Friday, 25 November 2016
Saturday, 19 November 2016
BERSIH CEKAP AMANAH
Bersih Cekap Amanah. Satu pendekatan yang cukup lengkap bagi satu kerajaan, pentadbiran mahupun satu institusi. Kehilangan ataupun kekurangan satu pendekatan ini bisa menghancurkan segalanya. Kerajaan zalim, rakyat menderita. Kezaliman itu berlaku apabila kerajaan tidak Bersih, Cekap dan Amanah. Yang memilih kerajaan adalah rakyat sendiri. Maka seharusnya rakyatlah yang sendiri berlaku zalim kerana memilih kerajaan yang tidak Bersih, Cekap dan Amanah.
Himpunan BERSIH 5, kemuncaknya jam 5 dengan ketibaan Tun Dr Mahathir Mohammad di hadapan KLCC. Dianggarkan 500,000 peserta hadir tanpa gangguan kepada sesiapa pun kecuali jalan jalan ditutup. Polis tidak menghadapi masalah. Malahan DBKL juga. Semuanya bersih disapu peserta BERSIH. Saya menyaksikan sendiri bersama peguam peguam 'PEMERHATI' yang berkemeja putih lengan panjang, bertali leher dan memakai 'tag' mewakili Bar Council. Cuaca mendung tetapi tidak hujan sehingga persuraian.
Akhirnya, mayat bekas diktator Filipina diberi penghormatan negara, disemadikan di makam pahlawan walaupun terpaksa dilakukan di malam hari. Inilah nasib seorang pemimpin, seorang presiden yang dibenci rakyat. Ada yang sanggup membunuh Perdana Menteri negaranya, memanggang mayatnya dan memakan dagingnya. Mungkin terlalu lapar, terlama lapar. Yang pasti teramat marah. Teramat amat marah kepada seorang pemimpin, seorang Perdana Menteri yang tidak Bersih, Cekap Dan Amanah!
Friday, 11 November 2016
TRUMPET
President Elect Donald J Trump adalah seorang pemain trumpet yang terbaik di dunia. Tidak ramai pemuzik suka tiup trumpet sebab susah nak mahir. Siapa pereka trumpet, Google Lah sendiri cari jawapannya. Sebab Donald J Trump tidak bermain trumpet pun.
Beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45. Natijahnya, telaah dan strategi digunapakai menjadi. American want Trump to be their president. Only rich American voted Hillary Clinton. Then who demonstrate?
So the first thing the president must do now is to jail Clinton. Did he said that or did he promised so?
Presiden Jokowi akan terserlah kewibawaan, kehebatan dan kebijaksanaannya menangani isu Ahok. Presiden Duterte pula, jika berjaya memberi penghormatan negara kepada mendiang presiden Marcos di Filipina. Dunia mahu menyaksikan ketrampilan anak Melayu mana yang boleh bangkit menjadi pemimpin mereka. Adakah Perdana Menteri Najib kekal? Ataupun mantan Perdana Menteri Mahathir dilantik semula? Mahupun mantan mantan Timbalan Perdana Menteri mampu melakukan kejutan? Sungguhpun, Timbalan Perdana Menteri setia menanti, tidak mungkin pucuk di cita ulam sudah habis dimakan orang.