Tuesday, 17 May 2016

TUHAN GURU TERBAIK

Tuhan mengajar Nabi Adam as dan memerintah semua malaikat menyembah baginda. Iblis engkar lalu bermulalah perseteruan iblis dengan manusia. Apabila Hawa termakan pujukan iblis mengengkari perintah Ilahi, kedua duanya di humban ke bumi.
Iblis dan tentera tenteranya iaitu syaitan akan terus menyesatkan manusia. Pelbagai tipu daya dan muslihat digunakan. Dengan bantuan jin, sihir memainkan peranan. Namun kesesatan nyata ialah kuasa dan duit. Cash is king.
Zionist penggerak utama mencapai matlamat freemason dan illuminati. Berpengkalan di Amerika serta beroperasi di serata pelusuk dunia bagi merencanakan agenda the New World Order.
Pemimpin dipengaruhi dengan kuasa dan duit.  Tamak haloba dan riak serta kenipisan iman meruntuhkan kewibawaan seorang pemimpin. Dinasti Saud, raja Arab Saudi didalam gengaman mereka. Islam diperkotakkatikan. Ugama lain anutan manusia tiada masalah.  Lawan mereka hanya China. Mungkin benar kebangkitan Islam itu di Timur sepertimana sabda rasulullah saw.
Malaysia hanya sebuah negara kecil tetapi menjadi nadi sebelah Timur. Ada yang mengandaikan kebangkitan Islam di nusantara bermula disini. Ini menyebabkan the New World Order sentiasa mengawasi perkembangan Malaysia. Segala galanya ada di negara kita sekarang. Illuminati dan Freemason sudah lama bertapak di Malaysia. Yang diperlukan hanya Zionism yang berpengkalan di Singapura mengawasi persekitaran dunia sebelah sini. Pemimpin yang rakus mengikut telunjuk mereka. Malaysia boleh terus maju mencapai Wawasan 2020. Apa yang diperlukan oleh the New World Order hanyalah pemimpin pemimpin nusantara didalam acuan mereka sebagaimana Arab Saudi dan negara negara Islam yang lain mengikut cakap cakap mereka. Dan ini baru permulaan strategi mereka. Bukankah Tuhan telah memberitahu kita dan Jibrail ra telah mengajar rasulullah saw rahsia rahsia terkandung didalam kitab suci al Quran?

Monday, 16 May 2016

SEJARAH JUGA GURU

Sejarah mengajar kita erti hidup. Dari setitis air mani lahirlah seorang insan. Semua diberi akal untuk berfikir. Takdir adalah kehendak Ilahi
Tiada siapa berupaya melawan takdir. Kita disuruh redha dengan ketentuanNya. Kita hanya mampu berusaha, terus berikhtiar dan terus berusaha demi keberlangsungan hidup. Sehinggakan pada suatu ketika tidak ada apa apa lagi hendak diusahakan, lalu kita berserah dan redha adalah sesuatu perkara yang teramat sukar kita lalui sepenuhnya. Ramai yang gagal.
Sejarah memaparkan ketamadunan, kejayaan serta kehancuran dan kemusnahan peradaban manusia. Namun sejarah akan tetap berulang. Begitulah kehendak alam ataupun inilah takdir manusia. Yang mampu tercapai kemodenan teknologi dan ciptaan ciptaan baru berteknologi tinggi. Nabi saw diangkat kelangit dalam peristiwa israk dan mikraj. Manusia kini mampu terbang ke langit dan ke angkasa lepas. Dunia tanpa sempadan. Segalanya mampu tercapai. Asalkan ada usaha. Ada duit. Ada kemahuan.
Sejarah illuminati bermula zaman firaun dan freemason zaman qarun. Zionis bangkit setelah keruntuhan kerajaan Ottoman di Turki. Empire British yang dikuasai illuminati dan freemason menubuhkan kembali rejim Israel di Palestine dengan bantuan keluarga Saud di Arab. Setelah berkuasa di Mekah, dengan agenda zionism, berakhirlah pemerintahan keluarga Nabi saw di Madinah.
Perang dunia 1 dan 2 mengangkat Amerika sebagai jaguh walaupun Amerika tidak berperang sepenuhnya. Hanya Pearl Harbour di serang tentera Jepun. Semua bijak pandai yahudi telah berkumpul di Amerika apabila perang dunia meletus. Segala kekayaan dirompak menjadikan mereka mula membentuk dunia mengikut acuan mereka. Maka lahirlah the New World Order.

Illuminati, Freemasony Dan Zionism

Satu gerakan pemujaan syaitan bertujuan menyiapkan kemunculan dajjal dan menyahkan kedatangan imam Mahadi. Ditubuhkan oleh rejim Israel bagi mengukuhkan kedudukan mereka mencengkam dunia. Tuhan mereka hanyalah kekayaan dan kuasa.
1, Rothschild
2. Rockefeller
3. Morgan
4. Dupont
5. Astor
Keluarga diatas paling berkuasa memberi arahan untuk satu satu agenda dunia. Siapa diberi pemerintahan,siapa diberi kekayaan mengikut acuan dan perkiraan mereka. Dunia di kaki mereka.
Institusi Institusi Kerajaan, kewangan, istana, gereja malahan masjid pun menjadi ahli melalui gerakan freemason. Ahli dipilih dan di sahihkan dalam satu upacara resmi bagi menobatkan mereka. Lazimnya selaku 33rd degree order, bagi merealisasikan the New World Order.
Setiap presiden Amerika jika bukan ahli freemason, mesti menyokong gerakan mereka untuk melayakkan diri. Wang dan kuasa mempengaruhi jiwa raga.
Keahlian mereka di seluruh dunia.
Zionism adalah satu gerakan tentera bagi memenangi satu satu peperangan  samada secara fizikal, mental mahupun spiritual. Dan hollywood adalah pentas terbaik untuk illuminati, freemasonary dan zionism mempengaruhi dunia.

Persoalanya, adakah Benar sepertimana Di war2kan ataupun Hanya sekadar omongan kosong Mahu pun Hanya Satu Teori/ Agenda Politik. Dunia akan menyaksikan satu konspirasi yang lebih menggerunkan dekad Ini. Peperangan Dunia KE 3 bolih tercetus. Namun, perlukah berperang sesama Insan jika senjata biological sudah tersedia. Dianggarkan ' Narrow Money' sekitar 20 trillion USD. ' Broad Money' disandarkan Emas Hanya 80 trillion USD Di seluruh dunia Di pasaran...

Apakah sebenarnya New World Order?Built Back Better...

Dimana kebenarannya dikatakan terdapat 500 trillion USD Di pasaran sekarang. Semua terbukti Hanya propaganda puak Yahudi Dan Nasrani Untuk melemahkan serta melumpuhkan pergerakkan Kebangkitan Islam sejagat.. 


Wednesday, 11 May 2016

MH 370 MH 17 DAN NAHAS HELIKOPTER

MH 370
Sehingga hari ini hanya serpihan serpihan dikatakan milik MH 370 dijumpai di sekitar Lautan Hindi. Satu misteri  abad ke 21 yang masih tidak berjawab oleh dunia.
9/11mudah difahami. Ianya satu konspirasi melibatkan CIA.
Pesawat dalam penerbangan ke Beijing naik tinggi ke paras 33000 kaki mengakibatkan semua penumpang dan anak kapal pengsan kerana tidak mendapat bekalan oksigen. Transponder di  tutup. Pesawat berpusing balik ke perairan Malaysia. Terbang rendah bagi mengelakkan di kesan oleh radar melalui banjaran Titiwangsa menuju Laut Andaman dan terus hilang di Lautan Hindi Selatan. Penerbangan secara ini hanya boleh dilakukan oleh seorang juruterbang yang hebat. Berjiwa kental berhati waja dan bersemangat tinggi merumuskan pilot sebenarnya mempunyai satu motif ataupun satu ' Mission Impossible'.
Selepas Maldives, yang ada hanyalah pengkalan Tentera Laut Amerika  di Diego Garcia. Dikatakan pengkalan ini mempunyai setok simpanan bom nuklear. Jika mahu di percayai, kemungkinan pilot MH 370 berniat melanggar pengkalan tentera Laut Amerika sebagaimana tragedi twin tower 9/11 tetapi tidak sempat berbuat sedemikian.
Sistem pertahanan pengkalan ini terlalu changih untuk di bolosi oleh mana mana pihak.
Tsunami 26 Disember 2004 dikatakan berpunca daripada ujian letupan bom nuklear di dasar Lautan Hindi.

Amerika juga Ada Teknologi HAARP, High Frequency Active Auroral Research Programme. Pancaran Sinar Frekuensi Tinggi menembusi Lapisan ke 6 Di Ionesfera Dan melantun ke Bumi Bagi tujuan mengawal cuaca. European Union amat bimbang, Amerika menggunakan Kaedah Ini sebagai Senjata Dekad 21 Untuk tujuan Peperangan Penaklukkan. Bahayanya lebih besar dari pada kesan Letupan Bom Nuklear. 

Kemungkinan pesawat pesawat tentera Amerika digunakan untuk  memintas serta mendaratkan MH 370 di pengkalan mereka tidak dapat dinafikan. Begitu juga, andaian MH 370 sebenarnya telah di culik oleh CIA juga tidak dapat dinafikan.
MH 17
Konspirasi KGV sepenuhnya kerana keakraban  Malaysia dengan  Amerika sehingga menjejaskan persahabatan Malaysia Russia. Berkaitan, persahabatan Malaysia China sehingga melumpuhkan Amerika memungkinkan MH 370 hilang tidak dapat dikesan.

NOTA
Tulisan diatas adalah teori penulis.

NAHAS MAUT 2 HELIKOPTER
Bermaksud ada orang nak jatuh ke bawah daripada tempat tinggi.

MALAYA MALAYSIA DAN KHALIFAH

MALAYA umpama MEKAH sebelum kedatangan Islam. MALASIA ibarat MADINAH selepas Islam mula di terima. Perbezaannya, Arab dan Melayu. Andainya satu pihak mahu meniru satu pihak yang lain, haru biru jadinya.
Melayu tidak boleh menjadi Arab. Al  Quran suruh melayu jadi Islam, bukan Arab. Begitu juga bangsa China, India dan kaum kaum lain tidak boleh menjadi Melayu. Hanya perlembagaan boleh menjadikan seorang bukan Melayu menjadi Melayu. Perkara 151 dibaca, melayu itu  seorang yang bertutur bahasa melayu, mengamalkan cara hidup melayu dan beragama Islam.
Khalifah, dalam erti kata lain seorang pemimpin ataupun seorang ketua. Jika khalifah kita baik, maka baiklah rakyat dan negaranya. Jika disebaliknya, maka tunggulah kehancuran dan kemusnahannya. Pemimpin baik di hormati dan di muliakan. Pemimpin yang zalim harus ataupun wajib disingkirkan. Begitulah antara tafsiran tafsiran ayat ayat al Quran. Nasib sesuatu kaum itu, hanya kaum itu sahaja yang boleh menentukannya. Persoalannya, siapa khalifah yang baik dan siapa khalifah yang jahat? Allah swt  mengurniakan setiap insan akal. Berfikirlah!
Malaysia hanya boleh mencapai wawasan 2020 sekiranya di perintah oleh seorang perdana menteri bercirikan khalifah tersohor seperti khalifah Umar al Khatab. Mustahil 50%, memadai 5% buat permulaan. Yang paling di takuti khalifah Umar ialah kemurkaan Allah swt . Siapa diantara perdana menteri mahupun bakal  bakal pm bercirikan sedemikian?
Malaysia jika mahu terus kekal sejahtera, aman, maju dan makmur wajib mencari pemimpin seperti itu.
Berfikirlah sejenak..
Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Najib. Siapa betul siapa salah. Ramai di kalangan kita mengatakan kedua duanya salah. Tidak betul. Kesimpulannya, negara kita tidak pernah di perintah seorang perdana menteri seperti khalifah Umar al  Khatab.  Khalifah itu juga adalah imam. Bolehkah kedua dua insan diatas menjadi imam?
Justeru itu, tentukan pada PRU 14 carilah PM seperti khalifah Umar al Khatab. 

Tuesday, 10 May 2016

CORAT CORET SEMASA

Corat coret semasa merumuskan kemenangan BN di PRN Sarawak pada 7/5/2016 TIDAK menterjemahkan sokongan padu pengundi kepada kepimpinan YAB PM. Tidak ada sekeping pun poster beliau dipamirkan seperti lazimnya di bumi kenyalang. Apai Besaq sekadar menyelit menumpang populariti luar biasa Tok Nan. Kemalangan helikopter yang melibatkan kematian 6 orang pada petang 5/5/2016 mengundang malapetaka yang lebih dahsyat. YB Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon, suaminya dan ahli parlimen Kuala Kangsar turut terkorban.
Tok Nan menang besar tetapi apai besaq kehilangan dua ahli parlimen UMNO. Pengundi Sarawak mengikut lapuran awal hanya 54% sahaja yang keluar mengundi. Jika ini benar, kesimpulannya pengundi Sarawak sebenarnya teramat bijak mengundi BN di peringkat DUN dengan hasrat mengundi parti lawan di PRU 14 dijangkakan diadakan dalam masa 2 tahun ini. Justeru itu kemenangan mutlak BN di Sarawak menjadi hambar serta tidak diraikan sepenuhnya.
Ada pun di khabarkan Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan bertanding selaku calun bebas di Pilihanraya Kecil di parlimen Sungai Besar, satu sama satu melawan calun umno. Ini membolehkan beliau berkempen secara lebih berhemah sejajar dengan matlamat "Save Malaysia" .
Ada juga mengusulkan YAB PM meletak jawatan dengan mengosongkan kerusi parlimen Pekan bagi membolehkan beliau bertanding satu sama satu melawan calun bebas mantan PM samada di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar. Sehubungan itu tidak perlulah Tun Dr Mahathir Mohamad masuk gelanggang sepertimana yang dianjurkan YB Menteri, Datuk Nazri Aziz untuk bertinju sesama mereka.
Seeloknya Ketua Wanita umno Datuk Sharizat mewakili umno di Kuala Kangsar melawan Tan Sri Rafidah Aziz selaku calun bebas juga. Barulah buku bertemu ruas. Wanita hari ini tidak ada calun pelapis selain Datuk  Azalina Aziz yang di kuatiri tidak dapat di terima oleh kebanyakkan ahli. Dan di  Selangor, umno dikatakan hidup tidak mati tak mau.