Tuesday, 10 May 2016

CORAT CORET SEMASA

Corat coret semasa merumuskan kemenangan BN di PRN Sarawak pada 7/5/2016 TIDAK menterjemahkan sokongan padu pengundi kepada kepimpinan YAB PM. Tidak ada sekeping pun poster beliau dipamirkan seperti lazimnya di bumi kenyalang. Apai Besaq sekadar menyelit menumpang populariti luar biasa Tok Nan. Kemalangan helikopter yang melibatkan kematian 6 orang pada petang 5/5/2016 mengundang malapetaka yang lebih dahsyat. YB Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon, suaminya dan ahli parlimen Kuala Kangsar turut terkorban.
Tok Nan menang besar tetapi apai besaq kehilangan dua ahli parlimen UMNO. Pengundi Sarawak mengikut lapuran awal hanya 54% sahaja yang keluar mengundi. Jika ini benar, kesimpulannya pengundi Sarawak sebenarnya teramat bijak mengundi BN di peringkat DUN dengan hasrat mengundi parti lawan di PRU 14 dijangkakan diadakan dalam masa 2 tahun ini. Justeru itu kemenangan mutlak BN di Sarawak menjadi hambar serta tidak diraikan sepenuhnya.
Ada pun di khabarkan Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan bertanding selaku calun bebas di Pilihanraya Kecil di parlimen Sungai Besar, satu sama satu melawan calun umno. Ini membolehkan beliau berkempen secara lebih berhemah sejajar dengan matlamat "Save Malaysia" .
Ada juga mengusulkan YAB PM meletak jawatan dengan mengosongkan kerusi parlimen Pekan bagi membolehkan beliau bertanding satu sama satu melawan calun bebas mantan PM samada di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar. Sehubungan itu tidak perlulah Tun Dr Mahathir Mohamad masuk gelanggang sepertimana yang dianjurkan YB Menteri, Datuk Nazri Aziz untuk bertinju sesama mereka.
Seeloknya Ketua Wanita umno Datuk Sharizat mewakili umno di Kuala Kangsar melawan Tan Sri Rafidah Aziz selaku calun bebas juga. Barulah buku bertemu ruas. Wanita hari ini tidak ada calun pelapis selain Datuk  Azalina Aziz yang di kuatiri tidak dapat di terima oleh kebanyakkan ahli. Dan di  Selangor, umno dikatakan hidup tidak mati tak mau.

No comments:

Post a Comment