Saturday, 30 December 2017

SENDALUKA 2018

Terdelete Sendaluka asal 2014. Pasal PRU juga nukilannya. Nice to recalibrate what i had written over the week end.
Malaysian politics is a year round affair. Non stop. Week end constituency visit. Kenduri sana sini. Resmitu Resmini pak menteri biasa. A waste of time and public fund actually. Bila menteri melawat bajet besar mesti. Rakyat didungukan dan diperbodohkan supaya taat pemerintah.
Hujung tahun bagi kelengkapan sekolah selepas banjir melanda saban tahun. Seorang menteri ditugaskan menjaga banjir. Bantuan banjir makanan dan peralatan cop BN/ UMNO.
Harini PPBM buat Mesyuarat Agung. PAU saban tahun mesti. Semua parti politik kena buat mesyuarat agung setiap tahun. Further wasting time and money. Bila menteri kerja?
Yang bekerja sebenarnya jentera jentera kerajaan yang termaktub pelaksanaan mengikut SOP ( Standard Operating Procedures ). Tak payahlah Ketua Menteri NANGIS minta bantuan kerajaan persekutuan. Tak payahlah MENTERI JAGA BANJIR. Kan dah ada Ketua Pengarah NADMA?
Malaysia truly need a cooling period to check and balance our growth. Over development doesn't conform to rakyat requirements. Escalating and deliberate over costing  infrastructure projects development are what killing our economy. Every government contract and purchasing manipulated to sustain cronyism. Nepotism at large. Unnecessary and Ghost Projects created to benefit the unscrupulous and corrupted leaders and politicians
GST had caused hardships to rakyat marhaein. Minimum salary RM 1000.00  for Malaysian whereas foreigner get RM 1500.00 per month. Of course hidden to cover the elders, underworld kingpins and whatsoever just mention it.
Its time Malaysian put a STOP to such nonsense amicability. Just vote the politicians out in GE 14. A comprehensive and professionally alternate government comprising the independent candidates are being created yo contest GE 14 to make Malaysia a better nation. In God We Trust And Fear His Wrath.

Wednesday, 27 December 2017

Hello 2018


PRU /  GE 14
Even PMOM or MO1 dare not to call for an election in the year 2017. Surely it must be held by June 2018. BRIM requested by about 7 million voters. Payment in three stages is the BN goverment gifts for the New Year. Actually this effort bring cheers to needy Malaysian  but not guarantees they will vote BN in GE 14.
PH hoping to win the election but still uncertain who actually would be the premier. DAP confidently winning 50 parliamentary seats and surely PKR and PPBM would win less. Ultimately DAP the king maker. PKR able to win 40 seats. PAN 3 and PPBM must win at least 14 seats. Warisan is expected to win 5 seats to realise PH going to Putrajaya.
No wonder MO1 new logo designed NR behind the bars. If PH winning the election as INVOKE predicted The PMOM is going to jail.
How sad. POTUS said Hillary going to jail but nothing happens. In Malaysia Tan Sri Isa Samad still walks free. Tan Sri Shahril said he is not my brother. Aren't all Muslim are brothers in Islam?
Russian had recognized Jerusalem as the capital of Israel since 1963 and USA got all the blames. Foul mouth dare you Trump, a close friend of MO 1. When every things go against you that spell doom as most Malaysian thought so, BN especially UMNO think otherwise. MO1 rules the next 10 years. UMNO, a thousand years!

Thursday, 7 December 2017

PAU 2017

Pi mampus UMNO kata ZAM. PM kata kepala Bapak Kau. Wanita Kepala Lembu... Jeneral Kepala But.... Pembodek Pengampu Kaw Kaw sedang auta. Sudah Sudah ler tu...
Kalau ulama ulama tercela, Tok Tok guru kumpul harta dunia, maka tunggulah kemurkaanNya yang Maha berkuasa. Mereka ini fasik dan munafik. Kalau pak lah, Jamil khir pun rosak otak.... Yang lain lain opurtunis belaka....

Friday, 22 September 2017

PRU 14 _ 11/11-8/8

Salam Hijrah 1439.
BAJET KOSMEdisantuni ER GULA GULA PRU 14.                         Seawal-awalnya parlimen dibubarkan 11hb November, 2017 bagi membolehkan pilihanraya diadakan selewat-lewatnya pada 8hb Ogos 2018.   Beranikah rakyat berubah minda dan pendirian memberi kemenangan kepada calun calun Pakatan Harapan atau akan kekalkan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia?
Persoalanya siapa bakal PM sekiranya PH menang? Dato Seri Azmin Ali atau Tan Sri Muhyiddin  Yassin? Seandainya Tun Dr Mahathir  Mohamad bertanding dan  menang serta setuju dilantik menjadi PM 7, apakah rakyat akan mengundi calun calun PH?
Almarhum Sultan Kedah dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong untuk kali kedua. Bolehkah CheDet dipilih menjadi PM untuk kali kedua? Kedua-duanya daripada Kedah. PM 1 Dan PM 4 juga daripada Kedah. Presiden Mugabe masih memerentah Zimbabwe walaupun telah berusia 93 tahun! Barisan Nasional konfiden menang. Pakatan Harapan juga konfiden menang. Rakyat selaku pengundi bingung. 60 tahun UMNO memerentah. Calun calun PM PH adalah bekas ahli ahli UMNO juga. Rakyat dan UMNO berpisah tiada. Adakah PH mempunyai calun calun lain? Pendirian PAS bersendiri memberi kelebihan kepada BN.
Rakyat perlu faham perbezaan maksud  kerajaan dan kerajaan yang memerentah sebelum mengundi. Kerajaan adalah jentera pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan yang memerentah diberi kuasa untuk menentukan perjalanan halatuju sesebuah negara. Oleh itu kerajaan yang memerentah hendaklah Bersih, Cekap dan Amanah. Untuk itu pemimpin pemimpin kerajaan yang diberi kuasa pemerentahan mestilah tidak korup, jujur, berintegriti tinggi, berhemat, berwibawa, berwawasan dan terpenting takut kepada kemurkaan Allah swt.               Rukun Negara dipatuhi. Janji ditepati. Mesra mudah didekati dan rakyat sentiasa disantuni adalah intipati diri. Pemimpin wajib disenangi dan dikasihi

Saturday, 16 September 2017

OUTSYEDTHEBOX

http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/2017/09/seribu-sembilan-ratus-enam-puluh-tiga.html?m=1

Sunday, 12 February 2017

GERAAMMM 8

TS Khalid Ibrahim bekas MB Selangor adalah ahli parlimen  bebas. Hari ini di sahkan ahli parlimen DAP keluar parti. Turut serta wakil wakil rakyat dalam DUN Melaka. Sebab yang nyata ialah sudah tidak percayakan parti. Di Pulau Pinang juga ramai ahli ahli parti DAP yang telah meninggalkan parti tersebut kerana sudah tidak sehaluan. Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri juga dipecat daripada parti. Semua parti bermasaalah kerana pada hari ini pemimpin pemimpin parti parti politik lebih mementingkan 'survival' mereka daripada 'survival' rakyat jelata yang mereka wakili.
Bukan sahaja rakyat jelata jelak, wakil wakil rakyat juga telah bosan, geraamm dan marah permainan canggung dan cangging  pemimpin pemimpin politik segenap lapisan serata pelusuk. Yang penting 'survival' parti dan pemimpin untuk terus kekal berkuasa. Prinsip di ketepikan. Integriti hilang identiti. Semua kerana kuasa. Sebab kuasa itu duit dan duit itu kaya, kaya dan bertambah kaya. Ada juga ahli politik yang betul betul bermaruah, jujur dan amanah memegang jawatan dan sanggup hilang segalanya. Inilah yang sebenarnya dicari. Rakyat menanti pemimpin pemimpin begini. Inilah yang sebenarnya diperlukan olih Malaysia. Wakil Wakil Rakyat BEBAS YANG BERKHIDMAT untuk rakyat jelata. Bukan sekadar Yang Berhormat yang mementingkan soal parti dan pemimpin tetapi pinggirkan hal hal rakyat. Untuk satu penggal ini rakyat jelata hendaklah menyokong calun calun bebas yang berwibawa untuk menjadi wakil wakil mereka samada di Dewan Undangan Negeri mahupun di Parlimen. Ahli ahli parlimen bebas tidak mewakili mana mana parti politik. Mereka mewakili suara dan kuasa rakyat di kawasan masing masing. Ramai yang akan bertanding bebas PRU 14.
Satu kesepakatan wakil wakil rakyat bebas boleh bersama sama wakil wakil rakyat berparti membentuk kerajaan yang lebih efisyen dan lebih efektif. Ada  'check and balance'. Kuasa mutlak selama ini yang rakyat salurkan adalah punca kerakusan dan ketamakkan pemimpin pemimpin politik merompak, menyamun dan mencuri harta rakyat dan khazanah negara. Malaysia mempunyai kekayaan untuk dinikmati olih semua rakyat jelata bukan hanya untuk 40 individu terkaya. Bukan juga untuk 40 menteri dan kroni kroni mereka. Ini bukan negara untuk Alibaba dan 40 penyamun. Ini  adalah negara untuk 40 juta manusia perlu hidup. ( 10 juta adalah PATI dan Pekerja Pekerja Asing yang mencari makan di bumi bertuah ini ).