Monday, 25 April 2016

THIS IS POLITC

Winning the state of Sarawak 11th election is much more important than running the country. All ministers and deputies abandoned offices. This is politic. So what?
Ku Li wants to be PM now.
But the PM actually has H2O in mind. U need water and air to breath. Ensure legacy Nazir played his part and Zahid left standing alone.
Mahathir has Azmin to succeed. Mukhriz next. That's make Muhyiddin an idiot. No wonder Najib dumped him. Where's Shafie standing torn apart to pieces. Who else, next? And this is politic.
Ensure Sarawak to ensure Sabah. This is all what you need to take Malaysia. Pan Borneo is the catalysts and where's the monies come from? Even  the Saudis now have to borrow $US 10Bn.          Then,  please the servants of the government. Dont piss them off.Make sure they are happy. Whilst make them fat as the index shows we are number 10. Not really bad. Malaysia Bole!
Where's the transparencies?  Tunku Aziz changed the channel. Every damn things are hidden under the tables and swept under the carpets. No talking. Not even whisper. Damn you don't you ever dreaming. Smell rats and rotten turtles along the shores.
Spinning and twisting as hard as one. Ronaldo plays second fiddle. Jose spun side line. And it takes Suarez to save the day. Never mind he bit so as Tyson bit Hollyfield ear in a boxing match. Watched by millions. So what?
As winning is everything!

PRN SARAWAK KE 11

PRN Sarawak ke 11 hebat. PM TPM MB Menteri Menteri Kabinet dan Timbalan turun padang. BN menang 2 kerusi DUN tanpa bertanding. 2 MP turut bertanding DUN. Sejarah tercipta tersendiri. CM kata BN boleh menang 71 kerusi.
Presiden PAS PAN turut turun padang. Sape nak gasak sape. AA dan LGE turut serta. Yang beruntung rakyat Sarawak. BN pasti menang 2/3 majoriti.
Pakatan Harapan tinggal harapan. PAS boleh kekal rekod menang kosong. Calun bebas boleh hilang wang pertaruhan. Mereka yang paling beruntung ialah tauke tauke. Baik hotel, home stay, restoran, semua buat duit. Tidak ketinggalan tauke tauke judi dan ayam.
Selepas 7/5 mungkin Terengganu kita pula nak rombak DUN. Banyak ikang dah buat setok. Eloklah selepas Kedah, MB Johor pula di jolok. Kerja sape agaknya.
Negeri Sembilan pun dah mula bising bising macam pokan Tampin. Apo nak di kato.

Saturday, 23 April 2016

Ku Li / PM

Di kobarkan di Melaka Ku Li telah mencapai kesepakatan dengan PM. Dalam masa terdekat mungkin selepas PRUN 11 Sarawak, beliau akan dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. Ku Li juga mungkin dilantik selaku Timbalan Perdana Menteri ke 2.
Ali Rastam pula akan dilantik sebagai TYT Gabenor Melaka Bandaraya Bersejarah yang baru. Dan mantan TYT Tan Sri Khalil kembali aktif berpolitik.
Akan ada rombakan kabinet bagi melupuskan  Menteri Menteri serta timbalan timbalan dan setpol setpol yang bisu.  Kerajaan BN perlu mantap dan segar bagi menghadapi cabaran PRU 14 yang mungkin diadakan awal supaya YAB PM Najib memperolehi mandat baru memacu negara menuju Wawasan 2020.
Ekoran itu tamatlah cerita 1 MDB. Dan Malaysia pun mendapat KDYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong yang baru. Serba serbi baru.

DO RE Mi

LoopDo Re Mi ialah nota nota lagu. Apabila menjadi muzik hilanglah Do Re Mi Fa So La Ti Do...
Irama dan lagu berpisah tiada. Lagu yang sedap di dengar menjadi box office. Penggubah lagu mesti sohor dan penyanyi mesti hebat. Dengan bantuan promosi serta pengiklanan lagu di mainkan dalam pelbagai gender dan hasilnya lumayan.
Datuk Shafie Apdal ialah Do, Dato Seri Muhkriz adalah Re dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula Mi. Seperti P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din, semua telah menjadi arwah. Mereka pelakun hebat, masyur sehingga kini dan mungkin sampai kiamat. Selagi ada Malaysia, Ada RTM maka adalah Do Re Mi. Nasib menyebelahi mereka lalu mereka menjadi Laksamana Do Re Mi.
UMNO is UMNO. Once you are out, you are out! Very few make it back. Pengasas UMNO allahyarham Dato Onn Jaafar , Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib just to name a few never make it back. Tun Dr Mahathir Mohammad , Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil adalah sebilangan mereka yang berjaya kembali ke pangkuan UMNO dan hasilnya teramat lumayan. Berpencen lagi!
Kemana halatuju TSMY, DSA dan DMM? Adakah mereka akan di kembalikan ataupun masing masing kembali ke pangkuan UMNO? Cita cita hebat. Semangat kental. Berkobar kobar nak Save Malaysia! Bagaimana? Do Re Mi nak rakyat menyokong mereka atas platform apa? PRU 14  kebarangkaliannya diadakan penghujung tahun ini ada justifikasi. PM Najib perlu mandat baru untuk mengekalkan jawatan. Menurut kata kata DSN sendiri beliau tidak bersalah. UMNO pun kata presiden tidak bersalah dan perlu di kekalkan. Malahan BN juga kata pengerusi bersih. Sokongan padu melebihi 200%.
Dan yang terpenting Peguam Negara kata 'Tutup Kes NFA'
Yang menuduh PM Najib bersalah adalah Do Re Mi. Maka Do Re Mi pun berangkat ke seluruh pelusuk negara Antah Berantah mencanangkan  PM Najib bersalah mencuri harta negara.
Raja Raja Melayu dan rakyat jelata terkedu kedu tidak terkata. Dari Perlis sampai ke Sabah kita sudah tidak merdeka?
Mamak Bendahara yang sudah tua tetapi masih sihat walafiat mencadangkan Deklarasi Rakyat dibuat bagi dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja. Bagaikan kura kura merangkak rangkak ke segenap pelusuk negara mencari sejuta tanda tangan. Walaupun sokongan boleh melalui 'on line' yakni mengggunakan smart phone sahaja serta ada sekretariat, sokongan yang telah diperolehi selepas dua bulan masih malu nak diumumkan.
Menang sorak kampung tergadai.
Syok syok sendiri umpama raja Perancis yang terlalu gemar pakaian baru dan teramat amat taksub dengan tukang jahitnya. Akhir kalam raja bogel bertelanjang bulat di dalam majlis resmi negara disaksikan sendiri pembesar pembesar dalam dan luar negara.

Friday, 22 April 2016

TERENGGANU KITA CITA

Terengganu kita akan menyaksikan penyu menangis lagi. Mantan MB yang dipinggirkan seolah olah ahli bebas seperti Tan Sri Khalid Ibrahim sekarang meroyan. Ini menjadikan DUN seri 16 BN 15 pembangkang Dan 1 Bebas. Di citakan sekurang kurangnya 2 ahli DUN BN akan menyertai mantan MB menjadi wakil rakyat bebas. Andaian ini memungkinkan jawatan MB bertukar tangan ke pihak pembangkang.
Justeru itu kemungkinan DUN di bubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri baru di adakan, difikirkan semasak masaknya oleh semua yang berkepentingan baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat nasional. Sekiranya benar berlaku sejurus BN mengekalkan kuasa di bumi kenyalang, enggang enggang pasti berterbangan dan hinggap di belakang penyu penyu yang kembali bertelur di Rantau Abang.
Sementara MB Selangor baru in the making, di Kedah, YB Pokok Sena pula dikatakan akan mengundurkan diri sebagai ahli parlimen bagi membolehkan mantan MB Kedah bertanding kerusi parlimen. This is to ensure that the making of PM for year 2020 progressing well. And the rakyat would be made to believe this story to ensure the continuity of the on going saga between the mentor and his protege.

Wednesday, 20 April 2016

UMNO PAS

Kenapa Sekarang?
Melalui blog ini juga setahun sebelum PRU 13 usul telah di buat bagi menggabungkan UMNO PAS. Penolakkan  oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sehingga ke  akhir hayatnya menjadi halangan. Sebabnya allahyarham tidak mempercayai kejujuran UMNO. Presiden PAS Tok Guru Hadi Awang mungkin sudah hilang kepercayaan terhadap wasiat allahyarham dan ada usaha dibuat bagi tujuan gandingan ini menjelang PRU 14.
Presiden PAS terdahulu allahyarham ustaz Fadhil Noor pernah berdoa semoga Allah swt  memanjangkan usia Tun Dr Mahathir Mohammad sehinggakan beliau dapat menyaksikan sendiri kerosakkan dan kemusnahkan yang beliau telah lakukan sebelum dimakamkan. Besar kemungkinan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama, tidak dimakamkan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara. Sebabnya, beliau mahu PM Najib meletak jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Kemungkinan doa ini dimakbulkan Allah swt ada petandanya. Sebenarnya banyak juga solat solat hajat dianjurkan PAS supaya Allah swt menghukum kejahatan kejahatan dan kemungkaran  Tun Dr Mahathir Mohammad. Namun demikian, disebaliknya pula yang berlaku. Jika Allah swt berkehendakkan sedemikian, pasti PAS sudah lama memerentah tanah jawi ini.

Tuesday, 19 April 2016

MB SELANGOR BARU

Desas desus sana sini mengatakan
Menteri Besar Selangor akan hilang jawatan apabila di gantung ataupun di pecat terus daripada PKR sekiranya beliau terus menerus bersama Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam  Save Malaysia Campaign. Arahan adalah untuk beliau meningkatkan usaha di dalam kempen ' Bebas Anwar'.
Ini adalah satu usaha untuk Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke persada politik  negara. Untuk tujuan ini, hanya pengampunan sahaja boleh membebaskan serta mengizinkan beliau bertanding di dalam PRU 14.
Pakatan Harapan sebenarnya tidak tahu siapa yang hendak di calunkan sebagai PM sekiranya memenangi PRU 14. Apabila PAS di pecat PH ataupun menarik diri mengangotai  PH, kredibiliti PH makin tercalar. Calun calun PAS untuk kerusi PM banyak boleh di pertengahkan. Presiden PAS yang paling layak kerana berpengalaman memerentah Terenganu selama satu penggal.
Adapun calun PM PH sekarang adalah Menteri Besar Selangor. DAP setuju ke tidak kena setuju. DAP lebih memihak kepada calun PAN, anak parti DAP. Permasalahannya, setuju ke Tun Dr Mahathir Mohammad?
Persoalannya di mana Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018? Sebab itu hendak tak hendak kempen Save Malaysia melalui Deklarasi Rakyat menjadi alternatif terbaik. Kenapa kempen ini tidak melibatkan kempen ' Bebas Anwar'  yang sepatutnya menjadi platform ultimate untuk PH?
Rakyat sebenarnya teramat letih dengan politikwayang. Banyak opera, makyung dan sandiwara. Sebab itu  pencapaian Deklarasi Rakyat tidak sepertimana diharapkan. Titah Majlis Raja Raja yang mahukan satu penyiasatan terperinci di buat ke atas isu 1 MDB masih belum di siapkan. Lapuran PAC tanpa Lapuran AG dipertikaikan pelbagai pihak. Dan lapuran lapuran media antarabangsa saban hari dengan pelbagai andaian membuatkan rakyat jelata semakin keliru.
Selagi rakyat jelata boleh makan minum, PM selamat. Kalau sudah payah nak makan minum ..parah!
PRU 14 amat getir dan menggerunkan kecuali bagi mereka yang masih terbuai buai dan berhalimunan. BN masih berupaya menang tetapi UMNO , entahlah APA nak jadi?

Sunday, 17 April 2016

KENAPA KU Li?

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tiba tiba menjadi popular. Semua media massa mahukan cerita daripada mulutnya sendiri. Sejurus menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, beliau menjadi buruan pemberita dan wartawan. Ada juga wartawan luar negara yang mengintai peluang untuk menemuramah beliau.
Ku Li memang anak didik anak emas Almarhum Tun Abdul Razak. Beliau lebih mengenali almarhum dibandingkan dengan yang lain. Perjalanan politiknya terencat apabila menolak tawaran Almarhum Tun Hussein Onn untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ekoran itu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal selaku Perdana Menteri sehingga meletak jawatan setelah 22 tahun memerentah. Nasib tidak menyebelahi beliau ataupun beliau tidak berkeliber untuk menjadi seorang PM?
Firman Allah swt
Aku berikan pemerentahan kepada sesiapa yang Aku kehendaki...
Ku Li menolak untuk dilantik sebagai TPM. Alasannya beliau terlalu muda ketika itu. Mungkin beliau terlupa Iskandar Zulkarnain ataupun Alexander the Great sepertimana kisahnya didalam Al Quran adalah seorang yang muda. Mungkin Ku Li tahu tetapi sengaja menolak jawatan TPM kerana khuatir tidak dapat menikmati hidup tua.
Pengalaman 40 tahun bergelumang di dalam arena politik negara setanding YB Lim Kit Siang. Namun pencapaian beliau tidak memadai, tidak ada kehebatan terserlah serta boleh dibanggakan.
Nama beliau kini menjadi bualan hangat kerana dikatakan PM in waiting. Sekiranya kehangatan ini tidak di fahami, maka seharusnya beliau akan terus menunggu dan menunggu sehinggakan tidak ada apa apa lagi yang tinggal untuk beliau kecuali menganggotai Kelab Veteran UMNO dan bekas wakil rakyat.
Sebenarbenarnya, Malaysia sememangmemangnya tanah keramat.
Disini tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Bulan bertemu bintang. Berpaksikan sembilan payung mahkota sembilan darul dan setiap satunya mengalir sungai sungai bagaikan jannah.
"RAHMAN" ada hikmahnya.
"RAHIM" ada nikmatnya.
Bukankah nama Ku Li bermula huruf 'R' ?

Saturday, 16 April 2016

WARKAH UNTUK YAB PM

YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Saya adalah penyokong tegar YAB Dato Seri dan juga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdebatan demi perdebatan berlarutan setahun ini mengundang seribu kedukaan sejuta umat. Perbalahan berlanjutan hanya mengaibkan semua yang turut terlibat . Seumpama satu pertempuran yang hebat yang tak mungkin berakhir. Tiada yang untung, melainkan kerugian sahaja di kedua dua belah pihak.
Persoalan utama sekarang bukan RM2.6 billion ataupun RM 4000 juta. Tetapi USD 3.51 billion yang dibayar oleh 1 MDB kepada entiti yang tidak wujud. IPIC mengesahkan tidak menerima wang pembayaran USD 3.51 billion yang dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikatnya Aabar Investment sepertimana yang dilapurkan ke London Stock Exchange. Bagaimana pembayaran ini boleh berlaku?
CEO 1MDB Arul Kanda mengesahkan pembayaran dibuat tetapi penerima mengesahkan pembayaran tidak diterima. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Rakyat jelata pelbagai bangsa, ugama dan usia bercakap soal ini setiap masa. Perkara ini perlu penyelesaian yang komprehensif bukan subjektif.
Tidak dapat dinafikan media sosial memainkan peranan terpenting mengikut citarasa masing masing. Tidak siapa boleh menutup mulut manusia. Apa guna mulut kalau bukan untuk bercakap. Subjek hangat perihal 1MDB. Tun Dr Mahathir Mohamad menyabitkan kesalahan ini ke atas Perdana Menteri dan mendesak beliau meletak jawatan. YAB Dato Seri Mohd Najib pula mempertahankan kewibawaannya dan enggan berbuat demikian. Sampai bila pertembungan ini?Pasti sehingga PRU 14 yang dijangkakan 2 tahun lagi. Mampukah Tun Dr Mahathir Mohamad bertahan?
Sejarah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama sehingga ke akhir hayatnya mahu menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengundurkan diri sebagai PM tidak kesampaian. Kini, bagaimana pula nasib YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak?
Sehubungan itu, persengketaan ini wajib titik nokhtah. Sebaik baiknya penyelesaian melalui amalan demokrasi. YAB Perdana Menteri perlu mandat baru rakyat jelata untuk terus kekal selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. PRU 14 adalah satu kaedah terbaik memperbaiki keadaan. Tiada inisiatif lain. Pasti pahat akan berbunyi lagi sekiranya BN kekal berkuasa dan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak terus menjadi PM. Namun suara suara sumbang akan kelenyapan bagaikan gendang sudah tidak berpalu.
PRUN 11 di Sarawak menjadi sandaran. BN pasti kekal berkuasa. Majoritinya ada implikasi dan petunjuk kepopularitian PM. Semua pihak perlu bersepakatan merealisasikan kemungkinan PRU 14 diadakan seawal mungkin agar siapa sahaja yang menjadi PM selepas itu dapat meneruskan usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Thursday, 14 April 2016

HIKAYAT

Hikayat PMPM..
Satu perdebatan hangat terlajak laris. Muah muah muah Qu Putih. Bila nak putih?
Sampai seorang tumbang!
Kalau PM tak resign, mantan PM masuk hospital. ..
Persoalannya Tun Dr Mahathir Mohammad tumbang...
What's next?
Soalan cepu EMAS!
Siapa nak percaya?
Siapa nak ikut?
Poning poning kepalo di bueknyo.
Bukan Malaysia sahaja pening. Dunia pun pening . Too much spinning by the master spinners. The whole world is now very keen to know about Malaysia, the Prime Minister and the former Prime Minister. Mentor verses protegee.
In Singapore, the Prime Minister had started to quarell with his sister on the first anniversary of the death of their father, the founder and the father of Singapore. Premier Lee Hsien Loong is the son of Lee Kuan Yew. Whilst premier Najib is the son of Malaysia second prime minister, Tun Haji Abdul Razak.
And the fightings are all about former premier Tun Dr Mahathir Mohamad wants his youngest son, the sacked Menteri Besar of Kedah Dato Mukhriz Mahathir succeeding the prime minister post in the year 2020. That's all about Malaysian Vision or Wawasan 2020 initiated by Tun Dr Mahathir Mohamad.
Scripts by scripts make a very good TV soap opera. Neither Dallas nor Dynasty fits well. Perhaps Scandal featuring Kerry Washington or Watergate the movie sound good. Riza Aziz and Jho Low could not be tempted again to produce such a movie in Hollywood. And Malaysian cry fouls again and again.

Tuesday, 12 April 2016

PRU 14

Bercakap pasal PRU 14, semua makluk sekarang tertumpu kepada PRUN 11 di Sarawak. Khamis ni SPR akan mengumunkan tarikh penamaan calun dan tarikh hari mengundi. TS Adenan Satem mengetuai senarai pencalunan BN dan dijangkakan BN tiada masaalah mengekalkan pemerentahan di bumi kenyalang.
Pencapaian BN dirumuskan menterjemahkan penerimaan rakyat Sarawak bagi mengekalkan kepimpinan PM. Saya menjerumuskan keputusan pilihan raya negeri Sarawak tidak menjustifikasikan penerimaan rakyat jelata di Malaysia terhadap kesinambungan PM Najib.
Kewibawaan adalah terpenting di dalam kepimpinan. Yang terserlah TS Adenan bukan PM Najib.
Tujuh negara melakukan penyiasatan berhubung soal 1 MDB. Lima puluh tiga akbar menyiarkan berita perihal 1 MDB. Pensabitan telah bermula dengan CEO Aabar. Yang lain menyusul. Di Singapura akaun bank dibekukan. Hari hari ada cerita cerita 1 MDB baik di dalam negara mahu pun di luar negara. Pasti tidak berakhir. Tiada penyelesaian.
PM Najib tidak ada pilihan kecuali mengundurkan diri. Tiada nokhtah. Beliau akan disabitkan kesalahan jenayah pemindahan wang, rasuah Dan menyalahgunakan kuasa. Itu antara yang diperkatakan orang. Turut serta diheret ke mahkamah adalah isteri, anak dan kuncu-kuncunya. Semua ini akan berlaku jika PM Najib gagal mengekalkan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohammad mengetuai kepala serangan pihak pakatan harapan melawan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Panglima Perang PM Najib. Hebat!
Mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim (another war) 'de facto leader' Pakatan Harapan yang asal kini terpenjara telah menarik balik sokongan kepada perjuangan Deklarasi  Rakyat. Tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini secara online tidak memberangsangkan. Sambutan begitu mengecewakan. Rakyat jelas menolak kepimpinan PM Najib, UMNO/BN tetapi memilih untuk menolak kepimpinan PM Najib melalui PRU 14.

Monday, 11 April 2016

HAKIKAT

Hakikat adalah satu perkara yang jelas dan nyata. 22 tahun pemerentahan Tun Dr Mahathir Mohamad..
Apa kesengsaraan rakyat?
1. Runtuhnya Highland Tower
2. Peristiwa Memali
3. Runtuhnya jeti feri Pulau Pinang
4. Peristiwa Al Maunah
5. Perjanjian Damai Parti Komunis Malaya.
Selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad?
1. Tsunami 26hb Disember 2004.
2. Serangan Lahad Datu
3. Serangan serangan mantan PM ke atas PM
UMNO/PAS - Kematian
1. Allahyarham Ustaz Fadhil Noor
2. Allahyarham TG Datuk Nik Aziz
3. Kematian UMNO/PAS
Sokongan Rakyat
1. UMNO/BN 20%
2. PAS 20%
3. PKR 25%
4. PAN 5%
5. DAP 30%
PRUN 11- Sarawak
BN akan menang 55-65 kerusi DUN

Thursday, 7 April 2016

PM PM PM

PM teruskan ataupun PM terus undur?
Pada hakikatnya telah jelas dan nyata PM tidak akan mengendur. Apa lagi mengundurkan diri. Pantang Melayu di cabar! Inikan pula anak Bugis!
Persetankan mereka yang mendesak. Sungguhpun satu dunia mendesak, yang berkuasa adalah MP Dan MKT UMNO. MKT BN tiada hak langsung. Dan yang paling mutlak berkuasa adalah Allah swt.
Yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum adalah kaumnya sendiri, yakni rakyat Malaysia seramai 13.5 juta pengundi. Yang tidak berdaftar, tidak layak mengundi. Tengok tengok dan lihat lihat sahajalah. Pilihan masing- masing.
Untuk mengubah ataupun berubah 2018. Bolehkah diawalkan?
PRUN Sarawak menjadi ukuran penerimaan PM? Sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan. Dijangkakan BN menang mudah. 50 kerusi dalam tangan. 15 kerusi lagi pertandingan sengit.

Apa Seterusnya? Telah senyap deklarasi. KuLi pun sudah bersuara. Rafizi pun sudah di reman. PAC pun sudah bentangkan lapuran di parlimen. Sarawak bubar dewan 11/4. SPR tetapkan tarikh pencalunan dan menunggu hari undi. Paling banyak pembangkang menang 30 kerusi DUN. I say BN win 65.