Wednesday, 11 May 2016

MALAYA MALAYSIA DAN KHALIFAH

MALAYA umpama MEKAH sebelum kedatangan Islam. MALASIA ibarat MADINAH selepas Islam mula di terima. Perbezaannya, Arab dan Melayu. Andainya satu pihak mahu meniru satu pihak yang lain, haru biru jadinya.
Melayu tidak boleh menjadi Arab. Al  Quran suruh melayu jadi Islam, bukan Arab. Begitu juga bangsa China, India dan kaum kaum lain tidak boleh menjadi Melayu. Hanya perlembagaan boleh menjadikan seorang bukan Melayu menjadi Melayu. Perkara 151 dibaca, melayu itu  seorang yang bertutur bahasa melayu, mengamalkan cara hidup melayu dan beragama Islam.
Khalifah, dalam erti kata lain seorang pemimpin ataupun seorang ketua. Jika khalifah kita baik, maka baiklah rakyat dan negaranya. Jika disebaliknya, maka tunggulah kehancuran dan kemusnahannya. Pemimpin baik di hormati dan di muliakan. Pemimpin yang zalim harus ataupun wajib disingkirkan. Begitulah antara tafsiran tafsiran ayat ayat al Quran. Nasib sesuatu kaum itu, hanya kaum itu sahaja yang boleh menentukannya. Persoalannya, siapa khalifah yang baik dan siapa khalifah yang jahat? Allah swt  mengurniakan setiap insan akal. Berfikirlah!
Malaysia hanya boleh mencapai wawasan 2020 sekiranya di perintah oleh seorang perdana menteri bercirikan khalifah tersohor seperti khalifah Umar al Khatab. Mustahil 50%, memadai 5% buat permulaan. Yang paling di takuti khalifah Umar ialah kemurkaan Allah swt . Siapa diantara perdana menteri mahupun bakal  bakal pm bercirikan sedemikian?
Malaysia jika mahu terus kekal sejahtera, aman, maju dan makmur wajib mencari pemimpin seperti itu.
Berfikirlah sejenak..
Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Najib. Siapa betul siapa salah. Ramai di kalangan kita mengatakan kedua duanya salah. Tidak betul. Kesimpulannya, negara kita tidak pernah di perintah seorang perdana menteri seperti khalifah Umar al  Khatab.  Khalifah itu juga adalah imam. Bolehkah kedua dua insan diatas menjadi imam?
Justeru itu, tentukan pada PRU 14 carilah PM seperti khalifah Umar al Khatab. 

No comments:

Post a Comment