Monday, 4 August 2014

PRU 13 – NEGARA KU


         Tanah jawi ini memang keramat. Banyak keramahnya. Di sini bulan bertemu bintang.Tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Sembilan negeri berdaulat. Semuanya Darul. Maksud Darul, syurga. Satu bagi katBrunei, cukup bilangan sepuluh. Dahulunya Persekutuan Tanah Melayu. Hari ini dikenali sebagai Malaysia. Benderanya jalur gemilang. Kenapa jalurnya seakan-akan bendera Amerika Syarikat? Ada bintang, tiada bulan. Sebab itu, Neil Amstrong pergi ke bulan. Nak bawa balik tak boleh…. Mana muat nak letak dalam Apolo? Orang yang faham, fahamlah.. Yang tak faham, tak fahamlah.. Yang kalutnya orang ini faham tetapi buat-buat tak faham.

            55 Tahun Merdeka, 66 Tahun berpolitik. Tidak berputih mata. Enam PM. Sembilan TPM. PM Ke 4, empat orang TPM. Yang ke 4 berjaya akhirnya dilantik PM. Inilah sahaja yang baik tentang penjajahan. Kita diajar berpolitik. Ada Sistem Kerajaan. Majulah Negara. Dari setahun ke setahun, bertatih dahulu. Hari ini, sudah boleh berjalan. Nak lari pun boleh. Nak perlahan boleh. Nak laju pun boleh. Hebat… Sungguh Hebat! Sebuah negara kecil di mata dunia tetapi besar di hati. Siapa yang tak bangga menjadi rakyat Malaysia?

            Nama Allah S.W.T yang pertama RAHMAN. PM pertama Tunku Abdul Rahman. Ada darah kerabat Diraja membawa maksud hamba Allah. Tersusun rapi pada nama-nama PM ke 2 yang bermula dengan huruf A, H, M, A dan PM yang terkini namanya bermula huruf M. Lalu dijawab, Allah itu kan kekasihnya Muhammad S.A.W. Ada Allah, ada Muhammad. Ada pembuka ada penutup. Maknanya Najib itu penutuplah. Apabila sudah ditutup barulah boleh dibuka balik. Maknanya fasa ke 2 senarai nama-nama bakal PM. Samada bermula huruf A ataupun huruf M? Tak tahulah. Rasa-rasanya kan Perdana Menteri Malaysia dipilih ataupun terpilih? Mahukah kita mengubah sesuatu ketetapan? Mampukah kita menanggung kemurkaannya?
           
            Firman Allah S.W.T “Aku beri pemerintahan kepada sesiapa yang aku kehendaki”. Jikalau dibandingkan ulama-ulama terdahulu yang keluar UMNO menubuhkan parti PAS dengan kepimpinan UMNO ketika itu, macam langit dengan bumi. Burhanudin Helmi, Ahmad Boestamam memang tersohor tetapi pemimpin - pemimpin UMNO yang memerintah negara. Sekiranya Allah S.W.T mengkehendaki, dah lama dah ulama-ulama PAS ini memerintah negara. Sebabnya alim ulama ini ahli kitab, ahli ugama. Bukan ahli politik. Sebaik-baiknya biarlah ahli politik memerintah. Alim ulama pula membimbing dan menasihati. Barulah acuannya macam kuah dengan nasi. Dulu pernah bergabung balik di zaman Datuk Asri. Kenapa tidak sekarang?
           
            Sedangkan Nabi S.A.W ampunkan umat. Alim ulama ke kalau masih berdendam? Bukankah dendam itu antara tanda-tanda syaitan sudah merasuk? Oh ya hampir terlupa kerana pernah keluar kenyataan ‘manusia boleh berkawan dengan syaitan’ satu ketika dahulu!
           
            Tanah Semenanjung ini macamlah juga Semenanjung Arab. Ada hikmahnya. Kenapa nak bersembunyi kalau memang sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Terlajak perahu boleh dikayuh. Terlajak kata buruk padahnya.Terlajak laku bertaubatlah! Tak kiralah engkau siapa? UMNO ke? PAS ke? PKR ke? Semua orang Islam, umat Rasulullah S.A.W. bukannya ramai sangat pun. Sebab dah lama orang  bercakap, ‘Orang Melayu manyak modoh’. Dahulunya, dibodohkan penjajah, sekarang dibodohkan bangsa sendiri. Sesama sendiri berbodoh-bodohan. Nak ikut “Arab Spring” ataupun “Arab Awakening”? Berbunuh-bunuhan pula akhirnya?
           
