Salam Hijrah 1439.
BAJET KOSMEdisantuni ER GULA GULA PRU 14. Seawal-awalnya parlimen dibubarkan 11hb November, 2017 bagi membolehkan pilihanraya diadakan selewat-lewatnya pada 8hb Ogos 2018. Beranikah rakyat berubah minda dan pendirian memberi kemenangan kepada calun calun Pakatan Harapan atau akan kekalkan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia?
Persoalanya siapa bakal PM sekiranya PH menang? Dato Seri Azmin Ali atau Tan Sri Muhyiddin Yassin? Seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dan menang serta setuju dilantik menjadi PM 7, apakah rakyat akan mengundi calun calun PH?
Almarhum Sultan Kedah dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong untuk kali kedua. Bolehkah CheDet dipilih menjadi PM untuk kali kedua? Kedua-duanya daripada Kedah. PM 1 Dan PM 4 juga daripada Kedah. Presiden Mugabe masih memerentah Zimbabwe walaupun telah berusia 93 tahun! Barisan Nasional konfiden menang. Pakatan Harapan juga konfiden menang. Rakyat selaku pengundi bingung. 60 tahun UMNO memerentah. Calun calun PM PH adalah bekas ahli ahli UMNO juga. Rakyat dan UMNO berpisah tiada. Adakah PH mempunyai calun calun lain? Pendirian PAS bersendiri memberi kelebihan kepada BN.
Rakyat perlu faham perbezaan maksud kerajaan dan kerajaan yang memerentah sebelum mengundi. Kerajaan adalah jentera pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan yang memerentah diberi kuasa untuk menentukan perjalanan halatuju sesebuah negara. Oleh itu kerajaan yang memerentah hendaklah Bersih, Cekap dan Amanah. Untuk itu pemimpin pemimpin kerajaan yang diberi kuasa pemerentahan mestilah tidak korup, jujur, berintegriti tinggi, berhemat, berwibawa, berwawasan dan terpenting takut kepada kemurkaan Allah swt. Rukun Negara dipatuhi. Janji ditepati. Mesra mudah didekati dan rakyat sentiasa disantuni adalah intipati diri. Pemimpin wajib disenangi dan dikasihi
Friday, 22 September 2017
PRU 14 _ 11/11-8/8
Saturday, 16 September 2017
OUTSYEDTHEBOX
Sunday, 27 August 2017
Sunday, 12 February 2017
GERAAMMM 8
TS Khalid Ibrahim bekas MB Selangor adalah ahli parlimen bebas. Hari ini di sahkan ahli parlimen DAP keluar parti. Turut serta wakil wakil rakyat dalam DUN Melaka. Sebab yang nyata ialah sudah tidak percayakan parti. Di Pulau Pinang juga ramai ahli ahli parti DAP yang telah meninggalkan parti tersebut kerana sudah tidak sehaluan. Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri juga dipecat daripada parti. Semua parti bermasaalah kerana pada hari ini pemimpin pemimpin parti parti politik lebih mementingkan 'survival' mereka daripada 'survival' rakyat jelata yang mereka wakili.
Bukan sahaja rakyat jelata jelak, wakil wakil rakyat juga telah bosan, geraamm dan marah permainan canggung dan cangging pemimpin pemimpin politik segenap lapisan serata pelusuk. Yang penting 'survival' parti dan pemimpin untuk terus kekal berkuasa. Prinsip di ketepikan. Integriti hilang identiti. Semua kerana kuasa. Sebab kuasa itu duit dan duit itu kaya, kaya dan bertambah kaya. Ada juga ahli politik yang betul betul bermaruah, jujur dan amanah memegang jawatan dan sanggup hilang segalanya. Inilah yang sebenarnya dicari. Rakyat menanti pemimpin pemimpin begini. Inilah yang sebenarnya diperlukan olih Malaysia. Wakil Wakil Rakyat BEBAS YANG BERKHIDMAT untuk rakyat jelata. Bukan sekadar Yang Berhormat yang mementingkan soal parti dan pemimpin tetapi pinggirkan hal hal rakyat. Untuk satu penggal ini rakyat jelata hendaklah menyokong calun calun bebas yang berwibawa untuk menjadi wakil wakil mereka samada di Dewan Undangan Negeri mahupun di Parlimen. Ahli ahli parlimen bebas tidak mewakili mana mana parti politik. Mereka mewakili suara dan kuasa rakyat di kawasan masing masing. Ramai yang akan bertanding bebas PRU 14.
Satu kesepakatan wakil wakil rakyat bebas boleh bersama sama wakil wakil rakyat berparti membentuk kerajaan yang lebih efisyen dan lebih efektif. Ada 'check and balance'. Kuasa mutlak selama ini yang rakyat salurkan adalah punca kerakusan dan ketamakkan pemimpin pemimpin politik merompak, menyamun dan mencuri harta rakyat dan khazanah negara. Malaysia mempunyai kekayaan untuk dinikmati olih semua rakyat jelata bukan hanya untuk 40 individu terkaya. Bukan juga untuk 40 menteri dan kroni kroni mereka. Ini bukan negara untuk Alibaba dan 40 penyamun. Ini adalah negara untuk 40 juta manusia perlu hidup. ( 10 juta adalah PATI dan Pekerja Pekerja Asing yang mencari makan di bumi bertuah ini ).
Saturday, 11 February 2017
GERAAMMM 7
Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar telah membuat kenyataan Polis Diraja Malaysia telah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku semasa Pilihanraya Umum ke 14 diadakan. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Jeneral Dr Zulkifli Md Zin telah memulakan tugas. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, hal hal persempadanan semula kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen masih belum selesai kerja. Ada yang dirujuk ke mahkamah untuk semakan semula. Paling awal PRU 14 sesuai diadakan selepas 1hb September 2017. Eloknya dilangsungkan 16hb Hari Malaysia. Tak sabar rakyat menanti.
Momentum PRU meningkat dengan PRKS . Di selatan tanah air Republik Singapura dikatakan akan melantik seorang wanita Melayu berugama Islam sebagai presiden baru. France mungkin juga akan mengundi calun wanita Le Pens sebagai presiden negara itu. Theressa May PM UK dan Angela Merkel mungkin dipilih lagi meneraju German. Di Malaysia jika dipilih TS Rafidah Aziz ker DS Wan Azizah boleh juga menjadi PM.
'Politic is an art' Politik itu satu seni silat. Seni Mempertahankan Diri dan Seni Menewaskan Lawan. Tipu daya, helah bermadah dan muslihat senjata tersembunyi yang boleh menentukan kemenangan. Main jahat sudah pasti kerana susah nak menang kalau main baik. Biasa biasalah dikatakan politik adalah satu permainan kotor. Di Malaysia senario semasa di luar kotak pemikiran peradapan dunia. Negara boleh dikatakan maju tetapi tahap peradapan dan pemikiran rakyat jelata mundur. Tidak berkembang mengikut peredaran masa. Rakyat jelata terlalu di kongkong perjalanan hidup mereka. Di jajah mentaliti, sensaliti dan abiliti mereka supaya akur dengan pemerintah. Seolah olah macam ada satu kuasa ghaib yang mencengkam minda rakyat jelata. Bagaikan lembu dicucuk hidung. Rakyat terlalu beralah, berserah dan redha ketentuan ilahi. PAS terlebih lebih memperainkan isu isu ugama. Sikap Melayu yang terlalu percaya sehingga menjadikan mereka taksub hanya kepada satu pegangan. Tidak berganjak. Kewibawaan Perdana Menteri DS Najib tercalar teruk. Dunia ketawa melihat telatah dan sandiwara Malaysia. Usia mencemburui kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamad menandingi kehandalan seteru seteru politik. Jika DS Anwar Ibrahim pun tewas bertembung UMNO dan Barisan Nasional, siapa lagi yang mampu selain Tuhan?
UMNO had made a beast out of them but an angel to many. Malaysian will not see a new Prime Minister after GE 14. None available to defeat the tyrany and only the real sufferings of the rakyat will prevail. Cost of living is increasing. Job opportunity are decreasing. Hijackers are the many foreigners. The culprits are the none others than us, Malaysian.
Shall all of us rise to uphold the sovereignty of our nation and make Malaysian great again.
Wednesday, 8 February 2017
GERAAMMM 6.2
Rumah siap pahat masih berbunyi masih boleh diterima. Namun jika perlu pengetuk maknanya banyak lagi kerja yang perlu buat. Lazimnya situasi ini selalu berlaku apabila pembesar negara membuat lawatan. Pembedahan kosmetik paling cepat menyiapkan sesuatu kerja. Yang buruk nampak cantik dan anggun, bisa menawan hati dan kalbu. Omongan kosnya agak tinggi. Ini hakikat sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa dan Datuk Seri Najib kekal selaku Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 14 diadakan.
Disebaliknya, walaupun tidak mungkin, pihak pembangkang yang menang dan membentuk kerajaan persekutuan; apakah sejarah akan berulang sepertimana berlakunya Tragedi 13 Mei?
Bolehkah kekalahan diterima dan peralihan kuasa berlaku secara aman? Di peringkat negeri tidak ada masaalah besar walaupun berlaku kekecuhan di Sabah ketika USNO ditewaskan BERJAYA dan ketika PBS mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri. Keahlian UMNO seramai 3.5 juta perlu diambil kira
semasa PRU 14 diadakan. Barisan Nasional mempunyai hampir 5 juta pengundi berdaftar. Mana mungkin BN tewas kerana jumlah pengundi berdaftar mengikut perangkaan SPRM melebihi 7.5 juta rakyat Malaysia? Dari segi lojiknya memang tidak masuk akal. Seperti di USA, Donald Trump menjadi presiden walaupun Hillary Clinton yang mendapat undi terbanyak. PRU 13, Pakatan Rakyat menang undi popular, Barisan Nasional kembali membentuk kerajaan.
Sehubungan itu semua pihak perlu berlapang dada, bertindak bijak dan berhemah serta mengikut peraturan peraturan pilihanraya sebagaimana yang telah ditetapkan olih SPRM. Pihak pihak berkuasa seperti PDRM dan ATM serta agensi agensi berkaitan perlu jujur dan amanah didalam memastikan keluhuran undang undang dan perlembagaan negara dipatuhi sepenuhnya. Ini adalah penting agar PRU14 berjalan lancar dan keadaan tidak menjadi huru hara. Keharmonian terjaga, tata susila tersusun rapi dan negara kekal aman, makmur dan sejahtera. Perancangan strategik dan dinamik menjamin keselamatan negara tidak terugat dan terancam mulai sekarang perlu difikirkan dan dilaksanakan. Kegairahan berpolitik boleh melalaikan dan melonglaikan dalam semua keadaan. Fenomena 'Fake News' bagaikan 'Down Syndrome' menghantui pemilihan presiden Amerika Syarikat walaupun presiden telah di tabalkan dan 'Presidential Executive Order, Privi ataupun Decree' telah dikeluarkan masih belum terlaksana sepenuhnya. Rakyat masih memberontak Demonstrasi jalanan besar besaran berterusan. Keengganan mematuhi arahan ketua disebalik kelonggaran pelaksanaan undang undang yang membenarkan mempunyai agenda tersembunyi samada tersurat mahupun tersirat. Dunia turut menjadi kecuh. Di Thailand pertembungan Baju Merah dan Baju Kuning meragut nyawa sehinggalah pihak Tentera mengambilalih pentadbiran kerajaan. Di Turki berlaku kegagalan rampasan kuasa presiden. Arab Springs meranapkan impian dan ketamadunan kemanusiaan sejagat. Malaysia, in shaa Allah in shaa Allah.
Tuesday, 7 February 2017
GERAAMMM 6.1
Perang Psywar Perang Siber meningkat di media media sosial. Barisan Nasional banyak 'advantage' kerana selaku kerajaan yang memerintah, pelbagai cara boleh dimunafaatkan untuk menghadapi serangan bertubi tubi pihak lawan. DAP menggunakan Rocket dan menubuhkan Red Bean Army dalam kempennya. PAS 'On Line' dengan Harakah. PKR dengan Selangor Kini dan Keadilan. Majlis Peguam agak kritikal terhadap kerajaan BN dan lebih memihak puak puak pembangkang. NGO seperti BERSIH didominasi pembangkang. SUHAKAM hanya boleh memberi pandangan.
Hari ini Kes 1 MDB hanya satu perkara kecil berbanding Kes FOREX 1991. Jika mengambil kira kes kes 'bail out' yang lain, jumlah kerugian amat besar. Zaman sebelum Tun Dr Mahathir sehingga beliau bersara kerugian dianggarkan RM100 Billion. Era Tun Abdullah tiada kerugian. Kes 1 MDB sahaja sesudah dikorek korek kerugian ditafsirkan sebanyak RM 60 Billion. Campur itu dharab ini, bahagi tu bagi ni kerugian pasti RM100 Billion jugakkk. Dan Kedua dua mereka adalah pemimpin pemimpin UMNO. Acuan yang sama. Produk yang sama. Hanya 'rebranding up to date and retrending'.
The culprit is the party. The party needs money to sustain. Donations inadequate.
So matlamat menghalalkan cara. Projek projek penswastaan diperkenalkan. GLC diwujudkan dan rakyat didendangkan dengan irama kroninisma dan nepotisma sehingga menjadi begitu kronik, hypo typo dan psyco. Akibatnya kos kos projek bertambah bukan disebabkan 'added value' tetapi untuk kantung kantung pemimpin pemimpin kerajaan yang memerintah. Jika diteliti semuanya sama Jika tidak pemimpin akan tersungkur. Parti akan berkubur. Contohnya parti Semangat 46.
Rakyat jelata yang celik digula gulakan. Yang buta menjadi pekak tuli dan bisu. Yang cerdik kurang bijak tidak pandai dan menjadi bodoh. Sikit Sikit Tipu lama lama Tertipu. Ini hanya satu kaedah satu permainan perang psikologi atau psywar. Rakyat jelata akan terus menerus di kelirukan. Rakyat Malaysia semua bersekolah. Hanya sedikit yang tidak bersekolah. Diajar menulis, membaca dan mengira supaya menjadi pandai. Kelekaan, alpa, tidak peduli adalah diantara faktur faktur yang menjadikan seseorang itu menjadi bodoh, bahalul dan bangang. Menang sorak tergadai kampung. Bila sedar nasi sudah menjadi bubur. Tak guna dikenang masa nan lalu kerana ranjau penuh dihadapan. Sudah pupus jauhari yang mengenal manikam. Sudah hilang kewarasan dan keikhlasan. Yang ada hanyalah kerakusan pemimpin pemimpin politik segenap lapisan. Yang hilang tidak berganti. Patah tak tumbuh kembali.