PAN hanyalah alat DAP. Presiden PAN hanyalah ayam sabung PAS yang tewas di gelanggang. Dengan hanya 20000 keahlian PAN pasti kecewa PRU 14. Paling banyak PAN boleh menang hanyalah 5 kerusi sahaja. Itu pun tidak pasti. Jika PH bijak, bubar PAN. Ahli ahli yang telah mendaftar boleh memilih untuk menyertai PKR ataupun PPBM. Baru ada impak maksima dan signifikan kewujudannya.
TS Khalid Ibrahim pun tercemar namanya ketika menjadi Menteri Besar Selangor. Dituduh menerima laba ratusan juta Ringgit Malaysia. Datuk Azmin Ali juga dituduh melenyapkan ratusan Juta Ringgit Malaysia. Asalkan ada kuasa, ahli politik mesti sapu duit. Lim Guan Eng pula baru buat ' Project Paper Penang Smart Tunnel' dah telan RM100 Juta. Kalau tiada angin bertiup pokok tidak akan bergoncang. Presiden PPBM macam macam tuduhan. Tuan Penasihat PPBM.... Anakandanya antara 40 orang terkaya di Malaysia. Berstatus Billionaire! Jika bijak berniaga jadilah macam POTUS 45.
Keahlian PPBM hanya 10000. Tidak serupa ketika Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 dan membunuh UMNO. Tun Dr Mahathir pengasas UMNO Baru hari ini bertekad mengkafankan parti yang pernah dipimpinnya selama lebih dua dekad yang lalu. Samada Tun betul ataupun salah tidak penting. Matlamatnya MO1 mesti dikalahkan dalam pertarungan terhebat dunia bagi menyelamatkan Malaysia. Dunia menjadi kecuh apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memecat timbalannya kerana dituduh menyalahgunakan kuasa bagi menghalang siasatan dibuat bersabit kesalahan meliwat. Pak Lah PM 5 tergaman kerana diserang dan memilih untuk mengundurkan diri. MO1 menghadapi serangan bertubi tubi dan mahu mempertahankan kewibawaannya.
Inilah hakikat yang perlu di terima olih rakyat jelata. PRU 14 menentukan Wawasan mahupun Transformasi Nasional jadi pilihan.
Sunday, 5 February 2017
GERAAMMM 5.2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment