Tuesday, 12 April 2016

PRU 14

Bercakap pasal PRU 14, semua makluk sekarang tertumpu kepada PRUN 11 di Sarawak. Khamis ni SPR akan mengumunkan tarikh penamaan calun dan tarikh hari mengundi. TS Adenan Satem mengetuai senarai pencalunan BN dan dijangkakan BN tiada masaalah mengekalkan pemerentahan di bumi kenyalang.
Pencapaian BN dirumuskan menterjemahkan penerimaan rakyat Sarawak bagi mengekalkan kepimpinan PM. Saya menjerumuskan keputusan pilihan raya negeri Sarawak tidak menjustifikasikan penerimaan rakyat jelata di Malaysia terhadap kesinambungan PM Najib.
Kewibawaan adalah terpenting di dalam kepimpinan. Yang terserlah TS Adenan bukan PM Najib.
Tujuh negara melakukan penyiasatan berhubung soal 1 MDB. Lima puluh tiga akbar menyiarkan berita perihal 1 MDB. Pensabitan telah bermula dengan CEO Aabar. Yang lain menyusul. Di Singapura akaun bank dibekukan. Hari hari ada cerita cerita 1 MDB baik di dalam negara mahu pun di luar negara. Pasti tidak berakhir. Tiada penyelesaian.
PM Najib tidak ada pilihan kecuali mengundurkan diri. Tiada nokhtah. Beliau akan disabitkan kesalahan jenayah pemindahan wang, rasuah Dan menyalahgunakan kuasa. Itu antara yang diperkatakan orang. Turut serta diheret ke mahkamah adalah isteri, anak dan kuncu-kuncunya. Semua ini akan berlaku jika PM Najib gagal mengekalkan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohammad mengetuai kepala serangan pihak pakatan harapan melawan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Panglima Perang PM Najib. Hebat!
Mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim (another war) 'de facto leader' Pakatan Harapan yang asal kini terpenjara telah menarik balik sokongan kepada perjuangan Deklarasi  Rakyat. Tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini secara online tidak memberangsangkan. Sambutan begitu mengecewakan. Rakyat jelas menolak kepimpinan PM Najib, UMNO/BN tetapi memilih untuk menolak kepimpinan PM Najib melalui PRU 14.

No comments:

Post a Comment