Perdana Menteri Ke 7?
Pakatan Harapan tinggal harap. Walaupun nampak gah sebenarnya masih rapuh. Tidak mudah tetapi BN mampu mengekalkan kuasa pemerintahan 2018.
POTUS teruk ataupun MO1 lebih teruk? Hampir separuh rakyat Amerika Syarikat benci Donald Trump namun beliau menang. Bancian menunjukkan hampir 3/4 rakyat tidak mahu Najib Razak kekal PM. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan. Apa-apa pun BN pandai buat silap mata. Baca Utusan Malaysia, Lihat TV3, hari hari TDM dan PH kena belasah. PM bawa keluarga atas jemputan Raja Arab Saudi buat kerja dan buat umrah. Masuk ke dalam Kaabah lagi memohon petunjuk dan restu ilahi. MO1 yakin akan kekal berkuasa dan tidak payah memohon suaka politik untuk keluarganya berlindung jika ditakdirkan UMNO dan BN dibacakan talkin olih rakyat jelata PRU 14. Kata apa punlah tidak ada seorang pun ahli UMNO BN mengaku kalah. Malahan PAS pun mengaku PM Najib Razak akan kekal berkuasa. Mungkin PAS UMNO boleh JV buat solat hajat. Meraunglah rakyat. Siapa peduli?
Monday, 15 January 2018
PM Ke 7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment