Di dalam Najib ada wajah bapanya
Di dalam wajah bapanya ada sinar ibunya
Di dalam sinar ibunya ada kebahagiaan, kasih dan permata
Dan di bawah telapak kaki ibunya ada syurga
Kenapa hendak di nerakakan ?
Belayar ke seluruh negara dalam satu perikatan
Air mata, keringat dan darah bercucuran
Mencari kemerdekaan dalam satu permuafakatan
Satu barisan, satu perjuangan, semangat kebangsaan
Kenapa hendak disemadikan ?
Kebencian melampau menyemarakkan kemarahan
Dendam kesumat membara, membakar haluan
Syaitan menjadi kawan, iblis menjadi pedoman
Bukan seorang ulama, pendeta pun bukan
Kenapa kitab suci diperdagangkan ?
Malaysia, tanah air tercinta
Tujuh petala langit, tujuh petala bumi bertakhta
Bulan bertemu bintang berpayungkan mahkota
Pelbagai kaum dan agama berteraskan satu bangsa
Kenapa hendak diporak-perandakan ?
Tanah pusaka tanah keramat
Merdeka dan berdaulat
Kekal aman, makmur, sejahterakan rakyat
Wawasan 2020 menjadi azimat
Kenapa hendak dipertaruhkan ?
Berpakat tidak bersatu pun tidak
Sesumpah berkala berkehendak
Siakap senohong berduri landak
Pelanduk bukan, kancil pun tidak
Kenapa sandiwara menjadi bangsawan ?
Aduhai nenda, ayahanda dan bonda
Sampaikan salam adinda kepada kekanda
Kepada sekalian anakanda dan cucuanda
Bahawa kita semua satu bangsa bersaudara
Kenapa tidak bersatu hati, ibu pertiwi hendak dipusarakan ?
Kita sudah melalui dan merasa
Cucu-cicit kita akan punah, kecewa dan merana
Jika kita terus bersengketa dan bercengkerema
Malaysia akan hancur, musnah dan binasa
Kenapa sejarah tidak menjadi teladan ?
Di dunia dacing diguna
Di akhirat timbang-timbangan juga akhirnya !
Mengira dosa ataupun pahala
Menentukan neraka mahupun syurga !
Kenapa tidak kita fikir-fikirkan ?

No comments:
Post a Comment