BUDAYA DEDAK MENGHANTUI PM dikabarkan seseorang secara eksklusif!
Semasa PAU 2017 perbincangan TERHANGAT rupa rupanya tentang DEDAK. Ya tentang dedak. " Berapa banyak engkau dapat? " Engkau dapat APA? "
Rata rata perwakilan berbicara secara spontan dan rawak tetapi serious. Budaya dedak tidak pernah lekang daripada semua parti politik sebenarnya. Demi survival parti dan pemimpin dedak mesti ada. Zaman Mahathir dipanggil ' hoon'. DKJ kut yang mula isu dedak. Zaman Anuar dia pun sama telan dedak.
UMNO mempunyai lk 3.3 juta ahli. BN mungkin lk 5 juta ahli. Jumlah pengundi lk 15.5 juta. PAS 1 juta ahli. Andaikata semua mengundi BN - PRU 14.. Camna PH nak menang?
PAS hanya perlu bertanding 40 kerusi parlimen dan yakin menang didalam memainkan peranannya selaku ' Votes Spoiler ' untuk menjadi ' King Maker ' Dikabarkan juga Presiden PAS pasti dilantik Timbalan Perdana Menteri sekiranya ditakdirkan menang kesemua 40 kerusi parlimen yang ditandinginya. Apa jawatan pulak si anak Indon nanti? Mungkin kekal TPM 2 kut.
Apa Apa pun opurtunis PAS memang bijak membuat perhitungan. Zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, PAS menyertai BN. Bila puas kena klentung PAS cabut. Harini PAS dikabarkan terima dedak RM 90 juta ( RM 50 juta menyusul ) untuk membantu DS Najib Razak kekal PM. Sedar tak sedar bukan sekadar tanah terjual, UMNO pun PM jual.
PAS akan kekal berkuasa di Kelantan. Sebagai hadiah membantu DS Najib Razak kekal PM, Terengganu menjadi hak milik PAS. Pandai tuan tuan guru dan ustaz ustaz PAS buat perkiraan sempena PRU 14. PAS harini nak kereta besar, rumah besar, Wang pun nak besar. Barulah jadi orang besar. Inilah perjuangan PAS baru setelah kembalinya Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Fadhil Noor dan Dato Harun Din ke rahmahtullah. Al Fatehah untuk arwah arwah pejuang pejuang hebat PAS satu ketika dahulu.
Habuan PAS dah dapat. Dedak UMNO bila pula? Parti parti komponen BN khususnya di Sabah dan Sarawak perlu dedak banyak. Negeri besar nak jaga. Kalau Pilihanraya negeri Sarawakian memberi kemenangan besar kepada BN kerana sentimen dimainkan Allahyarham TS Adenan Satem dan auranya, apakah BN benar benar konfiden Sarawak ' fixed deposit' PRU 14? Sarawakian say Not this time. No!
Pan Borneo Highway bukan dedak. Ianya satu komitmen BN. 14 parti parti komponen BN perlu ada duit sekurang kurangnya RM 2 billion untuk menghadapi PRU 14. RM 1 billion diperlukan untuk mendapat sokongan parti parti sampingan terutamanya IPF dan ribuan NGOs yang BN wujudkan dan biayai sepenuhnya. Perkasa pun nak dedak juga. Siapa tak kenal Ibrahim Ali dan timbalannya Rahman Maria Arshad?
UMNO kalau tak dapat dedak tak ada perjuangan. Pi mampus UMNO kata ZAM bila dedak habis. Agaknya Tun Dr Mahathir pun dah kekeringan dedak. Itu yang kuat menempik. TS Muhyiddin ... Biar Lah Biar Lah kata Pak Pandir.
Pokok Sena keluar PAS kerana namanya tidak dicalunkan. Perjuangan konon.. Begitulah nasib ' slow learner ' dan menteri menteri dipencenkan contohnya Jo SiTanggang dan Mamat GST. Tak jadi calun, Jamal Jamban pun boleh pakai tuala pi Seri Perdana, Rumah Jalan Duta ataupun terus ke PMO tunjuk jantan. Rani Kulup nak dedak. Papagomo dah betul betul papa nak bayar saman Anuat.
Dedak oh Dedak ... Ku sangkakan haiwan haiwan peliharaan sahaja makan engkau, rupa rupanya manusia pun nak makan engkau. Pening Pening NR atas 'pillars' sepertimana logo blog baru Najib Razak.com official.
Dedak niiiiiilah yang NR paling takut. Dedak menghantui NR. Masa mencemburui NR. Dan dedak dedak itu sebenarnya Duuuiiitt Duuuiiitt.
Rakyat jelata tahu macam mana NR, BN PAS dan PH nak dapat duit. Kena songlap sana songlap sini. Sumbangan derma ... Fuyoo!
Sebab itu Pakatan Calun Bebas jika bijak dimunafaatkan menjadi pilihan terbaik menang PRU 14. Calun Calun 'non politician' yang patuh 'Rukun Negara' dan nyanyian ' Lagu Negara Ku ' tersemat di sanubari sudah cukup manifesto dan kredibiliti menambat hati pengundi. Hidup PCB! Sejahtera Malaysia!
..
Wednesday, 17 January 2018
PAKATAN CALUN BEBAS - ANCAMAN NO. 1 BN MENGHADAPI PRU 14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment