Friday, 3 February 2017

GERAAMMM 3

Lantaran geram melontar amarah, menyirap darah menggelegak dalam api merah menyala membangkitkan sukma. Diperkotak katikkan keintelektual, jati diri  seorang insan sehingga bisa berubah menjadi serigala. Hilang harga diri. Tidak berarah, kebuntuan meresap kalbu. Hidup tidak keruan bagai melukut di tepi gantang.
Kebingungan melanda yang mana putih yang mana hitam. Siapa betul siapa salah. Bercelaru bercanda di fikiran. Pilu, sedih tidak kepalang melihat kedurjanaan mereka yang berkuasa merobek sumpah dan janji. Melacur diri tidak bertempat. Siang malam beradu domba mendabik dada. Merekalah insan terpilih. Manusia hebat berjiwa rakyat kental tidak berganjak. Tidaklah roboh kota Melaka andainya bukan si kitul empunya angkara. Hilang bangsa. Hilang agama. Hilang negara.
Kelewatan ini rakyat jelata disajikan mainan minda kerana pilihanraya bakal menjelma. Sarjana ilmuan menghidangkan santapan diraja. Ulama menjadi pendita. Dedak bertaburan menjadi habuan. Kenyang sejenak lapar berlarutan usah dipedulikan. Bumi berantakan hilang pusaka menjadi pustaka berpuaka.
Mana dia reformasi. Mana ada transformasi. Tiada integriti. Tidak bermaruah. Kemiskinan sifar menjadi igauan. Lihatlah sendiri Masjid Negara di malam hari. Bersepah gelandangan mengabdikan diri. Tidak kira bangsa. Tidak kira agama. Dimanakah otoriti bangsa yang gemilang, cemerlang lagi terbilang?
Institusi agama gagal berfungsi. Penuh onak dan duri. Inilah pusat pentadbiran. Ulama Ulul Amri beriringan berpurapuraan senada bagaikan opera bersandiwara. Rosak Agama Rosak Bangsa Rosak Negara.

No comments:

Post a Comment