Yang sebenarnya, PRU 13 sudah bermula sejak keputusan PRU 12 diumumkan. Semua kawasan yang dilanda hujan ketika rakyat mengundi; kebanyakkannya dimenangi pembangkang. Hujan renyai-renyai menang tipis. Lebih lebat hujannya lebih majoritinya. Kerusi panas hujannya pun panas. Pada keesokkanya surat khabar pula panas. Macam-macam cerita. Macam-macam komen. Tsunami politik berlaku dinegeri-negeri yang terkena tempias gempa bumi di Sumatera yang meranapkan Acheh. Lebih kuat tempiasnya lebih teruklah kecundang. Inilah fenomena alam. Tiada yang memberi pengajaran dan tiada pula yang mahu belajar daripadanya.
Tepat jam 12 malam pada hari mengundi suasana sunyi seketika kerana hanya inilah satu-satunya waktu ahli-ahli politik berehat bagi menghormati peraturan. Jam 6 pagi mereka sudah bangun. Tak kira bangsa dan agama. Lumrah bagi mereka bersembahyang dan berdoa agar Tuhan memberi kemenangan kepada calon yang mereka sokong dan pilih untuk menjadi wakil rakyat mahupun Ahli Parlimen. Kemudian bergegaslah mereka ke lokasi masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan. Tak kiralah, panas ke? Hujan ke? Mereka sibuk!
Warung-warung kopi destinasi utama. Sebab semuanya percuma. Kemudian ke pondok-pondok panas dan markas-markas parti yang disokong. Kain rentang sana. Kain rentang sini. Sepanduk lagi. Semua akan berkumpul untuk berarak ke dewan tempat mengundi. Suasana hiruk-pikuk. Meriah kerana semua ahli politik akan tersenyum. Salam sana, salam sini. Tegur sana, tegur sini. Masing-masing mempunyai agenda dan memasang angan-angan bergelar YB.
Apabila keputusan diumumkan, calon yang menang bersorak gembira. Yang kalah pasti tak puas hati. Ada yang protes minta undi dikira semula. Ada yang terus buat laporan polis dan SPRM. Dakwa itu, dakwa ini. Salah itu, salah ini. Nak ambil tindakan mahkamah. Nak ambil tindakan undang-undang. "Enemy of the state". Tak lain tak bukan SPR. Sama-samalah kita berdoa agar rusuhan politik pada 13hb Mei 1969 tidak berulang.
Di dalam PRU 12, dewan dibubarkan pada 13hb Mei 2008. Bagi PRU 13, dewan kena dibubarkan dan pilihanraya diadakan pada tahun 2013. Negeri-negeri di Malaysia pun 13 jumlahnya tidak termasuk Wilayah-Wilayah Persekutuan. Banyak yang prejudis dengan angka ini.Tengok September dan Disember. Tak semena-mena Jumaat yang mulia menjadi "Friday the 13th". Nampak tak macam mana mereka main wayang?
Orang cina paling tak gemar angka 13. Eloklah PRU 13 diadakan 2013. Ramai yang tak keluar rumah sebab takut sial. Ada baiknya juga dewan dibubar pada 31hb Januari 2013. Kurang lah sikit sialnya apabila angka 13 diterbalikkan menjadi angka 31. Legalah sikit rakyat keluar mengundi lepas Tahun Baru Cina. Jangan bagi muka sangat mereka nak cuti lama.
No comments:
Post a Comment