Saturday, 11 February 2017

GERAAMMM 7

Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar telah membuat kenyataan Polis Diraja Malaysia telah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku semasa Pilihanraya Umum ke 14 diadakan. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Jeneral Dr Zulkifli Md Zin telah memulakan tugas.  Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, hal hal persempadanan semula kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen masih belum selesai kerja. Ada yang dirujuk ke mahkamah untuk semakan semula. Paling awal PRU 14 sesuai diadakan selepas 1hb September 2017. Eloknya dilangsungkan 16hb Hari Malaysia. Tak sabar rakyat menanti.
Momentum PRU meningkat dengan PRKS . Di selatan tanah air Republik Singapura dikatakan akan melantik seorang wanita Melayu berugama Islam sebagai presiden baru.  France mungkin juga akan mengundi calun wanita Le Pens sebagai presiden negara itu. Theressa May PM UK dan Angela Merkel mungkin dipilih lagi meneraju German. Di Malaysia jika dipilih TS Rafidah Aziz ker DS Wan Azizah boleh juga menjadi PM.
'Politic is an art' Politik itu satu seni silat.  Seni Mempertahankan Diri dan Seni  Menewaskan Lawan. Tipu daya, helah bermadah dan muslihat senjata tersembunyi yang boleh menentukan kemenangan. Main jahat sudah pasti kerana susah nak menang kalau main baik. Biasa biasalah dikatakan politik adalah satu permainan kotor. Di Malaysia senario semasa di luar kotak pemikiran peradapan dunia. Negara boleh dikatakan maju tetapi tahap peradapan dan pemikiran rakyat jelata mundur. Tidak berkembang mengikut peredaran masa. Rakyat jelata terlalu di kongkong perjalanan hidup mereka. Di jajah mentaliti, sensaliti dan abiliti mereka supaya akur dengan pemerintah. Seolah olah macam ada satu kuasa ghaib yang mencengkam minda rakyat jelata. Bagaikan lembu dicucuk hidung. Rakyat terlalu beralah, berserah dan redha ketentuan ilahi. PAS terlebih lebih memperainkan isu isu ugama. Sikap Melayu yang terlalu percaya sehingga menjadikan mereka taksub hanya kepada satu pegangan. Tidak berganjak. Kewibawaan Perdana Menteri DS Najib tercalar teruk. Dunia ketawa melihat telatah dan sandiwara Malaysia. Usia mencemburui kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamad menandingi kehandalan seteru seteru politik. Jika DS Anwar Ibrahim pun tewas bertembung UMNO dan Barisan Nasional, siapa lagi yang mampu selain Tuhan?
UMNO had made a beast out of them but an angel to many. Malaysian will not see a new Prime Minister after GE 14. None available to defeat the tyrany and only the real sufferings of the rakyat will prevail. Cost of living is increasing. Job opportunity are decreasing. Hijackers are the many foreigners. The culprits are the none others than us, Malaysian.
Shall all of us rise to uphold the sovereignty of our nation and make Malaysian great again.

No comments:

Post a Comment