Maka ketahuilah wahai sekalian rakyat Malaysia bahawa ianya adalah satu kewajipan untuk mereka yang layak; mengundi!. Kerajaan Barisan Nasional sejak merdeka sudah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia pula yang layak, keluar mengundi bagi membentuk sebuah kerajaan yang sudah terbukti berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat jelata. Wawasan 2020 matlamat dituju untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Telitilah, apa kerajaan buat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan? Sedangkan segala yang dikecapai dan dinikmati adalah hasil kerja kerajaan yang dibentuk melalui gabungan parti-parti komponen di dalam Perikatan dan Barisan Nasional. Tak ada sapi-sapi. Semua lembu punya. Ini hakikat!
Maka yang sedemikian itu, HARAM hukumnya ke atas orang Melayu, beragama Islam menuai dan memakan hasil yang disemai dan ditanam oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa menyokongnya, kerana perbuatan itu boleh ditakrifkan sebagai mencuri. Bolehlah dihalalkan jika masih ada nak pangkah PAS dan PKR. Tak apa, mereka orang Melayu dan Islam juga tetapi HARAM ke atas kamu mengundi calon-calon DAP kerana ternyata jelas mereka musuh orang-orang Melayu dan Islam. Sesungguhnya adalah lebih baik anda semua yakin dan mengundi Barisan Nasional kerana kerajaan Barisan Nasional yang memberi makan dan tempat berlindung kepada kamu sekalian. Di samping itu, memberi pendidikan ilmu duniawi buat bekalan hari akhirat.
Para intelektual dan sekalian ilmuan, sarjana dan cendiakawan hatta tuan-tuan dan Tok Guru, Ustaz dan alim ulama PAS, tepuk dada dan berfikirlah sejenak di mana kamu berada jika bukan kerajaan Barisan Nasional yang membina sekolah-sekolah dan universiti-universiti, malahan membiayai kamu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Berapa ramai pelajar yang dibiayai PAS?
Tuan-tuan dan puan-puan semua dihantar ke Universiti Al-Azhar, Oxford, Cambridge, Harvard, Stamford dan lain-lain universiti yang terbaik di dunia untuk belajar dan balik ke Malaysia untuk mencurahkan ilmu dan bakti. Bukan untuk menjahanamkan Negara. Berilah sumbangan. Bersyukur dan kembalikanlah keyakinan dengan memberi sokongan dan undi kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Itu sahaja yang dipohon supaya anak-anak dan cucu-cicit kita tidak merana serta menangis di kemudian hari. Janganlah kamu menjadi orang-orang yang melampau dan boleh disifatkan kufur sebagaimana mereka yang menerima BR1M, lalu disoal kenapa tidak diberi RM 1000.00?
Sokonglah dan pilihlah Datuk Seri Najib menjadi PM dengan mengundi BN. Kalau dia salah tegurlah dia. Perbetulkan dia kerana dia mendengar aduan dan nasihat kita. Boleh ‘twit’ Boleh ‘facebook’ satu dunia akan tahu apa yang kita tidak puas hati. Di samping itu, boleh dibuat aduan tentang sesiapa sahaja, mahupun tentang apa sahaja melalui Pusat Panggilan 1 Malaysia (1MOCC) yang menggunakan nombor telefon 03-80008000, beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Selain itu, kita boleh mengadu kepada Pak Lah dan Che Det. Kita boleh juga mengadu kepada isteri dan ibunya. Adalah sangat-sangat disarankan 2 talian “stress” dan 2 talian “polls” diwujudkan sempena PRU 13.
Di sebaliknya, jika undi pakatan “the 3 stoges” dan DSAI menjadi PM, kita nak mengadu kepada siapa ? Nak mengadu kepada tokong? Nak mengadu kepada Tok Guru? Masakan, Tok Guru pun takutkan guru nanak. Bernafsu pula nampaknya Tok Guru nak ke Putrajaya. Berapakah nilai Putrajaya kalau nak dijual? Nak lelong macam 3 Abdul ke tender? Secara terbuka atau tertutup?
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya bukan syurga. Ia adalah neraka bagi orang-orang yang benar-benar ikhlas untuk bekerja mencari nafkah yang halal. Memerah otak mentadbir negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara. Putrajaya adalah amanah rakyat. Orang yang mentadbir Putrajaya bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat kerana mereka juga memegang amanah Allah S.W.T. Berat tanggungannya.
Putarajaya itu adalah satu warisan orang Melayu dan mercu kebanggaan Islam yang mesti di pelihara kesuciannya. Tidak ada ceruk-ceruk tokong. Sudah ada Istana Keadilan bagi menjaga perlembagaan dan kedaulatannya. Tak payahlah cari tikus-tikus nak baiki labu.
Wahai pesara-pesara tentera dan polis, guru-guru dan kakitangan kerajaan. Saudara saudari telah melalui satu kehidupan yang penuh onak dan duri. Hari ini anda hidup lebih selesa dan harmoni di bumi Malaysia. Pengalaman hidup tidak ada nilainya. Kita telah melaluinya tetapi anak cucu kita tidak tahu apa yang mereka akan tempuhi sekiranya mengundi pakatan “the 3 stoges”yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Kalau seorang berjawatan Timbalan Ketua Menteri mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan keluar daripada PKR, apa lah nasib Melayu di Pulau Pinang ? Pandang ke bawah tengoklah Singapura! Dongak ke atas lihatlah Thailand. Apa nasib Melayu ?
Kasihan tengok orang Penang. Rupa-rupanya tiada yang layak jadi KM. Didalam PRU 13, Betty Chew lebih elok bertanding di Penang. Cukuplah kuorom Bapak, Anak dan Menantu dari Melaka lubok emas di Penang. Senang sikit nak layan suami. Dalam diam-diam, mengatal juga Guang Eng, ya! Kalau tidak ada orang Penang ganti Lim Guang Eng jadi KMPP, nampaknya hilanglah sebutir mutiara lagi.
“It is an alarming situation that the pearl of orient has lost its luster and eventually the pakatan 3 stoges will create another new banana republic”. Wake up Penang folks, please!
We salute the respectful Tun Dr. Lim Chang Er. The nation honours the colourful Tun Dr. Lim Kheng Yaik. Ironically they were not even brothers. No hold barred and hole in one. Ever flying high are the Sikh’s family. Untouchable. Bring over the babas and the nyonyas patronizing the Alibabas. Like fathers like sons the Lims has created a dynasty diminishing the once a gem, the Khoo Kongsi.
Dislike the fathers, likes the daughters, unlike the sons. The de factor leader and the supremo manipulating the spiritual adviser break, divide and ruuule fearless and merciless. Mocking the rajas and the sultans of the island by playing devil advocates. Internationally acclaimed the dirtiest of all islands. Once bitten twice not shy away makes all hell breaks loose.
One’s wonder where else on planet earth such a place named “Pulau Tikus” exists. Ratssss! From the little cute white mices to the adorable guinen pigs are such the name. Aren’t them breeding snakes for the new chinese lunar year?
Unlike polly the parrot, the krakatoo now a “burung Abang Tua” may seems likely to be the main cause of “selsema burung”. Fear not the “kecing tikus”. Fear most the deadliest “kencing of all kencing” bred, cultivated and developed by the human rats. These “politikus-politikus KENCING ORANG”!
Bukankah ini petanda, jika tidak menjadi petunjuk, bahawa ada ketidak kesempurnaan dan kepincangan di dalam Pakatan ? Seandainya benar masih ada 150,000 saki baki orang Melayu beragama Islam di dalam DAP, ikutlah contoh Unku Aziz. Keluarlah, dah sisihkan DAP. Jika tidak, anda adalah sejahat-jahat makhluk bernama Melayu dan Islam yang Allah Taala ciptakan. Alangkah lebih baik kamu dilahirkan sebagai haiwan kerana kamu tidak bijak menggunakan akal. Ataupun sememangnya kamu tidak berakal.
Tangan yang menyuap nasi ke dalam mulut kamu, ibu bapa kamu, nenek moyang kamu adalah tangan UMNO. Tergamak, kamu mematah dan meludah ke tangan-tangan ini ? Manusia jenis apakah kamu ini? Sedangkan binatang pun tahu berterima kasih!
Ahli-ahli UMNO yang hanya kerana merajuk tak puas hati keluar meninggalkan parti, sedarlah, insaflah, serta kembalilah kerana esok masih ada dan langit tidak selalu mendung. Hari ini hari dia, esok hari kita pula. Bertolak ansur dan berpada-padalah kerana itu adalah lebih baik buat kamu. Janganlah menjadi seperti kadiak lupakan kulit. Begitulah juga ahli PKR, cukup-cukuplah bersengkarama. Berpijaklah di bumi yang nyata. Bukan berawang-awangan di dalam kepalsuan bergelomang dosa-dosa.
Wahai ahli-ahli PAS yang sebenar-benarnya mahu memperjuangkan dan menobatkan Islam, hanya UMNO lah “platform”nya. Berjuanglah di dalam UMNO kerana PAS sudah dinodai. Berjuanglah kerana Allah s.w.t dan RasulNya bukan kerana PAS dan Pakatan. Sia-sialah hidup anda berjuang di dalam liku-liku yang bernanah, dicemari dengan najis. Cina panggil DSAI itu tahi. Banyak-banyaklah bertahajudlah, pasti Allah s.w.t membuka pintu hati yang sudah tertutup bagi melihat kebenaran. Sesungguhnya, khidmat bakti anda lebih diperlukan dunia, bukan negara.
Wahai adinda dan kekanda, bonda, ayahanda dan nenda, sampaikanlah salam dan berilah pesan kepada anakanda dan cucunda, kembali lah ke pangkuan ibunda. Ibu pertiwi di penuhi ranjau. Jika kita tidak bersatu hati meniti perjalanan hidup ini, pasti ianya membara dan membakar diri. Janganlah jadi seperti Si Kitul. Biar lah hanya Azmin menjadi Tanggang. Jangan di cari jalan-jalan ke neraka kerana neraka itu amat azab seksanya. Biarlah hanya Anwar dengan labu-labunya. Kita tidak bersepakat-sepakat berdiri tetapi kita berdiri di dalam satu saf, satu barisan untuk bersolat menjadi makmum mengikut imam. Kiblat kita adalah satu arah, satu tujuan murni. Bukan jalan berliku-liku menuju ceruk-ceruk tokong. Apakah ceruk To’kun ada tokong satu masa dahulu ?
Yang sebenar-benarnya Melayu ini dikurniakan Allah S.W.T kebijaksanaan dan keilmuan yang tinggi. Sang kancil yang kecil mengetuk-ngetuk kepala sang buaya. Sang harimau dipakaikan bengkung Nabi Sulaiman A.S dan diperintahkan memukul gong. Mati lah sang harimau dibelit ular sawa, disengat tebuan. Malangnya pelanduk itu dua serupa. Yang mana kancil, yang mana pelanduk? Sang kancil itu dipanggil juga dengan nama pelanduk.
Begitulah Melayu. Satu rumpun dua wajah. Hebatnya Melayu kerana mereka itu Islam. Kalaulah sang kancil tahu bahawa dia sebenarnya pelanduk, tidaklah Melayu itu berwajah dua. Satu wajah kebaikan , satu wajah kejahatan. Siapa yang ingin berwajah hodoh?
Yang kurangnya Melayu ini kerana mereka tidak bijak menggunakan ilmu yang dianugerahkan dan tidak menyedari kurniaan Allah S.W.T. Kaum-kaum lain lebih bijak mengambil peluang. Mereka yang berkesempatan membaca buku ini berterima kasih lah dengan menyokong dan mengundi Barisan Nasional.
Maka yang sedemikian itu, jika masih ada orang Melayu yang menyokong dan memangkah pakatan, tidak mengundi Barisan Nasional. Percaya lah bahawa tanah pusaka ini akan menjadi tanah pusara. Setidak-tidaknya bacakanlah talkin kerana itu adalah fardhu kifayah. Berkuburnya UMNO, berkuburlah Melayu dan ketahuilah bahawasanya Malaysia akan menjadi Malaysial!
BN boleh mencapai hasrat mendapatkan majoriti 2/3 undi di Parlimen tetapi banyak kerusi akan tewas bagi DUN di kedua-dua pihak Pembangkang dan Kerajaan. Ada kemungkinan BN menang tipis di Kelantan tetapi kalah tipis di Pulau Pinang dan Selangor. Bagi negeri Kedah, kerana Rajanya Yang DiPertuan Agong; Kalaulah hangpa nak tahu kebaikkannya, bagilah kat Mukhris jadi MB! Hanya kerja dan usaha lebih gigih dan bersepadu boleh mengembalikan Pulau Pinang dan Selangor ke pangkuan Barisan Nasional.
Senjakala ini sudah banyak waktu berlalu. “Masa itu emas”. Tak sangka Melayu sangat kaya. Banyak emas sudah dibuang. Alangkah seronoknya Melayu jika PAS dan BN bersatu. Selesai masalah. Mudah sahaja. Percayalah. Jauhi dan sisihkan Anwar, Nik Aziz dan Hadi Awang. Beres. Dan bila malam berlabuh, kita boleh tidur selena-lenanya diulit mimpi-mimpi indah kerana kita tahu apabila kita bangun; Esok masih ada dan mentari bersinar lagi. “AWASI PARASIT POLITIK KERANA SPESIES JENIS INI MUDAH MEMBIAK DAN AMAT MERBAHAYA”