Monday, 6 February 2017

GERAAMMM 6

UMNO. Demi Masa. Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama walaupun Dato' Onn Jaafar pengasasnya. Bagaikan turun restu dan rahmat Tun Abdul Razak menggantikan Tunku. Disusuli birajnya Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah dan PM 6 Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Teori RAHMAN iaitu nama Allah swt yang dicanangkan nampak ketempangan kerana nama PM 6 bermula huruf M. Sebutannya RAHMAM. Mungkin disini silapnya dan teori RAHIM pula dimainkan. Yang berketepatan ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang telah berusia 81 tahun dan Tan Sri Rafidah Aziz yang telah bersara.
Terkini pihak pembangkang Pakatan Harapan telah memainkan filem 6 JAHANAM karya Seniman Agung  
P.Ramlee. Cukup.  Cukuplah Sampai Disini. Tinggal Jahanam yang ke 6 sahaja yang perlu dihapuskan dan Malaysia pasti akan kembali aman dan makmur.
Rakyat jelata teramat menyanjungi jasa jasa UMNO. Sebab itu UMNO terus diberi kuasa pemerintahan. Malangnya pemimpin pemimpin UMNO sekarang sudah berubah wajah. Ada jawatan sikit mula menunjukkan kuasa masing masing di semua peringkat. Kekayaan yang dimiliki melampau lampau. Keegoan tidak terkawal menyebabkan rakyat menjadi geraammm dan marahhhh. UMNO 'Enemy of the State' laungan rakyat. Dikecam dan dihina olih bekas ahli ahli UMNO sendiri!
Universiti UMNO mengangkat penjaga gate keretapi menjadi ketua. Second hand car salesman menjadi pengurusi syarikat syarikat GLC. Yang tak lulus SPM jadi Mentri jadi tu jadi ni. Memang hebat UMNO
Tidak dapat dipertikaikan kerana UMNO berkuasa.                 Dikatakan POTUS Billionaire Mr Donald Trump  orang yang paling berkuasa di dunia tetapi kuasanya dipertikaikan olih Hakim Persekutuan USA yang bertindak menangguhkan perintah Presiden yang mengenakan sekatan kepada rakyat 7 Negara Negara Islam daripada memasuki Amerika Syarikat walaupun telah mendapatkan  visa.                          Di Malaysia Perdana Menteri mendapat kuasa mutlak!
Kuasa Raja Raja terbatas. Peraturan dicabul. Undang Undang dirogol. Perlembagaan dilacurkan. Macam macam diperkatakan di media sosial melalui aplikasi WhatsApp, Twitter dan Facebook. Seluruh dunia boleh baca apa yang diluahkan olih rakyat Malaysia.
Ramai Ketua Ketua Negara tercemar dan terhina apabila dibenci rakyat. Kenapa? Kerana mereka GAGAL mensejahterakan rakyat. Korup dan menjadi Diktator. Paling dahsyat dituduh MENCURI MENYAMUN MEROMPAK harta rakyat!
Pemimpin zalim sanggup membunuh rakyat jelata hanya untuk kekal berkuasa. Presiden Suharto, Presiden Marcos adalah contoh yang terbaik untuk dijadikan pengajaran. Begitu juga nasib Saddam Hussein dan Ghadafi.
Senario politik Malaysia tidak stabil. PRU 14 pasti akan memihak kepada Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO. Menang besar mahupun menang kecil Datuk Seri Mohd Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Dan pastinya pembangkang akan terus berteriak dan rakyat jelata yang mengundi kesinambungan UMNO, merekalah yang akan dipersalahkan

No comments:

Post a Comment