Kenapa manusia menjadi geram? Adakah seseorang manusia itu geram kerana tak tentu sebab? Hal kecik remeh temeh tidak mungkin memendam rasa sehingga menjadi geram. Sewajarnya geram mendiamkan diri bukan bererti kalah. Umpama api di dalam sekam. Lambat padamnya. Namun bahangnya dek membara, berasap pinar dek sembilu bisa membelah bumi.
Walau sekecil mana pun hal kecik remeh remeh jika tak habis habis, berulang ulang, tahap geram pasti bertambah dan bertukar menjadi marah. Bahayanya marah ini jika tidak diluahkan ia menjadi dendam.
Rakyat jelata apabila merasa tertindas akan mula melatah. Kemudian memberontak dan seterusnya hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan berlaku.
Rakyat jelata menjadi geram kerana kesempitan hidup dan menjadi marah kerana hidup pun susah. Mati pun susah. Pemimpin tidak peka. Keperitan rakyat menjadi jenaka. Kos hidup meningkat di bandar disuruhnya balik kampung tanam jagung. Harga gula naik disuruhnya kurangkan gula. Harga minyak naik, jangan beli minyak. Barang mahal jangan beli. Boikot mereka!
Rakyat jelata yang geram mula mengata, membantah dan menyumpah seranah itu dan ini. Penjelasan demi penjelasan dicanang sana sini. Retak menunggu belah mengundang sejuta musibah.
Tidak bijak menangani masaalah. Kurang berhemat dan kurang ajar dicakna. BRIM diagih ditagih. Kail sejengkal laut diduga. Pekung didada dibuka. Luka dicurah garam. Mengakal menjadi helah berantai.
Hilang kemana pertiwi pujangga. Geram tak bersudah. Marah kepalang singgahsana menunggu siang menjelma.
Thursday, 2 February 2017
GERAAMMM 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment