Friday, 15 February 2019

HADAP 2

Harapan DAP menang di PRK P.078 Cameron Highland tidak kesampaian. Dikatakan Mahathir merestui Calun UMNO dan beliau hampir pasti menjadi ahli PPBM sejurus mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen pada bulan Mac depan.
Lantaran itu HADAP 2 menjustifikasikan penolakkan DAP kepada calun PPBM. Sebagai tindak balas Lim Guan Eng memalukan Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri. Lawatan kerja Ketua Polis Negara dan rombongan ke Turki disahkan dibiayai olih syarikat berkaitan Judi. Aduhaiiiii.
Khalayak menyedari sokongan Melayu kepada DAP susut. Justeru itu PPBM menjadi kambing hitam untuk korban. PH terlibat dan BN PAS hampir pasti memenangi PRK N. 24 DUN Semenyih pada 02 Mac 2019.
Kemabrukkan PPBM menerima kemasukkan Ahli Ahli Parlimen UMNO yang berpaling tadah meranapkan impian HADAP. 22 kerusi menjadi pertaruhan dan UMNO kini hanya tinggal 37 kerusi daripada 54 yang dimenangi semasa PRU 14 pada 09 Mei 2018.
Mahathir terus pasak bumi dan Anwar mendiamkan diri. Ahli Ahli DAP mula berbunyi namun siapa peduli. Rafizi Ramli bersembunyi dan Azmin Ali terus menyanyi dan menari. Najib Razak menghiburkan hati. Menjadi  Lara sesuka hati mengubati luka di sanubari. H20 sekali sekala muncul menonjolkan diri. Dimana Jho Low dicari. KJ melalak tak berhenti. TRH menyepi diri. Presiden UMNO ibarat mati. Tok Mat N9 separuh mati bertarung di rantauan..

No comments:

Post a Comment