            Mana ada Melayu nama Hang? Pandai-pandai cakap Han Tu Ah Melayu. Agaknya Han Tu Ah cakap “Melayu hilang di dunia”. Siapa pandai-pandai tambah perkataan “tak kan” di hadapan? Hari ini dah nampak tanda-tanda “ Melayu hilang di dunia”. Bukan dibumi asing tetapi di dunia Melayu sendiri! Tak sedar ke?  “Melayu memang lupa” Betul….”Melayu memang lupa”.

PRU 13 – SIAPA TPM?

            Barisan “Straightforward”. Pakatan “ Winding and Crooked”. Siapa pilihan DSAI untuk menjadi timbalannya? Datuk Hadi Awang telah menjelaskan pendiriannya secara peribadi dan selaku Presiden PAS. Sekiranya beliau kurang berkeyakinan untuk menjadi Perdana Menteri maka adalah lebih tidak layak beliau menggalas jawatan TPM. Sewaktu menjadi MB, beliau telah mencemar duli apabila mendakap KBDYM Sultan Terengganu. Dimana beliau tahu menulis, membaca dan mengira jika bukan cikgu-cikgu sekolah rendah yang mengajar beliau ABC? Setaraf nabilah tuan guru, terus Khatam Quran. Andainya DSAI dipilih untuk menjadi PM di dalam PRU 13, besar kemungkinan beliau terpaksa memilih seorang daripada PAS dan seorang daripada DAP untuk jawatan TPM 1 dan TPM 2. Barulah ada ‘Malaysian Malaysia’, Negara berkebajikan dan adil saksama untuk semua. Pakatan ni memang sepakat macam ‘the 3 stoges”.

            Jadi, hendak tak hendak bakal-bakal TPM mengikut lazimnya mestilah berlandaskan perlembagaan parti-parti yang menang. Konsensusnya PM “de factor leader” – PKR. TPM calon PAS mungkin 3 orang, samada Timbalan Presiden, Ketua Dewan Ulama ataupun Mursyidul Am. Bagi DAP di antara Pengerusi dan Setiausaha Agong. Khalayak mengetahui yang paling layak calon TPM DAP, tak lain tak bukan mesti Lim Kit Siang. Bagi kat bapak dahulu. –“Knowing and Being Anwar’. Besar kemungkinan ada TPM 3 mewakili PKR. Takkan pula Timbalan Presiden dilantik sebagai TPM 3, melangkah Presiden parti yang mana beliau juga adalah isteri kepada PM? Giler habis ni!! Tak pernah dibuat orang. Perlu sekali lagi diingatkan bahawa TPM ini akan secara otomatiknya menjadi PM sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas PM!!

            Oleh yang demikian, calon yang paling layak dilantik sebagai TPM 1 adalah Timbalan Presiden PAS iaitu YB Mat Sabu. Calon TPM 2 ialah YB Lim Kit Siang. Calon TPM 3….. ini yang pening!! YB Azmin anak derhaka? Tetapi dia lebih suka jawatan MB Selangor. Yang berpengalaman, Tan Sri Khalid, tetapi apa jawatannya di dalam parti? Kalau lantik YB Nurul Izah, macam mana? Apa pula kata rakyat?

PRU 13 – SIAPA PM?


   Ini adalah kali ke-3 secara rasminya Pakatan Rakyat berjuang di medan politik untuk menaluki Putrajaya agar calonnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, pada tahun 1980an dan 1990an ada juga Pakatan Parti Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah berbuat demikian namun gagal. Seluruh dunia pasti akan menumpukan perhatian di dalam PRU 13. “The Battle of the monster politician”.  Hebat! Sungguh Hebat! Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pun kalah. Di China tidak ada pilihan raya. Presidennya dilantik oleh ahli-ahli majlis tertinggi Parti Komunis. Adalah sikit-sikit demokrasi.

   Pertembungan di antara bakal Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang adalah umpama ‘buku bertemu ruas’. Macam mana agaknya jika harimau bertarung dengan singa? Adakah macam keputusan pertandingan bolasepak piala AFF 2012? Kena baham dek singa 3-0. Malaysia kalah hanya kerana pemain hilang fokus, hilang arah. Sebab itulah PRU 13 amat penting. Macam bertarung nyawa bagi penyandang. Kalau kalah mati. Bagi pencabar pula, jika panjang umur pasti akan mengatur langkah dan corak untuk bertempur sekali lagi.

   DSAI bukan calang-calang orang. Menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan bekas mahasiswa universiti. Bekas Presiden ABIM, Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana MenteriMalaysia selama 3 bulan. Sokongan orang Melayu boleh dianggap berpecah tiga. Parti PKR berpakat dengan PAS – 2/3. Parti UMNO Cuma tinggal – 1/3. Sokongan orang Cina – 30% MCA, 69% DAP, 1% Parti Gerakan. Bagi orang India pula dianggarkan 60% MIC, 5% PPP, 10% IPF. Baki 25% milik DAP dan PKR. Secara rawaknya, sokongan rakyat 61% berpihak kepada DSAI, hanya berbaki 39% untuk penyandang.

    Yang pentingnya di dalam sesuatu pilihanraya bukannya rakyat tetapi adalah pengundi. Analisis mengikut umur, jantina, bangsa dan agama adalah rumusan-rumusan wajib. Selain itu, kaji selidik peranan etika, sosial, pendidikan, integriti dan populariti menjadi taruhan. Keputusan pemilihan wakil pelajar kampus yang baru diadakan memihak kepada Pro Aspirasi boleh dijadikan sebagai petunjuk tetapi hanya merupakan satistik sahaja. Jika boleh dijadikan ukuran mungkin hanya sekadar 25% aspirasi golongan muda yang menjadi mahasiswa-mahasiswi di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Ini disebabkan puratanya belum layak mengundi didalam PRU 13 dan belum cukup matang untuk diterjemahkan pemikiran sebenar mereka. Macamlah ‘puppy love’. Perempuan lebih memihak kepada PM berbanding bakal PM. Pria, perbezaan tidak ketara antara Barisan dan Pakatan. Begitu juga, golongan dewasa. Bagi warga emas, pendirian mereka sudah tegar, menghampiri taksub. Hanya sedikit sahaja yang bertukar arah mengikut arus, mahupun angin. Bagi OKU, Barisan lebih mendapat tempat di dalam hati mereka. Ada segolongan kelompok lagi yang sememangnya tidak pernah mengundi. Sekelumit pula mendaftar pun tidak pernah. Apakah perlu dijadikan undang-undang bahawa yang tidak mengundi ataupun tidak mendaftar sebagai pengundi adalah satu kesalahan yang boleh didenda mahupun dipenjara?
           
   Kesimpulannya, rumusan penilaian untuk pengundi ialah 69% di pihak kerajaan dan 39% di pihak pembangkang. Perlu diingatkan penilaian ini dibuat meliputi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan. Pada hakikatnya kekuatan Barisan dan Pakatan adalah 50-50. Mengambil kira faktor ”advantage”, Barisan 51% dan Pakatan 49%. Barisan hanya berpaksikan Dato’ Seri Najib sementara Pakatan berpaksikan Dato’ Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, bakal Datuk Lim Guan Eng, dan mungkin juga bakal Tan Sri Dato’ Karpal Singh. Tonggak Barisan di bahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipikul Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala tonggak Pakatan dipikul Lim Kit Siang dan Datuk Hadi Awang. “God Father” kepada segala tonggak Pakatan dan konco-konconya adalah George Soros dan Uncle Sam.

   Bertunjangkan faktor-faktor di atas, memberi kekuatan dan semangat kepada penyokong Pakatan khususnya kaum bukan Melayu untuk terus berusaha menaiki lif ke Putrajaya. Sedikit sebanyak menimbulkan keraguan penyokong-penyokong Barisan untuk terus memerintah. Sesuatu pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Kalau seri kena “penalty.” Untuk menang memang susah sekali. Untuk kalah amat mudah. Di dalam pilihanraya yang menang akan hidup, yang kalah mampus dan di dalam mengaplikasikan strategi berpolitik ternyata DSAI lebih baik daripada DSN. Bagaimanapun, di dalam aspek mengadaptasi strategi berpolitik DSN lebih terserlah, DSAI agresif. DSN amat positif, aktif dan efektif di dalam menzahirkan inisiatif berinovatif tinggi secara lebih elektif, sesuai dengan proses tranformasi mengikut peredaran masa dan tuntutan masyarakat majmuk di Malaysia.

   Daripada sudut psikologi, seorang yang agresif mudah melatah, panas baran dan cepat marah. DSN agak pasif, “cool” dan lebih tenang mempunyai kelebihan untuk memilih “the soft or the hard approach”. DSAI lebih cerdik dan amat licik. DSN lebih bijak dan lihai. Seri muka DSAI ‘macho’ dan garang. Bagi DSN ‘handsome’, peramah dan amat merendah diri. Jika diamat-amati nurnya, lebih DSN daripada DSAI. Hati nurani tiada siapa yang tahu. Akal boleh dibaca. Pembawakan seseorang itu mencerminkan kewibawaan, keterampilan dan keyakinan diri. Akhlak dan perilaku masing-masing menaikkan reputasi.

   Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan kejahatan. Yang pentingnya memohon ampun dan maaf serta berubah menjadi insan yang lebih baik. Keikhlasan dan kejujuran itu ada di dalam sanubari Dato’ Seri Najib. Maka tidak bijaklah rakyat menyokong dan mengundi seseorang yang tidak bermoral, berperibadi lemah, negatif dan meragukan. Janganlah mengikut emosi dan memperjudikan nasib anak cucu cicit kita. Usahlah mempertaruhkan bangsa Melayu, Islam dan Negara. Sesungguhnya judi dan taruhan itu adalah HARAM dan berdosa besar di sisi Allah S.W.T

PRU 13 - SENDALUKA

  Yang sebenarnya, PRU 13 sudah bermula sejak keputusan PRU 12 diumumkan. Semua kawasan yang dilanda hujan ketika rakyat mengundi; kebanyakkannya dimenangi pembangkang. Hujan renyai-renyai menang tipis. Lebih lebat hujannya lebih majoritinya. Kerusi panas hujannya pun panas. Pada keesokkanya surat khabar pula panas. Macam-macam cerita. Macam-macam komen. Tsunami politik berlaku dinegeri-negeri yang terkena tempias gempa bumi di Sumatera yang meranapkan Acheh. Lebih kuat tempiasnya lebih teruklah kecundang. Inilah fenomena alam. Tiada yang memberi pengajaran dan tiada pula yang mahu belajar daripadanya.

  Tepat jam 12 malam pada hari mengundi suasana sunyi seketika kerana hanya inilah satu-satunya waktu ahli-ahli politik berehat bagi menghormati peraturan. Jam 6 pagi mereka sudah bangun. Tak kira bangsa dan agama. Lumrah bagi mereka bersembahyang dan berdoa agar Tuhan memberi kemenangan kepada calon yang mereka sokong dan pilih untuk menjadi wakil rakyat mahupun Ahli Parlimen. Kemudian bergegaslah mereka ke lokasi masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan. Tak kiralah, panas ke? Hujan ke? Mereka sibuk!


  Warung-warung kopi destinasi utama. Sebab semuanya percuma. Kemudian ke pondok-pondok panas dan markas-markas parti yang disokong. Kain rentang sana. Kain rentang sini. Sepanduk lagi. Semua akan berkumpul untuk berarak ke dewan tempat mengundi. Suasana hiruk-pikuk. Meriah kerana semua ahli politik akan tersenyum. Salam sana, salam sini. Tegur sana, tegur sini. Masing-masing mempunyai agenda dan memasang angan-angan bergelar YB.


  Apabila keputusan diumumkan, calon yang menang bersorak gembira. Yang kalah pasti tak puas hati. Ada yang protes minta undi dikira semula. Ada yang terus buat laporan polis dan SPRM. Dakwa itu, dakwa ini. Salah itu, salah ini. Nak ambil tindakan mahkamah. Nak ambil tindakan undang-undang. "Enemy of the state". Tak lain tak bukan SPR. Sama-samalah kita berdoa agar rusuhan politik pada 13hb Mei 1969 tidak berulang.


  Di dalam PRU 12, dewan dibubarkan pada 13hb Mei 2008. Bagi PRU 13, dewan kena dibubarkan dan pilihanraya diadakan pada tahun 2013. Negeri-negeri di Malaysia pun 13 jumlahnya tidak termasuk Wilayah-Wilayah Persekutuan. Banyak yang prejudis dengan angka ini.Tengok September dan Disember. Tak semena-mena Jumaat yang mulia menjadi "Friday the 13th". Nampak tak macam mana mereka main wayang?


  Orang cina paling tak gemar angka 13. Eloklah PRU 13 diadakan 2013. Ramai yang tak keluar rumah sebab takut sial. Ada baiknya juga dewan dibubar pada 31hb Januari 2013. Kurang lah sikit sialnya apabila angka 13 diterbalikkan menjadi angka 31. Legalah sikit rakyat keluar mengundi lepas Tahun Baru Cina. Jangan bagi muka sangat mereka nak cuti lama.