Tanah jawi ini memang keramat. Banyak keramahnya. Di sini bulan bertemu bintang.Tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Sembilan negeri berdaulat. Semuanya Darul. Maksud Darul, syurga. Satu bagi katBrunei , cukup bilangan sepuluh. Dahulunya Persekutuan Tanah Melayu. Hari ini dikenali sebagai Malaysia . Benderanya jalur gemilang. Kenapa jalurnya seakan-akan bendera Amerika Syarikat? Ada bintang, tiada bulan. Sebab itu, Neil Amstrong pergi ke bulan. Nak bawa balik tak boleh…. Mana muat nak letak dalam Apolo? Orang yang faham, fahamlah.. Yang tak faham, tak fahamlah.. Yang kalutnya orang ini faham tetapi buat-buat tak faham.
55 Tahun Merdeka, 66 Tahun berpolitik. Tidak berputih mata. Enam PM. Sembilan TPM. PM Ke 4, empat orang TPM. Yang ke 4 berjaya akhirnya dilantik PM. Inilah sahaja yang baik tentang penjajahan. Kita diajar berpolitik. Ada Sistem Kerajaan. Majulah Negara. Dari setahun ke setahun, bertatih dahulu. Hari ini, sudah boleh berjalan. Nak lari pun boleh. Nak perlahan boleh. Nak laju pun boleh. Hebat… Sungguh Hebat! Sebuah negara kecil di mata dunia tetapi besar di hati. Siapa yang tak bangga menjadi rakyat Malaysia ?
Nama Allah S.W.T yang pertama RAHMAN. PM pertama Tunku Abdul Rahman. Ada darah kerabat Diraja membawa maksud hamba Allah. Tersusun rapi pada nama-nama PM ke 2 yang bermula dengan huruf A, H, M, A dan PM yang terkini namanya bermula huruf M. Lalu dijawab, Allah itu kan kekasihnya Muhammad S.A.W. Ada Allah, ada Muhammad. Ada pembuka ada penutup. Maknanya Najib itu penutuplah. Apabila sudah ditutup barulah boleh dibuka balik. Maknanya fasa ke 2 senarai nama-nama bakal PM. Samada bermula huruf A ataupun huruf M? Tak tahulah. Rasa-rasanya kan Perdana Menteri Malaysia dipilih ataupun terpilih? Mahukah kita mengubah sesuatu ketetapan? Mampukah kita menanggung kemurkaannya?
Firman Allah S.W.T “Aku beri pemerintahan kepada sesiapa yang aku kehendaki”. Jikalau dibandingkan ulama-ulama terdahulu yang keluar UMNO menubuhkan parti PAS dengan kepimpinan UMNO ketika itu, macam langit dengan bumi. Burhanudin Helmi, Ahmad Boestamam memang tersohor tetapi pemimpin - pemimpin UMNO yang memerintah negara. Sekiranya Allah S.W.T mengkehendaki, dah lama dah ulama-ulama PAS ini memerintah negara. Sebabnya alim ulama ini ahli kitab, ahli ugama. Bukan ahli politik. Sebaik-baiknya biarlah ahli politik memerintah. Alim ulama pula membimbing dan menasihati. Barulah acuannya macam kuah dengan nasi. Dulu pernah bergabung balik di zaman Datuk Asri. Kenapa tidak sekarang?
Sedangkan Nabi S.A.W ampunkan umat. Alim ulama ke kalau masih berdendam? Bukankah dendam itu antara tanda-tanda syaitan sudah merasuk? Oh ya hampir terlupa kerana pernah keluar kenyataan ‘manusia boleh berkawan dengan syaitan’ satu ketika dahulu!
Tanah Semenanjung ini macamlah juga Semenanjung Arab. Ada hikmahnya. Kenapa nak bersembunyi kalau memang sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Terlajak perahu boleh dikayuh. Terlajak kata buruk padahnya.Terlajak laku bertaubatlah! Tak kiralah engkau siapa? UMNO ke? PAS ke? PKR ke? Semua orang Islam, umat Rasulullah S.A.W. bukannya ramai sangat pun. Sebab dah lama orang bercakap, ‘Orang Melayu manyak modoh’. Dahulunya, dibodohkan penjajah, sekarang dibodohkan bangsa sendiri. Sesama sendiri berbodoh-bodohan. Nak ikut “Arab Spring” ataupun “Arab Awakening”? Berbunuh-bunuhan pula akhirnya?
Mana ada Melayu nama Hang? Pandai-pandai cakap Han Tu Ah Melayu. Agaknya Han Tu Ah cakap “Melayu hilang di dunia”. Siapa pandai-pandai tambah perkataan “tak kan ” di hadapan? Hari ini dah nampak tanda-tanda “ Melayu hilang di dunia”. Bukan dibumi asing tetapi di dunia Melayu sendiri! Tak sedar ke? “Melayu memang lupa” Betul….”Melayu memang lupa”.
No comments:
Post a Comment