Ini adalah kali ke-3 secara rasminya Pakatan Rakyat berjuang di medan politik untuk menaluki Putrajaya agar calonnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, pada tahun 1980an dan 1990an ada juga Pakatan Parti Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah berbuat demikian namun gagal. Seluruh dunia pasti akan menumpukan perhatian di dalam PRU 13. “The Battle of the monster politician”. Hebat! Sungguh Hebat! Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pun kalah. Di China tidak ada pilihan raya. Presidennya dilantik oleh ahli-ahli majlis tertinggi Parti Komunis. Adalah sikit-sikit demokrasi.
Pertembungan di antara bakal Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang adalah umpama ‘buku bertemu ruas’. Macam mana agaknya jika harimau bertarung dengan singa? Adakah macam keputusan pertandingan bolasepak piala AFF 2012? Kena baham dek singa 3-0. Malaysia kalah hanya kerana pemain hilang fokus, hilang arah. Sebab itulah PRU 13 amat penting. Macam bertarung nyawa bagi penyandang. Kalau kalah mati. Bagi pencabar pula, jika panjang umur pasti akan mengatur langkah dan corak untuk bertempur sekali lagi.
DSAI bukan calang-calang orang. Menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan bekas mahasiswa universiti. Bekas Presiden ABIM, Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana MenteriMalaysia selama 3 bulan. Sokongan orang Melayu boleh dianggap berpecah tiga. Parti PKR berpakat dengan PAS – 2/3. Parti UMNO Cuma tinggal – 1/3. Sokongan orang Cina – 30% MCA, 69% DAP, 1% Parti Gerakan. Bagi orang India pula dianggarkan 60% MIC, 5% PPP, 10% IPF. Baki 25% milik DAP dan PKR. Secara rawaknya, sokongan rakyat 61% berpihak kepada DSAI, hanya berbaki 39% untuk penyandang.
Yang pentingnya di dalam sesuatu pilihanraya bukannya rakyat tetapi adalah pengundi. Analisis mengikut umur, jantina, bangsa dan agama adalah rumusan-rumusan wajib. Selain itu, kaji selidik peranan etika, sosial, pendidikan, integriti dan populariti menjadi taruhan. Keputusan pemilihan wakil pelajar kampus yang baru diadakan memihak kepada Pro Aspirasi boleh dijadikan sebagai petunjuk tetapi hanya merupakan satistik sahaja. Jika boleh dijadikan ukuran mungkin hanya sekadar 25% aspirasi golongan muda yang menjadi mahasiswa-mahasiswi di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Ini disebabkan puratanya belum layak mengundi didalam PRU 13 dan belum cukup matang untuk diterjemahkan pemikiran sebenar mereka. Macamlah ‘puppy love’. Perempuan lebih memihak kepada PM berbanding bakal PM. Pria, perbezaan tidak ketara antara Barisan dan Pakatan. Begitu juga, golongan dewasa. Bagi warga emas, pendirian mereka sudah tegar, menghampiri taksub. Hanya sedikit sahaja yang bertukar arah mengikut arus, mahupun angin. Bagi OKU, Barisan lebih mendapat tempat di dalam hati mereka. Ada segolongan kelompok lagi yang sememangnya tidak pernah mengundi. Sekelumit pula mendaftar pun tidak pernah. Apakah perlu dijadikan undang-undang bahawa yang tidak mengundi ataupun tidak mendaftar sebagai pengundi adalah satu kesalahan yang boleh didenda mahupun dipenjara?
Kesimpulannya, rumusan penilaian untuk pengundi ialah 69% di pihak kerajaan dan 39% di pihak pembangkang. Perlu diingatkan penilaian ini dibuat meliputi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan. Pada hakikatnya kekuatan Barisan dan Pakatan adalah 50-50. Mengambil kira faktor ”advantage”, Barisan 51% dan Pakatan 49%. Barisan hanya berpaksikan Dato’ Seri Najib sementara Pakatan berpaksikan Dato’ Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, bakal Datuk Lim Guan Eng, dan mungkin juga bakal Tan Sri Dato’ Karpal Singh. Tonggak Barisan di bahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipikul Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala tonggak Pakatan dipikul Lim Kit Siang dan Datuk Hadi Awang. “God Father” kepada segala tonggak Pakatan dan konco-konconya adalah George Soros dan Uncle Sam.
Bertunjangkan faktor-faktor di atas, memberi kekuatan dan semangat kepada penyokong Pakatan khususnya kaum bukan Melayu untuk terus berusaha menaiki lif ke Putrajaya. Sedikit sebanyak menimbulkan keraguan penyokong-penyokong Barisan untuk terus memerintah. Sesuatu pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Kalau seri kena “penalty.” Untuk menang memang susah sekali. Untuk kalah amat mudah. Di dalam pilihanraya yang menang akan hidup, yang kalah mampus dan di dalam mengaplikasikan strategi berpolitik ternyata DSAI lebih baik daripada DSN. Bagaimanapun, di dalam aspek mengadaptasi strategi berpolitik DSN lebih terserlah, DSAI agresif. DSN amat positif, aktif dan efektif di dalam menzahirkan inisiatif berinovatif tinggi secara lebih elektif, sesuai dengan proses tranformasi mengikut peredaran masa dan tuntutan masyarakat majmuk di Malaysia .
Daripada sudut psikologi, seorang yang agresif mudah melatah, panas baran dan cepat marah. DSN agak pasif, “cool” dan lebih tenang mempunyai kelebihan untuk memilih “the soft or the hard approach”. DSAI lebih cerdik dan amat licik. DSN lebih bijak dan lihai. Seri muka DSAI ‘macho’ dan garang. Bagi DSN ‘handsome’, peramah dan amat merendah diri. Jika diamat-amati nurnya, lebih DSN daripada DSAI. Hati nurani tiada siapa yang tahu. Akal boleh dibaca. Pembawakan seseorang itu mencerminkan kewibawaan, keterampilan dan keyakinan diri. Akhlak dan perilaku masing-masing menaikkan reputasi.
Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan kejahatan. Yang pentingnya memohon ampun dan maaf serta berubah menjadi insan yang lebih baik. Keikhlasan dan kejujuran itu ada di dalam sanubari Dato’ Seri Najib. Maka tidak bijaklah rakyat menyokong dan mengundi seseorang yang tidak bermoral, berperibadi lemah, negatif dan meragukan. Janganlah mengikut emosi dan memperjudikan nasib anak cucu cicit kita. Usahlah mempertaruhkan bangsa Melayu, Islam dan Negara. Sesungguhnya judi dan taruhan itu adalah HARAM dan berdosa besar di sisi Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment