Rumah siap pahat masih berbunyi masih boleh diterima. Namun jika perlu pengetuk maknanya banyak lagi kerja yang perlu buat. Lazimnya situasi ini selalu berlaku apabila pembesar negara membuat lawatan. Pembedahan kosmetik paling cepat menyiapkan sesuatu kerja. Yang buruk nampak cantik dan anggun, bisa menawan hati dan kalbu. Omongan kosnya agak tinggi. Ini hakikat sekiranya Barisan Nasional kekal berkuasa dan Datuk Seri Najib kekal selaku Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 14 diadakan.
Disebaliknya, walaupun tidak mungkin, pihak pembangkang yang menang dan membentuk kerajaan persekutuan; apakah sejarah akan berulang sepertimana berlakunya Tragedi 13 Mei?
Bolehkah kekalahan diterima dan peralihan kuasa berlaku secara aman? Di peringkat negeri tidak ada masaalah besar walaupun berlaku kekecuhan di Sabah ketika USNO ditewaskan BERJAYA dan ketika PBS mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri. Keahlian UMNO seramai 3.5 juta perlu diambil kira
semasa PRU 14 diadakan. Barisan Nasional mempunyai hampir 5 juta pengundi berdaftar. Mana mungkin BN tewas kerana jumlah pengundi berdaftar mengikut perangkaan SPRM melebihi 7.5 juta rakyat Malaysia? Dari segi lojiknya memang tidak masuk akal. Seperti di USA, Donald Trump menjadi presiden walaupun Hillary Clinton yang mendapat undi terbanyak. PRU 13, Pakatan Rakyat menang undi popular, Barisan Nasional kembali membentuk kerajaan.
Sehubungan itu semua pihak perlu berlapang dada, bertindak bijak dan berhemah serta mengikut peraturan peraturan pilihanraya sebagaimana yang telah ditetapkan olih SPRM. Pihak pihak berkuasa seperti PDRM dan ATM serta agensi agensi berkaitan perlu jujur dan amanah didalam memastikan keluhuran undang undang dan perlembagaan negara dipatuhi sepenuhnya. Ini adalah penting agar PRU14 berjalan lancar dan keadaan tidak menjadi huru hara. Keharmonian terjaga, tata susila tersusun rapi dan negara kekal aman, makmur dan sejahtera. Perancangan strategik dan dinamik menjamin keselamatan negara tidak terugat dan terancam mulai sekarang perlu difikirkan dan dilaksanakan. Kegairahan berpolitik boleh melalaikan dan melonglaikan dalam semua keadaan. Fenomena 'Fake News' bagaikan 'Down Syndrome' menghantui pemilihan presiden Amerika Syarikat walaupun presiden telah di tabalkan dan 'Presidential Executive Order, Privi ataupun Decree' telah dikeluarkan masih belum terlaksana sepenuhnya. Rakyat masih memberontak Demonstrasi jalanan besar besaran berterusan. Keengganan mematuhi arahan ketua disebalik kelonggaran pelaksanaan undang undang yang membenarkan mempunyai agenda tersembunyi samada tersurat mahupun tersirat. Dunia turut menjadi kecuh. Di Thailand pertembungan Baju Merah dan Baju Kuning meragut nyawa sehinggalah pihak Tentera mengambilalih pentadbiran kerajaan. Di Turki berlaku kegagalan rampasan kuasa presiden. Arab Springs meranapkan impian dan ketamadunan kemanusiaan sejagat. Malaysia, in shaa Allah in shaa Allah.
Wednesday, 8 February 2017
GERAAMMM 6.2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment