Wednesday, 20 April 2016

UMNO PAS

Kenapa Sekarang?
Melalui blog ini juga setahun sebelum PRU 13 usul telah di buat bagi menggabungkan UMNO PAS. Penolakkan  oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sehingga ke  akhir hayatnya menjadi halangan. Sebabnya allahyarham tidak mempercayai kejujuran UMNO. Presiden PAS Tok Guru Hadi Awang mungkin sudah hilang kepercayaan terhadap wasiat allahyarham dan ada usaha dibuat bagi tujuan gandingan ini menjelang PRU 14.
Presiden PAS terdahulu allahyarham ustaz Fadhil Noor pernah berdoa semoga Allah swt  memanjangkan usia Tun Dr Mahathir Mohammad sehinggakan beliau dapat menyaksikan sendiri kerosakkan dan kemusnahkan yang beliau telah lakukan sebelum dimakamkan. Besar kemungkinan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama, tidak dimakamkan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara. Sebabnya, beliau mahu PM Najib meletak jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Kemungkinan doa ini dimakbulkan Allah swt ada petandanya. Sebenarnya banyak juga solat solat hajat dianjurkan PAS supaya Allah swt menghukum kejahatan kejahatan dan kemungkaran  Tun Dr Mahathir Mohammad. Namun demikian, disebaliknya pula yang berlaku. Jika Allah swt berkehendakkan sedemikian, pasti PAS sudah lama memerentah tanah jawi ini.

No comments:

Post a Comment