Sunday, 17 April 2016

KENAPA KU Li?

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tiba tiba menjadi popular. Semua media massa mahukan cerita daripada mulutnya sendiri. Sejurus menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, beliau menjadi buruan pemberita dan wartawan. Ada juga wartawan luar negara yang mengintai peluang untuk menemuramah beliau.
Ku Li memang anak didik anak emas Almarhum Tun Abdul Razak. Beliau lebih mengenali almarhum dibandingkan dengan yang lain. Perjalanan politiknya terencat apabila menolak tawaran Almarhum Tun Hussein Onn untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ekoran itu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal selaku Perdana Menteri sehingga meletak jawatan setelah 22 tahun memerentah. Nasib tidak menyebelahi beliau ataupun beliau tidak berkeliber untuk menjadi seorang PM?
Firman Allah swt
Aku berikan pemerentahan kepada sesiapa yang Aku kehendaki...
Ku Li menolak untuk dilantik sebagai TPM. Alasannya beliau terlalu muda ketika itu. Mungkin beliau terlupa Iskandar Zulkarnain ataupun Alexander the Great sepertimana kisahnya didalam Al Quran adalah seorang yang muda. Mungkin Ku Li tahu tetapi sengaja menolak jawatan TPM kerana khuatir tidak dapat menikmati hidup tua.
Pengalaman 40 tahun bergelumang di dalam arena politik negara setanding YB Lim Kit Siang. Namun pencapaian beliau tidak memadai, tidak ada kehebatan terserlah serta boleh dibanggakan.
Nama beliau kini menjadi bualan hangat kerana dikatakan PM in waiting. Sekiranya kehangatan ini tidak di fahami, maka seharusnya beliau akan terus menunggu dan menunggu sehinggakan tidak ada apa apa lagi yang tinggal untuk beliau kecuali menganggotai Kelab Veteran UMNO dan bekas wakil rakyat.
Sebenarbenarnya, Malaysia sememangmemangnya tanah keramat.
Disini tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Bulan bertemu bintang. Berpaksikan sembilan payung mahkota sembilan darul dan setiap satunya mengalir sungai sungai bagaikan jannah.
"RAHMAN" ada hikmahnya.
"RAHIM" ada nikmatnya.
Bukankah nama Ku Li bermula huruf 'R' ?

No comments:

Post a Comment