan Yew's son, premier Lee Hsien Loong. PM Najib's father was Malaysia Second Prime Minister. Very highly dedicated and well respected overhelmingly. No one in the world then and no one in this world today would have any qualms with Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin. May he rest in peace.
POTUS 45 praised POR for not retaliated when POTUS 44 expelled 35 Soviet Diplomats out of America within 72 hours. Its childish or an act of intimidating? US absenteeism in UNSC resolution on Israel illegal occupation in Palestine land is much regretted without condemning the aggression. As de facto leader of Myanmar ruling party, Aung Yung Su Ki did nothing on the Rohingyas issue is well understood, the act of support by MO1 venturing PAS is commendable.
2017 much awaited by the opposition Pakatan Rakyat turns Pakatan Harapan. Its doubtful PH would win GE 14. Harapan tinggal Harapan. Rakyat berharap namun tiada harapan kerana tiada kesepakatan. DAP confidently can deliver 41 winning seats. Plus 6 is a bonus on a very hard fought election battle. PKR to deliver 30 and PAN hardly 9. How many seats can BERSATU win? The most 30% of UMNO parliamentary constituencies, 25 seats. Paguh and Jerlun are out of bound to the president and his deputy?
With 111 PH winning seats in GE 14 Sabahans deciding would Malaysian ever sending MO1 to jail. Leaving not the much acclaimed corrupted cabinet, regimes and their accomplishes. While the abbetters the AG and IGP second to none imprisoned. Someone said PERKASA can win all the 50 seats contested in GE14. Would 150 independent candidates contesting GE 14 make sense? Some 1 is asking need it or need not MO1 on holidays!