Tuesday, 19 April 2016

MB SELANGOR BARU

Desas desus sana sini mengatakan
Menteri Besar Selangor akan hilang jawatan apabila di gantung ataupun di pecat terus daripada PKR sekiranya beliau terus menerus bersama Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam  Save Malaysia Campaign. Arahan adalah untuk beliau meningkatkan usaha di dalam kempen ' Bebas Anwar'.
Ini adalah satu usaha untuk Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke persada politik  negara. Untuk tujuan ini, hanya pengampunan sahaja boleh membebaskan serta mengizinkan beliau bertanding di dalam PRU 14.
Pakatan Harapan sebenarnya tidak tahu siapa yang hendak di calunkan sebagai PM sekiranya memenangi PRU 14. Apabila PAS di pecat PH ataupun menarik diri mengangotai  PH, kredibiliti PH makin tercalar. Calun calun PAS untuk kerusi PM banyak boleh di pertengahkan. Presiden PAS yang paling layak kerana berpengalaman memerentah Terenganu selama satu penggal.
Adapun calun PM PH sekarang adalah Menteri Besar Selangor. DAP setuju ke tidak kena setuju. DAP lebih memihak kepada calun PAN, anak parti DAP. Permasalahannya, setuju ke Tun Dr Mahathir Mohammad?
Persoalannya di mana Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018? Sebab itu hendak tak hendak kempen Save Malaysia melalui Deklarasi Rakyat menjadi alternatif terbaik. Kenapa kempen ini tidak melibatkan kempen ' Bebas Anwar'  yang sepatutnya menjadi platform ultimate untuk PH?
Rakyat sebenarnya teramat letih dengan politikwayang. Banyak opera, makyung dan sandiwara. Sebab itu  pencapaian Deklarasi Rakyat tidak sepertimana diharapkan. Titah Majlis Raja Raja yang mahukan satu penyiasatan terperinci di buat ke atas isu 1 MDB masih belum di siapkan. Lapuran PAC tanpa Lapuran AG dipertikaikan pelbagai pihak. Dan lapuran lapuran media antarabangsa saban hari dengan pelbagai andaian membuatkan rakyat jelata semakin keliru.
Selagi rakyat jelata boleh makan minum, PM selamat. Kalau sudah payah nak makan minum ..parah!
PRU 14 amat getir dan menggerunkan kecuali bagi mereka yang masih terbuai buai dan berhalimunan. BN masih berupaya menang tetapi UMNO , entahlah APA nak jadi?

No comments:

Post a Comment