Monday, 4 August 2014

PRU 13- BN ATAU PAKATAN?


    Setelah bersolat istikarah dan berdoa, minda akan jadi lebih terbuka. Hati lebih tenang. Kalau was-was, tanya sama hati kerana hati tidak pandai berbohong macam akal yang penuh muslihat.

  1. Daripada namanya sahaja sudah mendapat jawapan. Satu barisan nampak kelurusan dan keikhlasan. Tersemat patriotism di dalam semangat kebangsaannya, Asalnya satu perikatan yang teguh membariskan satu saf yang kukuh. Soal mentadbir negara tak boleh main pakat-pakat aje nanti tak jadi. Entah-entah tak jadi langsung. Kalau pakat-pakat macam “the 3 stoges” bolehlah juga ketawa terbahak-bahak.

  1. Di dalam Barisan ada UMNO. Di dalam UMNO ada keringat, air mata dan darah orang Melayu. Bukan darah siapa tetapi darah tok nenek moyang kita. Di dalam PAS ada dendam dan kebencian. Di dalam PKR ada kemarahan. Di dalam DAP ada apa, jika bukan biadab dan sebenarnya dalam Pakatan ada Anwar. Di dalam Anwar sentiasa ada “another war”.

  1. Di dalam Najib ada wajah bapanya, Di dalam wajah bapanya ada sinar ibunya. Di dalam sinar ibunya ada kebahagiaan, kasih dan sayang. Dan di bawah telapak kaki ibunya ada syurga.

Semua manusia beragama mahukan syurga. Yahudi, Kristian malahan Buddha  
pun mahu mencapai Nirwarna. Syurga di telapak kaki ibu sudah sedia ada,
kenapa hendak di nerakakan? Mahukah kita, bermandikan darah, anak-anak
menitiskan air mata menangisi kekeringan keringat cucu-cicit kita di bumi bertuah
ini?

  1. Apa ada di dalam Anwar? Rusuhan pelajar akibat fitnah. Reformasi jalanan kerana difitnah. Di ISAkan dan dipenjarakan kerana fitnah. Kes Sukma fitnah kes Azizan fitnah. Kes Saiful Bahari fitnah. Syaitan pun letih kalau asyik-asyik fitnah. Kes liwat fitnah. Kes Zina fitnah dan semua fitnah ini adalah konspirasi? Kemas. Satu kopekan yang cantik tetapi kupasannya cetek.

Tidak waraklah Anwar jika masih enggan melafazkan kalimah sumpah laknat
bagi membersihkan diri daripada segala fitnah. Mengapa perlu membersihkan
jalan? Kalau kotor ada tukang sapunya. Bersihkan diri baru semerbak harumnya.
Bersihkanlah hati baru terpancar kesuciannya. Tergamak pula mereka yang ahli
agama melindunginya dengan segala helah, memutar belitkan ayat-ayat suci Al-
Quran? Sabda Nabi S.A.W mereka inilah ahli di dunia dan ahli dineraka. Dalam
erti kata yang cukup ringkas tetapi cukup padat. Di dalam hati mereka adalah
iman tetapi di dalam dada mereka ada syaitan.

  1. Apa jasa Anwar? 3 bulan memangku jawatan Perdana Menteri. Bahasa baku yang dibekukan. Melabur wang simpanan Bank Negara yang dileburkan. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dalam kes nepotisma dan kronisma. Menjaja kedaulatan dan melacurkan kesejahteraan. Meludah ke langit terkena batang hidung sendiri. Sekali lagi sekadar untuk bertanya “Apa jasa Anwar?” Ada ke?

  1. Di mana ada Anwar di situ ada Mat Sabu. Dalang rusuhan pelajar, demonstrasi jalanan dan reformasi buta. Sama-sama di ISA kan. Sama-sama ada kes skandal seks. Sama-sama kawan karib Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mendokong pluralism dan liberalism. Menyokong LGBT atas nama hak asasi manusia dan kebebasan beragama bagi orang Melayu! Anwarinas di dalam PAS. Mat Sabu Timb. Presidan PAS. Bak penyapu menyapu di halaman sendiri. Apabila angin bertiup, sampah masuk sehingga ke dalam rumah.

  1. Kopiah berserban dililitkan. Sehasta kain menjadi turban. Serban mendatar, turban berdiri. Melangkah mayat lontar cabaran. Pak Lebai jadi sang kelebai. Pak Bai hidung tinggi kata “good bye”. Orang mengantuk disorongkan bantal. Nikmat tidur di sekalikan tilam. Lidah kelu tidak terkata. Nik Aziz membisu seribu kata apabila yang mencabar turbannya lebih besar dan tinggi daripada serban dan kopiahnya. Mereka memang biadab. PKR tiada beradab. Kerana kita boleh berkawan dengan syaitan maka jadilah syaitan-syaitan itu kawan sepermainan kita.

  1. Hudud! Hudud! Hudud! Dah 20 tahun tok guru mendendangkan Hudud. Anugerah alam kurniaan Tuhan selayak-layaknya hak asasi manusia tidak terlaksana. Buat bersih air minum kotor dahulu di Kelantan baru lah pergi bersihkan Kuala Lumpur. Kerana taksub pengundi-pengundi di Kelantan kata tak apa. Tak apa demi Nik Aziz walaupun rakyat Kelantan yang sebenarnya amat menderita. Nak minum air pun payah. Dulu dok kata macam-macam kat  Mahathir. Maha Firaun digelarnya. Dr Mahathir umum letak jawatan PM, pun tak caya. Itu tengah sihat. Tok Guru pernah royak “ Allah lebih sombong”. Tok Guru dah uzur. Berundurlah. Kalau Najib nak jumpa pun tak sih, maka Tok Guru lebih angkuh pulak daripada Allah S.W.T. Kemuncak iman dan takwa dijamin masuk syurga di mana kita akan berjumpa dengan Allah swt. Hebat sangatlah Tok guru, Orang nak jumpa pun tak boleh. Maksum sangat kah Tok Guru? Ketahuilah wahai Tok Guru Nik Aziz, apa yang tok guru buat kat rakyat Kelantan itu adalah satu kezaliman. Satu penganiayaan!

  1. Kita bukan kafir jauh daripada haprak. Kita bukan menolak Hudud jauh mempersendakannya. Ini hukum Tuhan. Kita faham tetapi Hudud belum boleh dilaksanakan di dalam negara ini. Nak sebut negara ini Negara Islam pun mereka dah bangkang. Camna nak laksanakan Hudud? Contohnya, Islam kata lelaki boleh kahwin empat. Mahkamah syariah kata kena minta izin isteri dahulu. Sebabnya ramai isteri-isteri dan anak-anak yang teraniaya. Kena berhemah, bertoleransi dan bijak. Jangan ikut nafsu. Tak payahlah dijaja hukum Allah. Kita tidak berjual beli dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Kita tidak menyatakan sebahagian daripada ayat-ayat suci Al-Quran dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Tidak ada ruang langsungkah di dalam hati Tok Guru dan ulama-ulama PAS melihat kebenaran ini? Bersiasahlah berpada-pada.

  1. Ajib Gor ini orang Cina sayang. Semasa kecil-kecil dahulu  bapa dia selalu bawa keliling kampung jumpa rakyat kerana bapanya PM. Tok Wan dia pun bekas MB. Di sebelah emaknya, bekas Speaker Dewan Rakyat. Zaman itu Malaysia baharu merdeka. Belum maju macam sekarang. Apabila bapanya meninggal dunia Najib dipilih menjadi wakil rakyat di atas permintaan pengundi dan penduduk di kawasannya. Seterusnya menjadi Menteri Besar sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.  Pada masa itu, Najib dikatakan tidak ada peluang langsung untuk menjadi PM tetapi dengan kehendak Allah S. W. T pada hari ini beliau adalah PM ke 6.

            Tidak pernah melawan, Tidak pandai kurang ajar.budak baik, merendah diri,
           hormat orang tua ‘down to earth’ kerana dia masih ada emak yang boleh  
           menegur kesalahan dan kesilapannya, yang boleh berdoa untuk kesejahteraan
           dan kejayaannya.  Pengalamannya 30 tahun mentadbir negara.  Kalau seorang
           askar selayaknya menjadi seorang Jeneral.  Kalau seorang ahli politik memang
           selayak-layaknya menjadi PM.  Bukan dilantik tetapi dipilih oleh Perwakilan
           UMNO dan BN.  Sejak memegang jawatan nampak ketokohannya. Mekar
           keterampilannya dan semerbak kewibawaannya.  Inilah seorang pemimpin
           daripada rakyat untuk rakyat bukan seorang pemimpin hanya untuk meraih undi. 
           “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.”

  1. Muktamar PAS sudah berlalu.  Perhimpunan UMNO telah berakhir.  Di dalam DAP banyak agenda, PKR banyak kemarahan dan PAS sarat dengan dendam.  Di dalam perhimpunan UMNO, sejak penubuhannya tahun 1946 banyak air mata menitis mengenang nasib bangsa dan  agama.  Bukan menangis kerana kesedihan dan kepiluan tetapi kerana kesedaran dan keinsafan.  Mereka pejuang-pejuang tulen. Berjihad dengan penuh keikhlasan kerana Allah dan Rasul di dalam memartabatkan kedaulatan bangsa, agama dan negara.  Khalayak bertanya berapa banyakkah  airmata ahli-ahli PAS dan PKR tumpah membasahi bumi atas nama perjuangan.   Jawapannya, memang tidak ada air mata yang menitis kerana perjuangan mereka tidak disertai dengan keikhlasan dan kejujuran. 

Dimomokkan pemimpin-pemimpin PAS ahli syurga.  Pengundi-pengundi PAS
tidak kira bangsa dan agama dijanjikan syurga.  Umum mengetahui bahawa ahli-
hali PAS bersolat hajat dan berdoa dengan penuh emosi tidak pun untuk masuk
syurga tetapi untuk masuk Putrajaya.  Berapa kali di dalam doa yang diketuai
adik Nik Aziz tempuh hari menyebut syurga. Allah S.W.T maha kaya lagi maha
mengetahui.  Sekiranya ini bukan petunjuk daripada Allah S. W. T mendedahkan
rahsia kepincangan pemimpin-peminpin PAS, maka nyatalah dengan sejelas-
jelasnya apa maknanya semua doa ini.  Sebab itulah jika Allah
mengkehendakinya sedemikian, sudah lama PAS  memerintah dan membentuk
kerajaan.  Begitulah kehendaknya bagi orang-orang yang mahu mengambil
ikhtibar dan mencari kebenaran untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T dan
keberkatan doa-doa Rasulullah saw untuk umatnya di akhir zaman.  Para Para
baru Yakinlah dan percayalah bahawasanya yang diperjuangkan oleh pemimpin-
pemimpin PAS bukan jihad dan jalan-jalan ke syurga tetapi hanya Putrajaya. 
Dan doa-doa yang saudara-saudari yang seagama aminkan itu adalah  jalan-
jalan ke neraka.  Suatu masa dahulu saudara-saudari bersolat hajat dan berdoa
memohon Allah S.W.T menghancurkan dan membinasakan Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan pada hari ini beliau adalah semulia-mulia insan yang masih hidup
di bumi bertuah ini.  Tanyalah beliau berapa kali beliau berpeluang mengerjakan
umrah dan ibadat haji.  Berapa kali beliau dijemput masuk ke dalam Ka’abah
untuk bersolat hajat dan berdoa setelah bersama-sama mencuci dan
membersihkan Ka’ abah dan tanyalah apa yang beliau doakan. Para baru kali
pertama Tun Dr Mahathir Mohamad mengerjakan umrah dan ibadah Haji serta
masuk ke dalam Ka’ abah adalah ketika mengiringi KDYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke 5 ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah
S.W.T dan pada hari ini buat kali ke 2 telah dimasyurkan selaku YDA ke 14. 
Kemudian tanyalah DSAI berapa kalikah beliau telah mengerjakan umrah dan
haji serta dijemput masuk ke dalam Ka’abah.  Selepas itu tanyalah Nik Aziz
soalan sama.  Yang sedemikian tanyalah bila kali terakhir mereka ke Madinah
dan Mekah.  Maka adalah lebih baik saudara-saudari bertanya diri sendiri bila
masa kita hendak mengerjakan umrah dan haji.  Memadai sekadar bertanya
kerana kita semua agak sukar untuk berpeluang dijemput masuk ke dalam
Ka’abah.

  1. Yahudi dan Nasrani tidak akan menjadi kuat jika umat Islam tidak menjadi lemah.  Kekuatan mereka kerana kita yang menjadikan mereka lebih kuat.  Mereka kembali merapatkan saf, bersatu hati dan nurani setelah memilih pemimpin yang mereka kehendaki.  Umat Islam meneruskan persengketaan dan perseteruan kerana tidak puas hati dengan pemimpin yang dilantik.  Kita lupa dan alpa dengan janji-janji Allah bahawa Allah S.W.T memberi pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki.  Kejatuhan umat Islam menjadi parah sejurus selepas Saidina Othman A.S dilantik menjadi khalifah dan sehingga ke hari ini umat Islam masih bertelagah malahan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.  Jika bukan alim ulama PAS membantu memberi bimbingan dan nasihat, kepada siapa lagi kita boleh berharap? Ingatlah pesanan Saidina Abu Bakar A.S apabila dilantik menjadi khalifah.  Begitu juga amanat Saidina Umar A.S. Alim ulama tersohor yang kita ketahui tidak pernah keluar perkataan yang tidak baik dari mulut mereka.  Alim ulama dan ustaz-ustaz PAS memaki hamun dan menyumpah-seranah mereka yang sebangsa dan agama.  Lihatlah kemarahan Anwar, lihatlah kemarahan Nik Aziz.  Bila masa pula kita melihat Mahathir dan Najib marah?  Bukankah sifat amarah itu sifat yang terkeji dan dipengaruhi syaitan.  Apabila saudara Anwar marah, sehabis-habis marah, dahinya akan mula berkedut-kedut.  Hujung keningnya akan terangkat ke atas.  Bentuk mukanya akan memanjang.  Air mukanya menjadi hitam.  Hilang rupa seorang manusia.  Sungguh menggerunkan! Jangan sampai bertanduk pula.   Perhatikan wajahnya berubah-ubah.  Mungkin ada syaitan di sebalik wajahnya ataupun bersembunyi di dalam tubuhnya.  Sebab itulah takut sangat hendak masuk masjid Jalan Duta bila dicabar berbuat demikian untuk melafazkan kalimah sumpah laknat.  Kalau enggan bersumpah kenapa masih enggan buat ujian DNA?  Anwar juga ditohmahkan sebagai bapa kepada anak Azmin.  Masya’Allah. Kes berat seumpama ini usah dibiarkan menjadi usang kerana ia tetap akan berbau.  Bagaimana pula dengan kes jam tangan? Tak habis-habis fitnah.  Satu persatu tohmahan keluar.  Rentetan kes-kes ini sebenarnya tidak memeranjatkan lansung kerana rantaian kisah-kisah dairi hidup Anwar berjela-jela, berekor-ekor panjangnya.  Apa khabar Dr. Munawar di Pakistan sekarang? Lama tidak mendengar cerita.  Memang hebat ‘Asian Renaissance’.

  1. Tiada siapa akan menjadi kafir hanya kerana Hadi Awang berkata sedemikian dan tiada siapa juga akan menjadi murtad hanya kerana Nik Aziz berkata-kata.  Selagi kita melafazkan kalimah syahadah, apa lagi menyembah Allah S.W.T kita tetap Islam, umat Rasullallah S.A.W. dan Allah dan Rasulnya menjanjikan syurga.  Bukan Nik Aziz. Bukan parti PAS.  Ternyatalah PAS itu hanya sebuah parti politik yang pemimpinnya mengejar Putrajaya bukan mencari syurga.  Sekiranya PAS itu Islam mengapa tidak digunakan huruf ‘I’ di tengahnya? Kenapa mengunakan huruf ‘A’ di dalam Parti Se Islam Malaysia.  Ini disebabkan ‘PSM’ itu maksudnya Parti Sosialis Malaysia dan khalayak mengetahui bahawa di atara pengasas PAS, Ahmad Boestaman berfahaman Sosialis.  Fahaman Sosialis adalah adik beradik dengan fahaman Komunis.  Pecahlah tembelang Timb. Presiden PAS Mat Sabu yang begitu berani mengagungkan Parti Komunis Malaya sehingga sanggup mengaibkan anggota-anggota Keselamatan yang terdiri daripada pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia berjuang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan bangsa, agama dan negara.  Parti DAP pula sealiran PAP yang memerintah Republik Singapura.  Sebab itulah Mat Sabu adalah kawan baik Lim Guan Eng. Macam abang adik dan mereka adalah sahabat-sahabat Anwar Ibrahim yang mendapatkan dana serta pembiayaan George Soros, seorang Yahudi dan Uncle Sam yang terang benderang memusuhi umat Islam.  Mungkin inikah sebabnya Nik Aziz sanggup bersekongkol dengan mereka kerana sedekah ahli-ahli PAS tidak cukup untuk membiayai  sesuatu perbelanjaan menjelangnya pilihanraya. Mana mungkin Nik Aziz berbuat demikian menggunakan wang Yahudi dan Nasrani membiayai kelancaran Parti PAS? Nik Aziz seorang alim ulama, seorang Tok Guru. Sekiranya tidak mengambil wang Soros dan Uncle Sam, mengapakah masih bersama Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan dibiayai Yahudi dan Nasrani, yang berniat jahat memporak-perandakan dan menjahanamkan bumi Malaysia?  Ketahuilah wahai Tok Guru yang tersohor bahawa di dalam duit Yahudi dan Nasrani itu ada darah dan nyawa umat Islam.  Dan bersama mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.  Ada Dajjal yang bermata satu, mungkin tiga kerana mereka sentiasa memerhati serta merencanakan kejatuhan umat Islam.  Parti PAS itu bukan Islam.  Parti PAS itu adalah “Parti Ahmad Sabu.”  Sekiranya ada Islam di dalam PAS maka sudah tentu huruf singkatan ‘PIS’ digunakan.  Bunyinya ‘Pa Ya Sin’ dalam huruf jawi. Makna itu, adalah seakan-akan bunyi air, bila kita kencing “Pee” “PIS OFF”. Siapa kencing siapa?  Siapa kena kencing? Kencing itu najis wahai ahli-ahli PAS .

  1. Apabila kita sesat jalan, baliklah ke pangkal jalan.  Apabila umat Islam bertelagah baliklah kepada kitab suci Al-Quran.  Tok Guru tidak bersikap adil kerana mendengar di sebelah pihak sahaja.  Kalau marahkan UMNO kenapa Islam dipertaruhkan.  Bermusyawarahlah dengan UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO hari ini orang baru.  Macam budak baru belajar.  Masih boleh diajar dan dibentuk sekiranya Tok Guru benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam.  Setidak-tidaknya berjumpalah dengan UMNO dahulu kerana pemimpin-pemimpin UMNO hari ini bukan kaki kelentong.  Mereka Ikhlas. 

  1. Wahai khalayak rakyat Malaysia.  Sudah bertanyakah apa jasa Anwar kepada bangsa, agama dan negara? Tanyalah pula apa jasa Anwar kepada diri anda masing-masing.  Soalan cepumas tanyalah apa jasa “Pakatan 3 Stoges” DAP, PKR dan PAS?  Setelah puas berfikir tanyalah pula apa jasa UMNO dan BN? Apa jasa Tunku Abdul Rahman? Tun Abdul Razak? Tun Hussein Onn dan bapanya Dato’ Onn Jaafar? Dan seterus-terusnya apa jasa budak baru bernama Najib ni.

  1. Malaysia, negara berkebajikan sudah lama. PAS nak buat apa lagi? Banyak subsidi. Bijak mengolah pendapatan negara, mengurus dengan cekap dan professional, nasib rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah lebih terbela hidup mereka bagi mengecapi nikmat dan tuah bumi sendiri.  Adaklinik 1 Malaysia, ada kedai rakyat 1 Malaysia.  Ada restoran rakyat 1 MalaysiaAda kedai buku 1Malaysia.  Macam-macam lagilah 1 Malaysia.  Untuk apakah semua ini, kalau bukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Rezeki rakyat Malaysia lebih baik hari ini.  Petani dan penternak dibantu meningkatkan produktiviti.  Peniaga kecil dibantu.  Gaji kakitangan kerajaan diselaraskan.  Pencen pesara naik.  Pendapatan per kapita rakyat naik.  Yang tak naik dikaji semula.  Kadar gaji minimum pekerja ditetapkan sesuai untuk hidup walaupun di Kuala Lumpur.

  1. Hanya orang yang berpengalaman sahaja boleh mentranformasikan perkhidmatan-perkhidmatan badan-badan kerajaan untuk kemudahan rakyat.  Hanya orang yang ikhlas sahaja mahu membela nasib rakyat.  Sejak kecil mendengar keluhan dan melihat penderitaan rakyat.  Bila dewasa berkhidmat untuk rakyat.  Bila masanya tiba terus menabur jasa baktinya kepada rakyat.  Setiap bayi yang dilahirkan di bumi Malaysia ini sudah dijaga kebajikannya sehinggalah menjadi warga emas yang Azmin tidak pedulikan.  Apa lagi yang PAS nak buat dalam Negara Kebajikan?  Semua UMNO dah buat dah.  PAS nak negara Islam macam mana lagi?  Dah memang Islam pun negara ini.  Mengikut perlembagaan lagi.  Berapa banyak masjid PAS bina di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Madrasah pun nak diruntuhkan. 

  1. Nak tanya sikit lagi. Berapa orang Tok Guru biayai mengaji? Berapa orang PAS hantar belajar ke luar negara? Berapa yang pergi umrah? Berapa orang yang menunaikan haji? Jawapannya amat sedikit.  Mungkin tak ada.  Pemimpin-pemimpin PAS dan PKR sekarang naik bas mewah pergi ceramah. Naik ‘private jet’ ke sana sini.  Orang UMNO pun tak berani buat macam itu.  Rugilah mereka yang menderma.  Pahala pun tak dapat.  DAP pula berapa banyak kuil dah dirobohkan? Berapa banyak PPR dah didirikan? Yang bertambah, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut.  Batu Caves pun dah nak runtuh.  Air bersih di loji simpanan  pun sudah berkurangan.  Tunggu masa kekeringan.  Dah terhantuk baru terngadah. Itulah padah berkiblatkan haram jadah.  Akibatnya DAP sekarang bukan sekadar bongkak dan sombong tetapi sudah menjadi tokong.  Bukan siakap bukan senohong.  Cakap siang-siang, pandang-pandang.  Cakap malam-malam, dengar-dengar.  Bukan cakap sebarang cakap, bukan cakap kosong berbohong.  Yang bercakap itu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.  Orang Melayu beragama Islam.  Seorang intelektual tetapi tersembab di kaki tokong.  PKR di Selangor pula apa khabar? Cakap tak serupa bikin.  Indah khabar dari rupa.  Kenapa berjanji kalau hanya untuk tidak ditepati.  Yang ditipu, orang yang sebangsa dan seagama sendiri.  Keseluruhan rakyat jelata dibohongi, dimomokkan dan diperbodohkan? Munafik! Ia hanya jauhari yang mengenal manikam.  Hanya orang yang bijak dan ikhlas mampu menterjemahkan.  Mengambil sebahagian subsidi yang tidak diperlukan golongan berada lalu Bantuan Rakyat 1 Malaysia diilhamkan.  Berkata Sang Kelebai ini ’RASUAH’.  Membantu rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah itu adalah RASUAH.  Maka haramkanlah duit bantuan golongan sasar itu bagi ahli-ahli PAS dan PKR.  Bagi ahli DAP tiada halal haramnya.  Duit lumba kuda dijadikan Bantuan RM 100.00 untuk orang Melayu beragama Islam yang daif di PulauPinang.  Begitulah Melayu dihina. 
  2. Keberlangsungannya, silalah Tok Guru Nik Aziz mengharamkan orang PAS dan PKR menerima duit BR1M.  Haramkanlah peneroka Felda menerima duit imbuhan kerana duit itu hasil kerja orang UMNO yang telah dikafirkan dan dimurtadkan.  Janganlah naik Proton Saga.  Janganlah lalu di jalan-jalan raya kerana ada UMNO di dalam kerajaan Barisan Nasional yang membinanya.  

  1. Perkara ini cukup sifatnya.  Tidak ada cacat celanya.  Sekiranya ada salah dan silapnya, tegurlah dengan teguran yang membina agar sama-sama kita pupuk satu bangsa Malaysia yang kekal merdeka dan bermaruah, serta negara Malaysia yang terus aman dan makmur. Sejahtera dan maju.

No comments:

Post a Comment