Monday, 15 January 2018

PAKATAN CALUN BEBAS PRU 14.

Satu Pakatan Calun - Calun Bebas perlu diwujudkan bagi mengkoordinasikan strategi berketepatan bertanding PRU 14 khususnya di peringkat nasional. Lebih 200 calun-calun bebas bertanding PRU 13 dan ramai yang hilang deposit. Persoalannya Kenapa Ramai Sanggup Bertanding?
Pastinya ada tidak kepuasan di kalangan ahli parti parti yang bertanding. Ada juga orang perseorangan yang bertanding suka suka mencari populariti dan publisiti. Ada yang merasakan mereka calun terbaik dan ramai yang berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik selaku wakil rakyat di kawasan mereka.
Sebab itu jika ada satu kesepakatan jitu calun calun bebas boleh bertanding secara berhemah dan memberi impak besar semasa berkempen. Manifesto Pakatan Calun Bebas, kewibawaan dan personaliti calun memberi satu alternatif rakyat jelata mengundi. 60 tahun UMNO memerintah. 30 tahun PAS memerintah Kelantan menjadikannya negeri paling maju. KPI Jenayah meningkat. Penagihan dadah berleluasa dan kegiatan penyeludupan serba serbi bertambah pesat membangun. Rakyat muak dan memendam rasa, permainan politikus ular dalam semak.
Semua parti politik kena cari duit untuk hidupkan parti dan kroni. Hanya seorang SAHAJA politikus berjaya mendapatkan derma Raja Arab Saudi yang telah mangkat sebanyak RM2.6 billion untuk memerangi keganasan tetapi diselewengkan membiayai Pilihan Raya Umum ke 13. DOJ menamakan MO1 selaku penerima terbesar Wang yang dicuri melalui pelaburan 1 MDB sejumlah Wang sama banyak Wang derma USD 681 million. Singapura menutup Swiss Bank yang terlibat menyalurkan dana. Pegawai bank disabitkan kesalahan dan dipenjarakan. Harta harta Jho Low dan Riza Aziz ( anak tiri MO1 ) di US dibekukan. Prosiding jenayah menyusul.
Episod 1 MDB & Wang Derma ini yang menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan MO 1 aka PM sebagai Penyamun dan Pencuri Negara.  DS Najib Razak pula didalam mempertahankan diri menyangkal tuduhan melemparkan Kata Kata Hikmat beliau ' Kepala Bapak Dia' ..
Kata mengata pelbagai mewarnai kemeriahan PRU 14. Diantaranya ' Wanita Kepala Lembu' ' General Kepala Boot' ' Kepala Auta' dan ' Putri Poh Kong '. Pengundi mempunyai pilihan sekiranya Pakatan Calun Bebas diwujudkan untuk bertanding PRU 14.

No comments:

Post a Comment