Wednesday, 1 February 2017

GERAAMMM

GERAAMMM Pasti ramai anak anak Malaysia geram sangat sangat arini. Dah lah minyak naik. GST lagi. Ibu bapa pening kepala. Kos Sara Hidup meningkat. Pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan sara hidup. Cakaplah macamanapun, budget budgetlah sedikit. Hakikatnya duit tak cukup. Kepada siapa nak mengadu jika bukan kerajaan.
Puncanya salah tadbir, salah urus, salah guna kuasa dan seribu lagi macam macam salah. Andainya tidak ada penyelewengan dana dana kerajaan pasti  rakyat jelata tidak melata dan tidak mengata. Bumi bertuah ini cukup segala sumbernya untuk rakyat jelata hidup aman, makmur dan sejahtera jika bersih, cekap dan amanah pengurusannya.
Setelah diperincikan pengamatannya jelas sekali 'the bloody culprit is none other than the government itself. The government is the people entrusted for the people wellness. Instead the people in the bloody government enrich themselves overwhelmingly. Fearless some the government robbed, raped and plundered whatsoever'.
GERAAMMM Gerakan Anak Anak Malaysia Maaaarahhh Maaarahhh dianjurkan bagi mengembeling tenaga, mencari satu kesepakatan bagi menumpaskan kerajaan BN di peringkat nasional. Yang sebenar benarnya rakyat jelata yang menderita. Hak untuk memilih kerajaan Hak Mutlak rakyat. Untuk satu dekad ini rakyat perlu memilih seorang seperti Khalifah Umar Al  Khatab bagi mengetuai kerajaan. Memadailah seseorang calun itu ada 50% ciri ciri pemerintahan khalifah agung kerana pasti sukar pencariannya. Andainya tiada yang berketepatan, bersyukurlah dengan 10%. Habis kokak pun 5%. Sekiranya 1% sahaja parahlah kita sekelian rakyat Malaysia oiiiii.
Maka ketahuilah kita sekelian rakyat jelata bahawasanya pencarian kita tidak ada didalam barisan kepimpinan sediada mana mana jua parti parti politik. Maka wajib bagi kita mencari mereka yang bukan ahli politik dan mereka yang tidak berpolitik untuk menjadi kerajaan. Mereka yang terpilih bukan Yang Berhormat tetapi YANG BERKHIDMAT!
Desawarsa ini rakyat jelata dimomokkan dengan pelbagai kerakusan mereka yang telah diberi amanah mengurus tadbir kerajaan. Berbilion bilion Ringgit Malaysia hangus lesap angkara durjana pengkhianat pengkhianat negara. Apa apa pun rakyat jelata masih terleka dibuai buai mimpi mimpi semalam. Tidak kah rakyat jelata mengambil pengajaran susah payah zaman lampau serta tidak mahu beringat ingat bahawasanya langit tidak selalu cerah? Sehinggakan satu pagi kita bangun tidur, tiada azan berkumandang, tiada ayam berkokok. Seharusnyalah rakyat jelata yang bersalah kerana memilih kerajaan yang korup memerintah.
Tanah jawi ini Tanah Keramat. Disini 7 lapisan langit bertemu 7 lapisan bumi. Bulan bertemu bintang. 9 tahta beraja mengalir sungai sungai berdarul. Ini tanah berdaulat tanah di Timur, tanah kebangkitan. Tidakkah kamu mengetahui?
Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mahu berubah. Memanglah Tuhan memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Namun, Tuhan memerintahkan kita menghindari pemimpin yang zalim. Pemimpin yang zalim, kerajaan yang zalim memeras keringat rakyat jelata untuk kesenangan hidup mereka dan kuncu kuncu mereka. Dan ketahuilah sekelian kuncu kuncu mereka itu adalah mereka yang menjadi ahli ahli pertubuhan pertubuhan politik seranta. Kepartian perlu duit untuk bersiasah. Justeru itu belasahlah selagi boleh belasah untuk kekal berkuasa. Rakyat jelata juga yang merana dan sengsara.
Kesimpulannya, Janganlah Kesipu sipuan menyertai GERAAMMM.  Ketika memangkah nanti pangkahlah dengan GERAAMMM. PRUN Sabah boleh berlaku seawal awalnya 1hb Mac dan PRU 14 pada 1hb September 2017.

No comments:

Post a Comment