LoopDo Re Mi ialah nota nota lagu. Apabila menjadi muzik hilanglah Do Re Mi Fa So La Ti Do...
Irama dan lagu berpisah tiada. Lagu yang sedap di dengar menjadi box office. Penggubah lagu mesti sohor dan penyanyi mesti hebat. Dengan bantuan promosi serta pengiklanan lagu di mainkan dalam pelbagai gender dan hasilnya lumayan.
Datuk Shafie Apdal ialah Do, Dato Seri Muhkriz adalah Re dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula Mi. Seperti P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din, semua telah menjadi arwah. Mereka pelakun hebat, masyur sehingga kini dan mungkin sampai kiamat. Selagi ada Malaysia, Ada RTM maka adalah Do Re Mi. Nasib menyebelahi mereka lalu mereka menjadi Laksamana Do Re Mi.
UMNO is UMNO. Once you are out, you are out! Very few make it back. Pengasas UMNO allahyarham Dato Onn Jaafar , Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib just to name a few never make it back. Tun Dr Mahathir Mohammad , Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil adalah sebilangan mereka yang berjaya kembali ke pangkuan UMNO dan hasilnya teramat lumayan. Berpencen lagi!
Kemana halatuju TSMY, DSA dan DMM? Adakah mereka akan di kembalikan ataupun masing masing kembali ke pangkuan UMNO? Cita cita hebat. Semangat kental. Berkobar kobar nak Save Malaysia! Bagaimana? Do Re Mi nak rakyat menyokong mereka atas platform apa? PRU 14 kebarangkaliannya diadakan penghujung tahun ini ada justifikasi. PM Najib perlu mandat baru untuk mengekalkan jawatan. Menurut kata kata DSN sendiri beliau tidak bersalah. UMNO pun kata presiden tidak bersalah dan perlu di kekalkan. Malahan BN juga kata pengerusi bersih. Sokongan padu melebihi 200%.
Dan yang terpenting Peguam Negara kata 'Tutup Kes NFA'
Yang menuduh PM Najib bersalah adalah Do Re Mi. Maka Do Re Mi pun berangkat ke seluruh pelusuk negara Antah Berantah mencanangkan PM Najib bersalah mencuri harta negara.
Raja Raja Melayu dan rakyat jelata terkedu kedu tidak terkata. Dari Perlis sampai ke Sabah kita sudah tidak merdeka?
Mamak Bendahara yang sudah tua tetapi masih sihat walafiat mencadangkan Deklarasi Rakyat dibuat bagi dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja. Bagaikan kura kura merangkak rangkak ke segenap pelusuk negara mencari sejuta tanda tangan. Walaupun sokongan boleh melalui 'on line' yakni mengggunakan smart phone sahaja serta ada sekretariat, sokongan yang telah diperolehi selepas dua bulan masih malu nak diumumkan.
Menang sorak kampung tergadai.
Syok syok sendiri umpama raja Perancis yang terlalu gemar pakaian baru dan teramat amat taksub dengan tukang jahitnya. Akhir kalam raja bogel bertelanjang bulat di dalam majlis resmi negara disaksikan sendiri pembesar pembesar dalam dan luar negara.
Saturday, 23 April 2016
DO RE Mi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment