Bersih Cekap Amanah. Satu pendekatan yang cukup lengkap bagi satu kerajaan, pentadbiran mahupun satu institusi. Kehilangan ataupun kekurangan satu pendekatan ini bisa menghancurkan segalanya. Kerajaan zalim, rakyat menderita. Kezaliman itu berlaku apabila kerajaan tidak Bersih, Cekap dan Amanah. Yang memilih kerajaan adalah rakyat sendiri. Maka seharusnya rakyatlah yang sendiri berlaku zalim kerana memilih kerajaan yang tidak Bersih, Cekap dan Amanah.
Himpunan BERSIH 5, kemuncaknya jam 5 dengan ketibaan Tun Dr Mahathir Mohammad di hadapan KLCC. Dianggarkan 500,000 peserta hadir tanpa gangguan kepada sesiapa pun kecuali jalan jalan ditutup. Polis tidak menghadapi masalah. Malahan DBKL juga. Semuanya bersih disapu peserta BERSIH. Saya menyaksikan sendiri bersama peguam peguam 'PEMERHATI' yang berkemeja putih lengan panjang, bertali leher dan memakai 'tag' mewakili Bar Council. Cuaca mendung tetapi tidak hujan sehingga persuraian.
Akhirnya, mayat bekas diktator Filipina diberi penghormatan negara, disemadikan di makam pahlawan walaupun terpaksa dilakukan di malam hari. Inilah nasib seorang pemimpin, seorang presiden yang dibenci rakyat. Ada yang sanggup membunuh Perdana Menteri negaranya, memanggang mayatnya dan memakan dagingnya. Mungkin terlalu lapar, terlama lapar. Yang pasti teramat marah. Teramat amat marah kepada seorang pemimpin, seorang Perdana Menteri yang tidak Bersih, Cekap Dan Amanah!
Saturday, 19 November 2016
BERSIH CEKAP AMANAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment