YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Saya adalah penyokong tegar YAB Dato Seri dan juga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdebatan demi perdebatan berlarutan setahun ini mengundang seribu kedukaan sejuta umat. Perbalahan berlanjutan hanya mengaibkan semua yang turut terlibat . Seumpama satu pertempuran yang hebat yang tak mungkin berakhir. Tiada yang untung, melainkan kerugian sahaja di kedua dua belah pihak.
Persoalan utama sekarang bukan RM2.6 billion ataupun RM 4000 juta. Tetapi USD 3.51 billion yang dibayar oleh 1 MDB kepada entiti yang tidak wujud. IPIC mengesahkan tidak menerima wang pembayaran USD 3.51 billion yang dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikatnya Aabar Investment sepertimana yang dilapurkan ke London Stock Exchange. Bagaimana pembayaran ini boleh berlaku?
CEO 1MDB Arul Kanda mengesahkan pembayaran dibuat tetapi penerima mengesahkan pembayaran tidak diterima. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Rakyat jelata pelbagai bangsa, ugama dan usia bercakap soal ini setiap masa. Perkara ini perlu penyelesaian yang komprehensif bukan subjektif.
Tidak dapat dinafikan media sosial memainkan peranan terpenting mengikut citarasa masing masing. Tidak siapa boleh menutup mulut manusia. Apa guna mulut kalau bukan untuk bercakap. Subjek hangat perihal 1MDB. Tun Dr Mahathir Mohamad menyabitkan kesalahan ini ke atas Perdana Menteri dan mendesak beliau meletak jawatan. YAB Dato Seri Mohd Najib pula mempertahankan kewibawaannya dan enggan berbuat demikian. Sampai bila pertembungan ini?Pasti sehingga PRU 14 yang dijangkakan 2 tahun lagi. Mampukah Tun Dr Mahathir Mohamad bertahan?
Sejarah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama sehingga ke akhir hayatnya mahu menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengundurkan diri sebagai PM tidak kesampaian. Kini, bagaimana pula nasib YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak?
Sehubungan itu, persengketaan ini wajib titik nokhtah. Sebaik baiknya penyelesaian melalui amalan demokrasi. YAB Perdana Menteri perlu mandat baru rakyat jelata untuk terus kekal selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. PRU 14 adalah satu kaedah terbaik memperbaiki keadaan. Tiada inisiatif lain. Pasti pahat akan berbunyi lagi sekiranya BN kekal berkuasa dan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak terus menjadi PM. Namun suara suara sumbang akan kelenyapan bagaikan gendang sudah tidak berpalu.
PRUN 11 di Sarawak menjadi sandaran. BN pasti kekal berkuasa. Majoritinya ada implikasi dan petunjuk kepopularitian PM. Semua pihak perlu bersepakatan merealisasikan kemungkinan PRU 14 diadakan seawal mungkin agar siapa sahaja yang menjadi PM selepas itu dapat meneruskan usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Saturday, 16 April 2016
WARKAH UNTUK YAB PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment