Malaysian will start the New Year by asking when GE14 will be held? Who will be the next PMOM? Will UMNO still rule and Premier Najib Tun Abdul Razak continues his premiership? Its interesting to note, will TG Hadi Awang be the Deputy Premier 2 as he and PAS has ever expected. As for the Deputy 1, the PMOM can actually choose whoever he wants. The vice presidents in UMNO Supreme Council does not rule hard. Tengku Razaleigh Hamzah at 81 years old does not rule out the next cabinet appointment. Who does?
Should GE14 be held in the year 2017, it will probably be after Hari Raya Aidil Fitri or Hari Raya Aidil Adhaa. Why? Because the Malays will be sibuk raya and the rest of the Malaysian will be joining them too especially to balik kampung which is a must to do thing regardless of what raya. Everyone in Malaysia likes raya because many will get ' duit raya'. As BRIM payout 2 will also be in July /August , Malaysian will definately raya kaw kaw and forget all about Pilihanraya Umum ke 14. Who cares?
GE 14 election results will thus forecasted with UMNO wins 70 parliamentary seats, MCA 3, MIC 1 and Gerakan 1 in the peninsular. BN Sarawak, a jackpot of guaranteed 25 seats and in Sabah, can BN deliver the simplest majority of 12 seats?
The forecasted election results are the fear most factor to be seriously considered by all the aspirants and Malaysian too. This could be thought by PAS leaders and strategists, the outcomes of GE14. Thus, PAS to win 20 seats strategy works and attainable. Smartly formulated to enable PAS/BN to form the next government. MO1 still Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. I Love PM, PAPA MALAYSIA! Malaysian regardless of races, some call their loving father papaaa and mother mamaaa. Happy New Year!
Saturday, 31 December 2016
HELLO 2017
Friday, 25 November 2016
Saturday, 19 November 2016
BERSIH CEKAP AMANAH
Bersih Cekap Amanah. Satu pendekatan yang cukup lengkap bagi satu kerajaan, pentadbiran mahupun satu institusi. Kehilangan ataupun kekurangan satu pendekatan ini bisa menghancurkan segalanya. Kerajaan zalim, rakyat menderita. Kezaliman itu berlaku apabila kerajaan tidak Bersih, Cekap dan Amanah. Yang memilih kerajaan adalah rakyat sendiri. Maka seharusnya rakyatlah yang sendiri berlaku zalim kerana memilih kerajaan yang tidak Bersih, Cekap dan Amanah.
Himpunan BERSIH 5, kemuncaknya jam 5 dengan ketibaan Tun Dr Mahathir Mohammad di hadapan KLCC. Dianggarkan 500,000 peserta hadir tanpa gangguan kepada sesiapa pun kecuali jalan jalan ditutup. Polis tidak menghadapi masalah. Malahan DBKL juga. Semuanya bersih disapu peserta BERSIH. Saya menyaksikan sendiri bersama peguam peguam 'PEMERHATI' yang berkemeja putih lengan panjang, bertali leher dan memakai 'tag' mewakili Bar Council. Cuaca mendung tetapi tidak hujan sehingga persuraian.
Akhirnya, mayat bekas diktator Filipina diberi penghormatan negara, disemadikan di makam pahlawan walaupun terpaksa dilakukan di malam hari. Inilah nasib seorang pemimpin, seorang presiden yang dibenci rakyat. Ada yang sanggup membunuh Perdana Menteri negaranya, memanggang mayatnya dan memakan dagingnya. Mungkin terlalu lapar, terlama lapar. Yang pasti teramat marah. Teramat amat marah kepada seorang pemimpin, seorang Perdana Menteri yang tidak Bersih, Cekap Dan Amanah!
Friday, 11 November 2016
TRUMPET
President Elect Donald J Trump adalah seorang pemain trumpet yang terbaik di dunia. Tidak ramai pemuzik suka tiup trumpet sebab susah nak mahir. Siapa pereka trumpet, Google Lah sendiri cari jawapannya. Sebab Donald J Trump tidak bermain trumpet pun.
Beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45. Natijahnya, telaah dan strategi digunapakai menjadi. American want Trump to be their president. Only rich American voted Hillary Clinton. Then who demonstrate?
So the first thing the president must do now is to jail Clinton. Did he said that or did he promised so?
Presiden Jokowi akan terserlah kewibawaan, kehebatan dan kebijaksanaannya menangani isu Ahok. Presiden Duterte pula, jika berjaya memberi penghormatan negara kepada mendiang presiden Marcos di Filipina. Dunia mahu menyaksikan ketrampilan anak Melayu mana yang boleh bangkit menjadi pemimpin mereka. Adakah Perdana Menteri Najib kekal? Ataupun mantan Perdana Menteri Mahathir dilantik semula? Mahupun mantan mantan Timbalan Perdana Menteri mampu melakukan kejutan? Sungguhpun, Timbalan Perdana Menteri setia menanti, tidak mungkin pucuk di cita ulam sudah habis dimakan orang.
Tuesday, 17 May 2016
TUHAN GURU TERBAIK
Tuhan mengajar Nabi Adam as dan memerintah semua malaikat menyembah baginda. Iblis engkar lalu bermulalah perseteruan iblis dengan manusia. Apabila Hawa termakan pujukan iblis mengengkari perintah Ilahi, kedua duanya di humban ke bumi.
Iblis dan tentera tenteranya iaitu syaitan akan terus menyesatkan manusia. Pelbagai tipu daya dan muslihat digunakan. Dengan bantuan jin, sihir memainkan peranan. Namun kesesatan nyata ialah kuasa dan duit. Cash is king.
Zionist penggerak utama mencapai matlamat freemason dan illuminati. Berpengkalan di Amerika serta beroperasi di serata pelusuk dunia bagi merencanakan agenda the New World Order.
Pemimpin dipengaruhi dengan kuasa dan duit. Tamak haloba dan riak serta kenipisan iman meruntuhkan kewibawaan seorang pemimpin. Dinasti Saud, raja Arab Saudi didalam gengaman mereka. Islam diperkotakkatikan. Ugama lain anutan manusia tiada masalah. Lawan mereka hanya China. Mungkin benar kebangkitan Islam itu di Timur sepertimana sabda rasulullah saw.
Malaysia hanya sebuah negara kecil tetapi menjadi nadi sebelah Timur. Ada yang mengandaikan kebangkitan Islam di nusantara bermula disini. Ini menyebabkan the New World Order sentiasa mengawasi perkembangan Malaysia. Segala galanya ada di negara kita sekarang. Illuminati dan Freemason sudah lama bertapak di Malaysia. Yang diperlukan hanya Zionism yang berpengkalan di Singapura mengawasi persekitaran dunia sebelah sini. Pemimpin yang rakus mengikut telunjuk mereka. Malaysia boleh terus maju mencapai Wawasan 2020. Apa yang diperlukan oleh the New World Order hanyalah pemimpin pemimpin nusantara didalam acuan mereka sebagaimana Arab Saudi dan negara negara Islam yang lain mengikut cakap cakap mereka. Dan ini baru permulaan strategi mereka. Bukankah Tuhan telah memberitahu kita dan Jibrail ra telah mengajar rasulullah saw rahsia rahsia terkandung didalam kitab suci al Quran?
Monday, 16 May 2016
SEJARAH JUGA GURU
Sejarah mengajar kita erti hidup. Dari setitis air mani lahirlah seorang insan. Semua diberi akal untuk berfikir. Takdir adalah kehendak Ilahi
Tiada siapa berupaya melawan takdir. Kita disuruh redha dengan ketentuanNya. Kita hanya mampu berusaha, terus berikhtiar dan terus berusaha demi keberlangsungan hidup. Sehinggakan pada suatu ketika tidak ada apa apa lagi hendak diusahakan, lalu kita berserah dan redha adalah sesuatu perkara yang teramat sukar kita lalui sepenuhnya. Ramai yang gagal.
Sejarah memaparkan ketamadunan, kejayaan serta kehancuran dan kemusnahan peradaban manusia. Namun sejarah akan tetap berulang. Begitulah kehendak alam ataupun inilah takdir manusia. Yang mampu tercapai kemodenan teknologi dan ciptaan ciptaan baru berteknologi tinggi. Nabi saw diangkat kelangit dalam peristiwa israk dan mikraj. Manusia kini mampu terbang ke langit dan ke angkasa lepas. Dunia tanpa sempadan. Segalanya mampu tercapai. Asalkan ada usaha. Ada duit. Ada kemahuan.
Sejarah illuminati bermula zaman firaun dan freemason zaman qarun. Zionis bangkit setelah keruntuhan kerajaan Ottoman di Turki. Empire British yang dikuasai illuminati dan freemason menubuhkan kembali rejim Israel di Palestine dengan bantuan keluarga Saud di Arab. Setelah berkuasa di Mekah, dengan agenda zionism, berakhirlah pemerintahan keluarga Nabi saw di Madinah.
Perang dunia 1 dan 2 mengangkat Amerika sebagai jaguh walaupun Amerika tidak berperang sepenuhnya. Hanya Pearl Harbour di serang tentera Jepun. Semua bijak pandai yahudi telah berkumpul di Amerika apabila perang dunia meletus. Segala kekayaan dirompak menjadikan mereka mula membentuk dunia mengikut acuan mereka. Maka lahirlah the New World Order.
Illuminati, Freemasony Dan Zionism
Satu gerakan pemujaan syaitan bertujuan menyiapkan kemunculan dajjal dan menyahkan kedatangan imam Mahadi. Ditubuhkan oleh rejim Israel bagi mengukuhkan kedudukan mereka mencengkam dunia. Tuhan mereka hanyalah kekayaan dan kuasa.
1, Rothschild
2. Rockefeller
3. Morgan
4. Dupont
5. Astor
Keluarga diatas paling berkuasa memberi arahan untuk satu satu agenda dunia. Siapa diberi pemerintahan,siapa diberi kekayaan mengikut acuan dan perkiraan mereka. Dunia di kaki mereka.
Institusi Institusi Kerajaan, kewangan, istana, gereja malahan masjid pun menjadi ahli melalui gerakan freemason. Ahli dipilih dan di sahihkan dalam satu upacara resmi bagi menobatkan mereka. Lazimnya selaku 33rd degree order, bagi merealisasikan the New World Order.
Setiap presiden Amerika jika bukan ahli freemason, mesti menyokong gerakan mereka untuk melayakkan diri. Wang dan kuasa mempengaruhi jiwa raga.
Keahlian mereka di seluruh dunia.
Zionism adalah satu gerakan tentera bagi memenangi satu satu peperangan samada secara fizikal, mental mahupun spiritual. Dan hollywood adalah pentas terbaik untuk illuminati, freemasonary dan zionism mempengaruhi dunia.
Persoalanya, adakah Benar sepertimana Di war2kan ataupun Hanya sekadar omongan kosong Mahu pun Hanya Satu Teori/ Agenda Politik. Dunia akan menyaksikan satu konspirasi yang lebih menggerunkan dekad Ini. Peperangan Dunia KE 3 bolih tercetus. Namun, perlukah berperang sesama Insan jika senjata biological sudah tersedia. Dianggarkan ' Narrow Money' sekitar 20 trillion USD. ' Broad Money' disandarkan Emas Hanya 80 trillion USD Di seluruh dunia Di pasaran...
Apakah sebenarnya New World Order?Built Back Better...
Dimana kebenarannya dikatakan terdapat 500 trillion USD Di pasaran sekarang. Semua terbukti Hanya propaganda puak Yahudi Dan Nasrani Untuk melemahkan serta melumpuhkan pergerakkan Kebangkitan Islam sejagat..
Wednesday, 11 May 2016
MH 370 MH 17 DAN NAHAS HELIKOPTER
MH 370
Sehingga hari ini hanya serpihan serpihan dikatakan milik MH 370 dijumpai di sekitar Lautan Hindi. Satu misteri abad ke 21 yang masih tidak berjawab oleh dunia.
9/11mudah difahami. Ianya satu konspirasi melibatkan CIA.
Pesawat dalam penerbangan ke Beijing naik tinggi ke paras 33000 kaki mengakibatkan semua penumpang dan anak kapal pengsan kerana tidak mendapat bekalan oksigen. Transponder di tutup. Pesawat berpusing balik ke perairan Malaysia. Terbang rendah bagi mengelakkan di kesan oleh radar melalui banjaran Titiwangsa menuju Laut Andaman dan terus hilang di Lautan Hindi Selatan. Penerbangan secara ini hanya boleh dilakukan oleh seorang juruterbang yang hebat. Berjiwa kental berhati waja dan bersemangat tinggi merumuskan pilot sebenarnya mempunyai satu motif ataupun satu ' Mission Impossible'.
Selepas Maldives, yang ada hanyalah pengkalan Tentera Laut Amerika di Diego Garcia. Dikatakan pengkalan ini mempunyai setok simpanan bom nuklear. Jika mahu di percayai, kemungkinan pilot MH 370 berniat melanggar pengkalan tentera Laut Amerika sebagaimana tragedi twin tower 9/11 tetapi tidak sempat berbuat sedemikian.
Sistem pertahanan pengkalan ini terlalu changih untuk di bolosi oleh mana mana pihak.
Tsunami 26 Disember 2004 dikatakan berpunca daripada ujian letupan bom nuklear di dasar Lautan Hindi.
Amerika juga Ada Teknologi HAARP, High Frequency Active Auroral Research Programme. Pancaran Sinar Frekuensi Tinggi menembusi Lapisan ke 6 Di Ionesfera Dan melantun ke Bumi Bagi tujuan mengawal cuaca. European Union amat bimbang, Amerika menggunakan Kaedah Ini sebagai Senjata Dekad 21 Untuk tujuan Peperangan Penaklukkan. Bahayanya lebih besar dari pada kesan Letupan Bom Nuklear.
Kemungkinan pesawat pesawat tentera Amerika digunakan untuk memintas serta mendaratkan MH 370 di pengkalan mereka tidak dapat dinafikan. Begitu juga, andaian MH 370 sebenarnya telah di culik oleh CIA juga tidak dapat dinafikan.
MH 17
Konspirasi KGV sepenuhnya kerana keakraban Malaysia dengan Amerika sehingga menjejaskan persahabatan Malaysia Russia. Berkaitan, persahabatan Malaysia China sehingga melumpuhkan Amerika memungkinkan MH 370 hilang tidak dapat dikesan.
NOTA
Tulisan diatas adalah teori penulis.
NAHAS MAUT 2 HELIKOPTER
Bermaksud ada orang nak jatuh ke bawah daripada tempat tinggi.
MALAYA MALAYSIA DAN KHALIFAH
MALAYA umpama MEKAH sebelum kedatangan Islam. MALASIA ibarat MADINAH selepas Islam mula di terima. Perbezaannya, Arab dan Melayu. Andainya satu pihak mahu meniru satu pihak yang lain, haru biru jadinya.
Melayu tidak boleh menjadi Arab. Al Quran suruh melayu jadi Islam, bukan Arab. Begitu juga bangsa China, India dan kaum kaum lain tidak boleh menjadi Melayu. Hanya perlembagaan boleh menjadikan seorang bukan Melayu menjadi Melayu. Perkara 151 dibaca, melayu itu seorang yang bertutur bahasa melayu, mengamalkan cara hidup melayu dan beragama Islam.
Khalifah, dalam erti kata lain seorang pemimpin ataupun seorang ketua. Jika khalifah kita baik, maka baiklah rakyat dan negaranya. Jika disebaliknya, maka tunggulah kehancuran dan kemusnahannya. Pemimpin baik di hormati dan di muliakan. Pemimpin yang zalim harus ataupun wajib disingkirkan. Begitulah antara tafsiran tafsiran ayat ayat al Quran. Nasib sesuatu kaum itu, hanya kaum itu sahaja yang boleh menentukannya. Persoalannya, siapa khalifah yang baik dan siapa khalifah yang jahat? Allah swt mengurniakan setiap insan akal. Berfikirlah!
Malaysia hanya boleh mencapai wawasan 2020 sekiranya di perintah oleh seorang perdana menteri bercirikan khalifah tersohor seperti khalifah Umar al Khatab. Mustahil 50%, memadai 5% buat permulaan. Yang paling di takuti khalifah Umar ialah kemurkaan Allah swt . Siapa diantara perdana menteri mahupun bakal bakal pm bercirikan sedemikian?
Malaysia jika mahu terus kekal sejahtera, aman, maju dan makmur wajib mencari pemimpin seperti itu.
Berfikirlah sejenak..
Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Najib. Siapa betul siapa salah. Ramai di kalangan kita mengatakan kedua duanya salah. Tidak betul. Kesimpulannya, negara kita tidak pernah di perintah seorang perdana menteri seperti khalifah Umar al Khatab. Khalifah itu juga adalah imam. Bolehkah kedua dua insan diatas menjadi imam?
Justeru itu, tentukan pada PRU 14 carilah PM seperti khalifah Umar al Khatab.
Tuesday, 10 May 2016
CORAT CORET SEMASA
Corat coret semasa merumuskan kemenangan BN di PRN Sarawak pada 7/5/2016 TIDAK menterjemahkan sokongan padu pengundi kepada kepimpinan YAB PM. Tidak ada sekeping pun poster beliau dipamirkan seperti lazimnya di bumi kenyalang. Apai Besaq sekadar menyelit menumpang populariti luar biasa Tok Nan. Kemalangan helikopter yang melibatkan kematian 6 orang pada petang 5/5/2016 mengundang malapetaka yang lebih dahsyat. YB Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon, suaminya dan ahli parlimen Kuala Kangsar turut terkorban.
Tok Nan menang besar tetapi apai besaq kehilangan dua ahli parlimen UMNO. Pengundi Sarawak mengikut lapuran awal hanya 54% sahaja yang keluar mengundi. Jika ini benar, kesimpulannya pengundi Sarawak sebenarnya teramat bijak mengundi BN di peringkat DUN dengan hasrat mengundi parti lawan di PRU 14 dijangkakan diadakan dalam masa 2 tahun ini. Justeru itu kemenangan mutlak BN di Sarawak menjadi hambar serta tidak diraikan sepenuhnya.
Ada pun di khabarkan Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan bertanding selaku calun bebas di Pilihanraya Kecil di parlimen Sungai Besar, satu sama satu melawan calun umno. Ini membolehkan beliau berkempen secara lebih berhemah sejajar dengan matlamat "Save Malaysia" .
Ada juga mengusulkan YAB PM meletak jawatan dengan mengosongkan kerusi parlimen Pekan bagi membolehkan beliau bertanding satu sama satu melawan calun bebas mantan PM samada di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar. Sehubungan itu tidak perlulah Tun Dr Mahathir Mohamad masuk gelanggang sepertimana yang dianjurkan YB Menteri, Datuk Nazri Aziz untuk bertinju sesama mereka.
Seeloknya Ketua Wanita umno Datuk Sharizat mewakili umno di Kuala Kangsar melawan Tan Sri Rafidah Aziz selaku calun bebas juga. Barulah buku bertemu ruas. Wanita hari ini tidak ada calun pelapis selain Datuk Azalina Aziz yang di kuatiri tidak dapat di terima oleh kebanyakkan ahli. Dan di Selangor, umno dikatakan hidup tidak mati tak mau.
Monday, 25 April 2016
THIS IS POLITC
Winning the state of Sarawak 11th election is much more important than running the country. All ministers and deputies abandoned offices. This is politic. So what?
Ku Li wants to be PM now.
But the PM actually has H2O in mind. U need water and air to breath. Ensure legacy Nazir played his part and Zahid left standing alone.
Mahathir has Azmin to succeed. Mukhriz next. That's make Muhyiddin an idiot. No wonder Najib dumped him. Where's Shafie standing torn apart to pieces. Who else, next? And this is politic.
Ensure Sarawak to ensure Sabah. This is all what you need to take Malaysia. Pan Borneo is the catalysts and where's the monies come from? Even the Saudis now have to borrow $US 10Bn. Then, please the servants of the government. Dont piss them off.Make sure they are happy. Whilst make them fat as the index shows we are number 10. Not really bad. Malaysia Bole!
Where's the transparencies? Tunku Aziz changed the channel. Every damn things are hidden under the tables and swept under the carpets. No talking. Not even whisper. Damn you don't you ever dreaming. Smell rats and rotten turtles along the shores.
Spinning and twisting as hard as one. Ronaldo plays second fiddle. Jose spun side line. And it takes Suarez to save the day. Never mind he bit so as Tyson bit Hollyfield ear in a boxing match. Watched by millions. So what?
As winning is everything!
PRN SARAWAK KE 11
PRN Sarawak ke 11 hebat. PM TPM MB Menteri Menteri Kabinet dan Timbalan turun padang. BN menang 2 kerusi DUN tanpa bertanding. 2 MP turut bertanding DUN. Sejarah tercipta tersendiri. CM kata BN boleh menang 71 kerusi.
Presiden PAS PAN turut turun padang. Sape nak gasak sape. AA dan LGE turut serta. Yang beruntung rakyat Sarawak. BN pasti menang 2/3 majoriti.
Pakatan Harapan tinggal harapan. PAS boleh kekal rekod menang kosong. Calun bebas boleh hilang wang pertaruhan. Mereka yang paling beruntung ialah tauke tauke. Baik hotel, home stay, restoran, semua buat duit. Tidak ketinggalan tauke tauke judi dan ayam.
Selepas 7/5 mungkin Terengganu kita pula nak rombak DUN. Banyak ikang dah buat setok. Eloklah selepas Kedah, MB Johor pula di jolok. Kerja sape agaknya.
Negeri Sembilan pun dah mula bising bising macam pokan Tampin. Apo nak di kato.
Saturday, 23 April 2016
Ku Li / PM
Di kobarkan di Melaka Ku Li telah mencapai kesepakatan dengan PM. Dalam masa terdekat mungkin selepas PRUN 11 Sarawak, beliau akan dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. Ku Li juga mungkin dilantik selaku Timbalan Perdana Menteri ke 2.
Ali Rastam pula akan dilantik sebagai TYT Gabenor Melaka Bandaraya Bersejarah yang baru. Dan mantan TYT Tan Sri Khalil kembali aktif berpolitik.
Akan ada rombakan kabinet bagi melupuskan Menteri Menteri serta timbalan timbalan dan setpol setpol yang bisu. Kerajaan BN perlu mantap dan segar bagi menghadapi cabaran PRU 14 yang mungkin diadakan awal supaya YAB PM Najib memperolehi mandat baru memacu negara menuju Wawasan 2020.
Ekoran itu tamatlah cerita 1 MDB. Dan Malaysia pun mendapat KDYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong yang baru. Serba serbi baru.
DO RE Mi
LoopDo Re Mi ialah nota nota lagu. Apabila menjadi muzik hilanglah Do Re Mi Fa So La Ti Do...
Irama dan lagu berpisah tiada. Lagu yang sedap di dengar menjadi box office. Penggubah lagu mesti sohor dan penyanyi mesti hebat. Dengan bantuan promosi serta pengiklanan lagu di mainkan dalam pelbagai gender dan hasilnya lumayan.
Datuk Shafie Apdal ialah Do, Dato Seri Muhkriz adalah Re dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula Mi. Seperti P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din, semua telah menjadi arwah. Mereka pelakun hebat, masyur sehingga kini dan mungkin sampai kiamat. Selagi ada Malaysia, Ada RTM maka adalah Do Re Mi. Nasib menyebelahi mereka lalu mereka menjadi Laksamana Do Re Mi.
UMNO is UMNO. Once you are out, you are out! Very few make it back. Pengasas UMNO allahyarham Dato Onn Jaafar , Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib just to name a few never make it back. Tun Dr Mahathir Mohammad , Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil adalah sebilangan mereka yang berjaya kembali ke pangkuan UMNO dan hasilnya teramat lumayan. Berpencen lagi!
Kemana halatuju TSMY, DSA dan DMM? Adakah mereka akan di kembalikan ataupun masing masing kembali ke pangkuan UMNO? Cita cita hebat. Semangat kental. Berkobar kobar nak Save Malaysia! Bagaimana? Do Re Mi nak rakyat menyokong mereka atas platform apa? PRU 14 kebarangkaliannya diadakan penghujung tahun ini ada justifikasi. PM Najib perlu mandat baru untuk mengekalkan jawatan. Menurut kata kata DSN sendiri beliau tidak bersalah. UMNO pun kata presiden tidak bersalah dan perlu di kekalkan. Malahan BN juga kata pengerusi bersih. Sokongan padu melebihi 200%.
Dan yang terpenting Peguam Negara kata 'Tutup Kes NFA'
Yang menuduh PM Najib bersalah adalah Do Re Mi. Maka Do Re Mi pun berangkat ke seluruh pelusuk negara Antah Berantah mencanangkan PM Najib bersalah mencuri harta negara.
Raja Raja Melayu dan rakyat jelata terkedu kedu tidak terkata. Dari Perlis sampai ke Sabah kita sudah tidak merdeka?
Mamak Bendahara yang sudah tua tetapi masih sihat walafiat mencadangkan Deklarasi Rakyat dibuat bagi dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja. Bagaikan kura kura merangkak rangkak ke segenap pelusuk negara mencari sejuta tanda tangan. Walaupun sokongan boleh melalui 'on line' yakni mengggunakan smart phone sahaja serta ada sekretariat, sokongan yang telah diperolehi selepas dua bulan masih malu nak diumumkan.
Menang sorak kampung tergadai.
Syok syok sendiri umpama raja Perancis yang terlalu gemar pakaian baru dan teramat amat taksub dengan tukang jahitnya. Akhir kalam raja bogel bertelanjang bulat di dalam majlis resmi negara disaksikan sendiri pembesar pembesar dalam dan luar negara.
Friday, 22 April 2016
TERENGGANU KITA CITA
Terengganu kita akan menyaksikan penyu menangis lagi. Mantan MB yang dipinggirkan seolah olah ahli bebas seperti Tan Sri Khalid Ibrahim sekarang meroyan. Ini menjadikan DUN seri 16 BN 15 pembangkang Dan 1 Bebas. Di citakan sekurang kurangnya 2 ahli DUN BN akan menyertai mantan MB menjadi wakil rakyat bebas. Andaian ini memungkinkan jawatan MB bertukar tangan ke pihak pembangkang.
Justeru itu kemungkinan DUN di bubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri baru di adakan, difikirkan semasak masaknya oleh semua yang berkepentingan baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat nasional. Sekiranya benar berlaku sejurus BN mengekalkan kuasa di bumi kenyalang, enggang enggang pasti berterbangan dan hinggap di belakang penyu penyu yang kembali bertelur di Rantau Abang.
Sementara MB Selangor baru in the making, di Kedah, YB Pokok Sena pula dikatakan akan mengundurkan diri sebagai ahli parlimen bagi membolehkan mantan MB Kedah bertanding kerusi parlimen. This is to ensure that the making of PM for year 2020 progressing well. And the rakyat would be made to believe this story to ensure the continuity of the on going saga between the mentor and his protege.
Wednesday, 20 April 2016
UMNO PAS
Kenapa Sekarang?
Melalui blog ini juga setahun sebelum PRU 13 usul telah di buat bagi menggabungkan UMNO PAS. Penolakkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sehingga ke akhir hayatnya menjadi halangan. Sebabnya allahyarham tidak mempercayai kejujuran UMNO. Presiden PAS Tok Guru Hadi Awang mungkin sudah hilang kepercayaan terhadap wasiat allahyarham dan ada usaha dibuat bagi tujuan gandingan ini menjelang PRU 14.
Presiden PAS terdahulu allahyarham ustaz Fadhil Noor pernah berdoa semoga Allah swt memanjangkan usia Tun Dr Mahathir Mohammad sehinggakan beliau dapat menyaksikan sendiri kerosakkan dan kemusnahkan yang beliau telah lakukan sebelum dimakamkan. Besar kemungkinan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama, tidak dimakamkan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara. Sebabnya, beliau mahu PM Najib meletak jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Kemungkinan doa ini dimakbulkan Allah swt ada petandanya. Sebenarnya banyak juga solat solat hajat dianjurkan PAS supaya Allah swt menghukum kejahatan kejahatan dan kemungkaran Tun Dr Mahathir Mohammad. Namun demikian, disebaliknya pula yang berlaku. Jika Allah swt berkehendakkan sedemikian, pasti PAS sudah lama memerentah tanah jawi ini.
Tuesday, 19 April 2016
MB SELANGOR BARU
Desas desus sana sini mengatakan
Menteri Besar Selangor akan hilang jawatan apabila di gantung ataupun di pecat terus daripada PKR sekiranya beliau terus menerus bersama Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam Save Malaysia Campaign. Arahan adalah untuk beliau meningkatkan usaha di dalam kempen ' Bebas Anwar'.
Ini adalah satu usaha untuk Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke persada politik negara. Untuk tujuan ini, hanya pengampunan sahaja boleh membebaskan serta mengizinkan beliau bertanding di dalam PRU 14.
Pakatan Harapan sebenarnya tidak tahu siapa yang hendak di calunkan sebagai PM sekiranya memenangi PRU 14. Apabila PAS di pecat PH ataupun menarik diri mengangotai PH, kredibiliti PH makin tercalar. Calun calun PAS untuk kerusi PM banyak boleh di pertengahkan. Presiden PAS yang paling layak kerana berpengalaman memerentah Terenganu selama satu penggal.
Adapun calun PM PH sekarang adalah Menteri Besar Selangor. DAP setuju ke tidak kena setuju. DAP lebih memihak kepada calun PAN, anak parti DAP. Permasalahannya, setuju ke Tun Dr Mahathir Mohammad?
Persoalannya di mana Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018? Sebab itu hendak tak hendak kempen Save Malaysia melalui Deklarasi Rakyat menjadi alternatif terbaik. Kenapa kempen ini tidak melibatkan kempen ' Bebas Anwar' yang sepatutnya menjadi platform ultimate untuk PH?
Rakyat sebenarnya teramat letih dengan politikwayang. Banyak opera, makyung dan sandiwara. Sebab itu pencapaian Deklarasi Rakyat tidak sepertimana diharapkan. Titah Majlis Raja Raja yang mahukan satu penyiasatan terperinci di buat ke atas isu 1 MDB masih belum di siapkan. Lapuran PAC tanpa Lapuran AG dipertikaikan pelbagai pihak. Dan lapuran lapuran media antarabangsa saban hari dengan pelbagai andaian membuatkan rakyat jelata semakin keliru.
Selagi rakyat jelata boleh makan minum, PM selamat. Kalau sudah payah nak makan minum ..parah!
PRU 14 amat getir dan menggerunkan kecuali bagi mereka yang masih terbuai buai dan berhalimunan. BN masih berupaya menang tetapi UMNO , entahlah APA nak jadi?
Sunday, 17 April 2016
KENAPA KU Li?
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tiba tiba menjadi popular. Semua media massa mahukan cerita daripada mulutnya sendiri. Sejurus menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, beliau menjadi buruan pemberita dan wartawan. Ada juga wartawan luar negara yang mengintai peluang untuk menemuramah beliau.
Ku Li memang anak didik anak emas Almarhum Tun Abdul Razak. Beliau lebih mengenali almarhum dibandingkan dengan yang lain. Perjalanan politiknya terencat apabila menolak tawaran Almarhum Tun Hussein Onn untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ekoran itu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal selaku Perdana Menteri sehingga meletak jawatan setelah 22 tahun memerentah. Nasib tidak menyebelahi beliau ataupun beliau tidak berkeliber untuk menjadi seorang PM?
Firman Allah swt
Aku berikan pemerentahan kepada sesiapa yang Aku kehendaki...
Ku Li menolak untuk dilantik sebagai TPM. Alasannya beliau terlalu muda ketika itu. Mungkin beliau terlupa Iskandar Zulkarnain ataupun Alexander the Great sepertimana kisahnya didalam Al Quran adalah seorang yang muda. Mungkin Ku Li tahu tetapi sengaja menolak jawatan TPM kerana khuatir tidak dapat menikmati hidup tua.
Pengalaman 40 tahun bergelumang di dalam arena politik negara setanding YB Lim Kit Siang. Namun pencapaian beliau tidak memadai, tidak ada kehebatan terserlah serta boleh dibanggakan.
Nama beliau kini menjadi bualan hangat kerana dikatakan PM in waiting. Sekiranya kehangatan ini tidak di fahami, maka seharusnya beliau akan terus menunggu dan menunggu sehinggakan tidak ada apa apa lagi yang tinggal untuk beliau kecuali menganggotai Kelab Veteran UMNO dan bekas wakil rakyat.
Sebenarbenarnya, Malaysia sememangmemangnya tanah keramat.
Disini tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Bulan bertemu bintang. Berpaksikan sembilan payung mahkota sembilan darul dan setiap satunya mengalir sungai sungai bagaikan jannah.
"RAHMAN" ada hikmahnya.
"RAHIM" ada nikmatnya.
Bukankah nama Ku Li bermula huruf 'R' ?
Saturday, 16 April 2016
WARKAH UNTUK YAB PM
YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Saya adalah penyokong tegar YAB Dato Seri dan juga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdebatan demi perdebatan berlarutan setahun ini mengundang seribu kedukaan sejuta umat. Perbalahan berlanjutan hanya mengaibkan semua yang turut terlibat . Seumpama satu pertempuran yang hebat yang tak mungkin berakhir. Tiada yang untung, melainkan kerugian sahaja di kedua dua belah pihak.
Persoalan utama sekarang bukan RM2.6 billion ataupun RM 4000 juta. Tetapi USD 3.51 billion yang dibayar oleh 1 MDB kepada entiti yang tidak wujud. IPIC mengesahkan tidak menerima wang pembayaran USD 3.51 billion yang dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikatnya Aabar Investment sepertimana yang dilapurkan ke London Stock Exchange. Bagaimana pembayaran ini boleh berlaku?
CEO 1MDB Arul Kanda mengesahkan pembayaran dibuat tetapi penerima mengesahkan pembayaran tidak diterima. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Rakyat jelata pelbagai bangsa, ugama dan usia bercakap soal ini setiap masa. Perkara ini perlu penyelesaian yang komprehensif bukan subjektif.
Tidak dapat dinafikan media sosial memainkan peranan terpenting mengikut citarasa masing masing. Tidak siapa boleh menutup mulut manusia. Apa guna mulut kalau bukan untuk bercakap. Subjek hangat perihal 1MDB. Tun Dr Mahathir Mohamad menyabitkan kesalahan ini ke atas Perdana Menteri dan mendesak beliau meletak jawatan. YAB Dato Seri Mohd Najib pula mempertahankan kewibawaannya dan enggan berbuat demikian. Sampai bila pertembungan ini?Pasti sehingga PRU 14 yang dijangkakan 2 tahun lagi. Mampukah Tun Dr Mahathir Mohamad bertahan?
Sejarah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama sehingga ke akhir hayatnya mahu menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengundurkan diri sebagai PM tidak kesampaian. Kini, bagaimana pula nasib YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak?
Sehubungan itu, persengketaan ini wajib titik nokhtah. Sebaik baiknya penyelesaian melalui amalan demokrasi. YAB Perdana Menteri perlu mandat baru rakyat jelata untuk terus kekal selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. PRU 14 adalah satu kaedah terbaik memperbaiki keadaan. Tiada inisiatif lain. Pasti pahat akan berbunyi lagi sekiranya BN kekal berkuasa dan Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak terus menjadi PM. Namun suara suara sumbang akan kelenyapan bagaikan gendang sudah tidak berpalu.
PRUN 11 di Sarawak menjadi sandaran. BN pasti kekal berkuasa. Majoritinya ada implikasi dan petunjuk kepopularitian PM. Semua pihak perlu bersepakatan merealisasikan kemungkinan PRU 14 diadakan seawal mungkin agar siapa sahaja yang menjadi PM selepas itu dapat meneruskan usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Thursday, 14 April 2016
HIKAYAT
Hikayat PMPM..
Satu perdebatan hangat terlajak laris. Muah muah muah Qu Putih. Bila nak putih?
Sampai seorang tumbang!
Kalau PM tak resign, mantan PM masuk hospital. ..
Persoalannya Tun Dr Mahathir Mohammad tumbang...
What's next?
Soalan cepu EMAS!
Siapa nak percaya?
Siapa nak ikut?
Poning poning kepalo di bueknyo.
Bukan Malaysia sahaja pening. Dunia pun pening . Too much spinning by the master spinners. The whole world is now very keen to know about Malaysia, the Prime Minister and the former Prime Minister. Mentor verses protegee.
In Singapore, the Prime Minister had started to quarell with his sister on the first anniversary of the death of their father, the founder and the father of Singapore. Premier Lee Hsien Loong is the son of Lee Kuan Yew. Whilst premier Najib is the son of Malaysia second prime minister, Tun Haji Abdul Razak.
And the fightings are all about former premier Tun Dr Mahathir Mohamad wants his youngest son, the sacked Menteri Besar of Kedah Dato Mukhriz Mahathir succeeding the prime minister post in the year 2020. That's all about Malaysian Vision or Wawasan 2020 initiated by Tun Dr Mahathir Mohamad.
Scripts by scripts make a very good TV soap opera. Neither Dallas nor Dynasty fits well. Perhaps Scandal featuring Kerry Washington or Watergate the movie sound good. Riza Aziz and Jho Low could not be tempted again to produce such a movie in Hollywood. And Malaysian cry fouls again and again.
Tuesday, 12 April 2016
PRU 14
Bercakap pasal PRU 14, semua makluk sekarang tertumpu kepada PRUN 11 di Sarawak. Khamis ni SPR akan mengumunkan tarikh penamaan calun dan tarikh hari mengundi. TS Adenan Satem mengetuai senarai pencalunan BN dan dijangkakan BN tiada masaalah mengekalkan pemerentahan di bumi kenyalang.
Pencapaian BN dirumuskan menterjemahkan penerimaan rakyat Sarawak bagi mengekalkan kepimpinan PM. Saya menjerumuskan keputusan pilihan raya negeri Sarawak tidak menjustifikasikan penerimaan rakyat jelata di Malaysia terhadap kesinambungan PM Najib.
Kewibawaan adalah terpenting di dalam kepimpinan. Yang terserlah TS Adenan bukan PM Najib.
Tujuh negara melakukan penyiasatan berhubung soal 1 MDB. Lima puluh tiga akbar menyiarkan berita perihal 1 MDB. Pensabitan telah bermula dengan CEO Aabar. Yang lain menyusul. Di Singapura akaun bank dibekukan. Hari hari ada cerita cerita 1 MDB baik di dalam negara mahu pun di luar negara. Pasti tidak berakhir. Tiada penyelesaian.
PM Najib tidak ada pilihan kecuali mengundurkan diri. Tiada nokhtah. Beliau akan disabitkan kesalahan jenayah pemindahan wang, rasuah Dan menyalahgunakan kuasa. Itu antara yang diperkatakan orang. Turut serta diheret ke mahkamah adalah isteri, anak dan kuncu-kuncunya. Semua ini akan berlaku jika PM Najib gagal mengekalkan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohammad mengetuai kepala serangan pihak pakatan harapan melawan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Panglima Perang PM Najib. Hebat!
Mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim (another war) 'de facto leader' Pakatan Harapan yang asal kini terpenjara telah menarik balik sokongan kepada perjuangan Deklarasi Rakyat. Tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini secara online tidak memberangsangkan. Sambutan begitu mengecewakan. Rakyat jelas menolak kepimpinan PM Najib, UMNO/BN tetapi memilih untuk menolak kepimpinan PM Najib melalui PRU 14.
Monday, 11 April 2016
HAKIKAT
Hakikat adalah satu perkara yang jelas dan nyata. 22 tahun pemerentahan Tun Dr Mahathir Mohamad..
Apa kesengsaraan rakyat?
1. Runtuhnya Highland Tower
2. Peristiwa Memali
3. Runtuhnya jeti feri Pulau Pinang
4. Peristiwa Al Maunah
5. Perjanjian Damai Parti Komunis Malaya.
Selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad?
1. Tsunami 26hb Disember 2004.
2. Serangan Lahad Datu
3. Serangan serangan mantan PM ke atas PM
UMNO/PAS - Kematian
1. Allahyarham Ustaz Fadhil Noor
2. Allahyarham TG Datuk Nik Aziz
3. Kematian UMNO/PAS
Sokongan Rakyat
1. UMNO/BN 20%
2. PAS 20%
3. PKR 25%
4. PAN 5%
5. DAP 30%
PRUN 11- Sarawak
BN akan menang 55-65 kerusi DUN
Thursday, 7 April 2016
PM PM PM
PM teruskan ataupun PM terus undur?
Pada hakikatnya telah jelas dan nyata PM tidak akan mengendur. Apa lagi mengundurkan diri. Pantang Melayu di cabar! Inikan pula anak Bugis!
Persetankan mereka yang mendesak. Sungguhpun satu dunia mendesak, yang berkuasa adalah MP Dan MKT UMNO. MKT BN tiada hak langsung. Dan yang paling mutlak berkuasa adalah Allah swt.
Yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum adalah kaumnya sendiri, yakni rakyat Malaysia seramai 13.5 juta pengundi. Yang tidak berdaftar, tidak layak mengundi. Tengok tengok dan lihat lihat sahajalah. Pilihan masing- masing.
Untuk mengubah ataupun berubah 2018. Bolehkah diawalkan?
PRUN Sarawak menjadi ukuran penerimaan PM? Sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan. Dijangkakan BN menang mudah. 50 kerusi dalam tangan. 15 kerusi lagi pertandingan sengit.